Assalamua'laikum...
Alhmdulillah, bersyukur kita kepada Allah, dapat lagi kita berjumpa pada hari ini.
Aq nak bercerita tentang mimpi ngeri seterusnya yang baru berlaku kat aq 2jam yang lepas, dalam pukul 4.
Alkisah, aq seorang penganggur yang sebatang kara bangun pada pagi jumaat, seorang dari ahliku (aq pon xtahu sape mereka ni, diorg mngaku diorg adalah ahliku) memberitahu aq telah tidur selama 3hari.HOHO
3hari xmakan, xminum, xsolat, ap aq rasa time tuh? off course dahaga gila. aq minum air, ambil masa 2jam untuk qada sume solat. Selesai je, aq memberi tahu ahliku, aq nak meneroka. Ahliku persiapkan aq barang2 dan aq pon bertolak. xsilap aq, 6hari aq jalan. smpai lah satu tempat, aq rase tempat tuh paling teruk aq nk lalu, ngan semaknya tinggi2, nak tengok ap yang ada seberang sana pon xnampak.
maka, aq rajinkan diri menebas untuk dibuat laluan, aq mengagak, kawasan yang bersemak itu luas, tebas pnye tebas JENG...JENG...JENG.
seharian menebas, akhirnya aq melepasi kawasan tersebut. aq teruskan perjalanan beberapa jam dari situ, aq jumpe satu tempat yang hancur, macam pernah terbakar. kawasannya luas, so, aq pon tanda tempat tuh, aq ingt aq nak berhenti rehat situ je. lepas pasang kemah ap sume, aq pusing2 lah kawasn tuh, ternyata pernah di gunakan. tahap keasidan tanah pon tinggi sbb kebakaran ni.
Keesokan harinya, aq besarkan zone jajahan, aq jumpe sebuah perkampungan, kampung ni moden, tngah2 hutan ada robot. wakakaka
aq tanpa segan silu, tnye le, tanah yg terbakar tuh sape punya. diorg cakap, "tanah tuh bawa sial, jgan duk situ". Ish. ni yg mencabar aq ni, ap yang sial nye. aq pon beli sepohon pokok ap ntoh kt pasar situ, pohon tuh berduri, tp ad buah. klu pokok limau, xkan kecik2 dh berduri.
Aq balik kt kemah aq then tanam, lpas tuh aq rasa aq nk bermukim kt situ smpai pokok tuh hidup.
esok je peh, pokok tuh dh beso, siap ad buah lg. warna BIRU & MERAH. yang merah lagi banyak kot..=.=
aq xmakan, xberani.
Aq pon rasa, xde sialnya tanah ni, aq ingt nk mula menetap kat situ, hari tuh seharian aq siapkan pondok kecik untuk berteduh, nanti aq upgrade la sket2 jadi rumah.
aq mula bersihkan tempat tuh, kayu2 yg dh terbakar, aq bakar kasi lenyap terus, tanamnya aq gembur. Ngah2 gali, jumpa tulang MANUSIA.. banyak plak tuh, bole buat house of bone... adoiyai, seramnya time tuh, dh la gelap. aq sambung krja esoknya, makin banyak tulang aq jmpe, aq ingt tuh tanah kubur tp mne TOMBSTONE nye, aq pon kumpul sume tulang, tanah kt satu liang lahad kt penjuru tanah tuh. aq pon smbung kerja,
aq mula tanam macam2 pokok, tanah yang lebih2 aq xbiarkan, aq tanam pokok bunga warna KUNING. pokok yang mula2 aq tanah tuh aq xtebang, aq biarkan ia membesar, besar jugak pokok tuh, dlm masa beberapa hari je ia membesar. hairan tp layan jela.
2hari je ambil masa untuk pokok2 yang aq tanam tuh untuk membuahkan hasil, ngah syok mengumpul hasil, ttibe orang kmpung datang, diorg ramai, diorang dh rosakkan sebahagian tanaman, aq pon marah la, aq mintak PENJELASAN. sorg ketua kumpulan tuh, datang mengadap, die ckap kt aq, tuh tanah die, die sendiri yang bakar tempat tuh sebab tempat ni pernah jadi WAR ZONE 2tahun lepas. lor, aq mane tahu.
Aq anggap tidak bernasib baik hari tuh,
tapi aq berkeras jgak nak tanah tuh, aq bincang elok2 ngan tuan tanah, die ckap, aq bole usahakan tanah tuh, tp hasilnya aq makan ssorang, jgan gatal2 nk jual kt pasar kampung diorg. aq ckap ok ^^
Aq pon teruskan krja meneroka, aq bwat taman permainan, rmai bdak2 datang main ^^
dh macam city tycoon plak. smpai satu tahap, aq dh xlarat nk makan hasil hari2, aq ingt lagi kata2 pemilik tanah, "JANGAN JUAL APA2 HASIL DARI TANAH NI". aq ingt nk sedekah, "XJUAL". so, aq bwat satu jalan dari pasar ke tempat tuh, aq letak la signboard "BUAH-BUAHAN FREE"... hujung minggu ramai datang, aq bagi je mne ad, ad yang datang bawak robot, nk ambil bnyak, ambik la, aq xkesah.
Aq bersyukur sangat. rasa dh hidup ni bermakna. xmacam aq dulu menganggur, menyusahkan orang, org tengok pon nyampah. pada hujung mimpi tuh, mamat empunya tanah datang, dia xmarah2, die bwat muka kambing baru lahir.koh3
sblum die ckap ap2, aq trima kasih bnyak2 kt die, aq ingt hasil sedekah yang orang bg kt aq dlm bentuk wang ni, aq nk guna utk beli tanah tuh.
tapi die xnk, die pon bgtaw hajatnya nk ambil balik tanah tuh. peh, rase macam jatuh flat 10 tingkat, aq merayu nk beli tanah tuh, bayar lebih pon xpe, bkan sebab hasilnya tapi, tempat ni ajar aq bersyukur. ttibe die start marah, die berkeras nk jugak, die ckap tempat ni dh ok, die nk usahakan balik.
Aq xleh bwat pape, aq pergi kt kubur yg aq bwat awal2 dlu, aq ngadu kt situ, ttibe kuar tangan dari tanah... aq dh lari bberapa langkah tp tgk blakang balik, tangan yang kuar mula2 tuh mmg kosong, tangan yang satu lg kuar bawak cubic 5x5x5... haha
favourite aq^^
Xjadi lari, aq ambik cubic tuh, kubur tuh cakap trima kasih sebab jaga tempat tuh. fitnah yang melanda tanah tuh biar la aq sorang je yang tahu. die ckap, pergi la ajar orang kampung main cubic tuh, sure aq xkan hidup susah. dalam hati "SYIRIK KALAU AQ CAYE KT NATANG NI". koh3
Aq pon balik kemas2, pastuh tuan tanah datang bawak robot, ad api kt tangan robot tuh, die nk bakar tmpat tuh kot. alang2 aq dh otw nk belah, aq lepak jap, usha dari jauh, memang betol, die bakar balik tempat tuh, sape xsedih, dh usaha letih2, senang2 je die hapuskan... Cerita ni tamat time aq ngah selesaikan cubic 5x5x5 tuh kt penjuru kampung smbil di tonton oleh bdak2. budak2 tuh xfocus pon air mata aq mengalir... dh memang dasar budak2...wink2^^
Aq tahu makna mimpi ngarut ni.... tapi biar aq je yg tahu.. wassalam
No comments:
Post a Comment