Assalamualaikum,
Dua tiga minggu kebelakangan ini kelihatannya sibuk
Islah-Net dengan kisah Rijalul Ghaib jadi elok juga kalau diceritakan sedikit
apakah itu Rijalul Ghaib. Saya juga menggunakan perkataan bid'ah tanpa segan
silu kerana ternyata ianya satu bid'ah yang jelas merosakkan akidah. Rijalul
Ghaib ini agak sinonim dengan Khadam Ayat, kadang2 dikenali juga sebagai Khadam
Roh. Cara-cara ingin mendapatkan seorang Khadam atau Rijalul Ghaib inilah yang
selalunya terdapat unsur syirik dalam beribadah. Antara syarat2 yg selalunya
harus dilakukan ialah buat kenduri, baca ayat tertentu beribu kali, zikir
beribu kali, sembahyang beratus rakaat dan sebagainya. Si pelaku selalunya
bukanlah ahli ibadat tapi kerana ingin mendapatkan Khadam, si Pelaku telah
sanggup melakukan ibadat yg di luar batas kebiasaan dan melebihi dari apa yg
disyariatkan. Di sini jelas wujud syirik terhadap tauhid Uluhiyah kerana idadat
si Pelaku kini bukan lagi ikhlas untuk Allah SWT tapi sudah untuk maksud lain. Kemudian
apabila Khadam sudah menjelma (dalam mimpi dan sebagainya), maka Khadam
tersebut akan menjadi tempat pergantungan dalam apa sahaja yang dihajati
(inilah sebenarnya si Khadam diseru-seru). Permintaan akan disusuli dengan upah
dan berbagai perjanjian. Apabila si Pelaku sudah bergantung penuh kpd si Khadam
maka unsur-unsur syirik akan diselitkan dlm perjanjian. Maka rosak pula tauhid Rububiyah
kerana sekarang sudah lengkap ibadat dan permintaan hajat sudah jadi milik si
Khadam. Walaupun secara luaran si Pelaku nampak macam rajin beribadat, tapi
isikandungan perjanjian dan isihati si Pelaku yg jahil selalunya adalah selari.
Ingat kita bercakap tentang pengamal di kalangan orang awam bukan ustaz
graduate Timur Tengah. Siapa Khadam Ayat atau Rijalul Ghaib ini? Tidak lain
tidak bukan hanyalah Jin dan Syaitan yg menyesatkan sebagaimana yg disebutkan
oleh Allah SWT dlm surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud "Dan bahawa
sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia (disebut
RIJAALUN, lihat kitab terjemahan), menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin (disebut RIJAALIN, lihat
kitab terjemahan), kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat." Menurut Umar Sulaiman pengulas At-Tahawiyah,
syaitan tidak semetinya menyesatkan manusia dalam perkara maksiat yang jelas
tetapi juga dalam bentuk-bentuk syirik dan kerosakan-kerosakan akidah yang
halus tetapi fatal. Rijal yg dimaksudkan oleh ayat di atas adalah jelas jin
atau teman-teman musyrikin yang ingin menyesatkan umat Islam.
Allahua'lam.
No comments:
Post a Comment