dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-A`raaf:200]
Namun dalam merungkai makna dan erti ‘selisih malaikat 44’ ni tidaklah semudah yang disangka walaupun sudah dengan menggunakan menggunakan khidmat Pakcik Google sebagai browser tercanggih buat masa ini. Walau bagaimanapun kebanyakannya tak memberi jawapan sama ada yang munasabah atau sebaliknya.
Perkara sia2 sebegini sekiranya dibiarkan ini boleh membawa kepada satu kepercayaan atau amalan baru masyarakat Islam sedangkan amalan dan kepercayaan orang Islam adalah berlandaskan al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.
Yahya bin Bukair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Uqail daripada Ibnu Syihab, katanya: Anas bin Malik telah menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Umar pada hari keesokan daripada orang-orang Islam berbai`ah kepada Abu Bakar. Beliau berada di atas minbar Rasulullah s.a.w. di mana beliau bertasyahhud sebelum Abu Bakar lalu berkata:
Maka Allah telah memilih untuk Rasul-Nya s.a.w. apa yang ada padanya daripada apa yang ada pada kamu. Inilah kitab yang Allah telah pimpin dengannya Rasul kamu. Oleh itu kamu berpeganglah dengannya supaya kamu beroleh petunjuk yang Allah berikan kepada Rasul-Nya.” [Riwayat Bukhari]
Jelaslah daripada hadits ini bahawa agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sudahpun sempurna dan tidak memerlukan apa-apa penambahan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Adam bin Abi Iyaas telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Amar bin Murrah telah menceritakan kepada kami, katanya: Saya mendengar Murrah al-Hamdani berkata: Abdullah berkata:
“Sesungguhnya cerita yang paling baik adalah cerita daripada kitab Allah dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang baharu/direka-reka dan {Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat mengelakkan diri daripadanya.” [Riwayat Bukhari]
Jadi.. dari mana pula datangnya kepercayaan ini. Sebenarnya banyak lagi kepercayaan yang dipercayai oleh masyarakat melayu zaman dulu-dulu antaranya:
- golek kelapa atas perut orang mengandung untuk memudahkan proses bersalin
- pantang larang seperti: tidak boleh menyapu diwaktu malam kerana boleh membawa kepapaan, tidak boleh potong kuku waktu malam kerana ini juga boleh membawa kepapaan dan macam2 lagi
Kenapa malaikat?
Dalam banyak-banyak makhluk, makhluk yang bernama malaikat yang diminta selisih/simpang, tapi kenapa malikat? Adakah sebab malaikat adalah mahkluk Allah yang sangat taat kepada Allah?
Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada Nur, apa yang dituntut oleh Islam adalah supaya beriman dengan Malaikat, ini jelas berdasarkan sebuah hadits riwayat Imam Muslim menyebutkan:
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ceritakan kepadaku tentang iman”.
Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”.
(Petikan dari sebuah HADIS )
Kesimpulannya, kita wajib:
- Beriman dengan Allah
- Beriman dengan malaikat
- Beriman dengan kitab-kitab
- Beriman dengan rasul-rasul
- Beriman dengan hari akhirat
- Beriman dengan dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya
sumber daripada buku berjudul :
Al-haqir al-faqir(terlah ditafsir al-Haqir ila ALLAH al-Ghaniy)
Ini pula komen dari orang alim:
Ni se lagi :
No comments:
Post a Comment