Sunday, 8 January 2012

.::Nightmare::.

Assalamua'laikum...


Sejak akhir2 ni aq salalu tido awal..
just teringat kenangan time budak2 dlu. mak cakap pkul10 dh kne ad atas katil(tido)..
siap xsiap kerja skolah, kne tido jgak. So, aq ikot je gerak hati nak tiru zaman budak2.
Tido lah aq dalam kebisingan malam.

malam tadi aq mimpi ngeri lagi...
tapi yang peliknya aq tahu itu mimpi tapi kenapa aq tak boleh keluar dari dimensi tu.

Ceritanya bermula begini.

aq memerintah di sebuah empayar bernama "YHWH". Aq melihat perkataan 2 tergantung di dinding2 dan aq tahu aq pemerintah kerana org yang datang kepada aq mesti mintak di perintah. So, aq layan jela. bukan selalu nak jadi pemerintah.
Datanglah seorang lelaki selekeh yang menghadap aq lalu bertanya "Kau kenal aq x?". Aq pn jawab ah, "tak".
Then lelaki tuh blah(aq xtaw ap motif scene lelaki 2 dalam mimpi aq ni).
Agak boring terperap dalam rumah(nk cakap istana, takde la besar sangat rumah tuh), aq pun keluar jalan2 luar kawasan rumah dan duduk kt tebing tinggi yang mana bawahnya ada laut.
Masa ni lah aq sedar, aq sedang bermimpi sebab aq tengok ombak laut tak menghempas ke tepi tapi meluap2 macam mendidih. So, no wonder la aq rasa nak terjun sebab aq taw itu mimpi.
Tiba2, datang segolongan wanita ramai gile berlari ke arah aq dari belakang. muka tak leh blah, macam baru balik dari melombong. Bawak cangkul, mesin pembancuh simen, lori tangki, kereta labi(xtaw nk panggil pe natam 2), dan yang buat aq nk tergelak, ad juga yang naik belon udara panas buatan sendiri(bole naik ssorang je, bakul yang dia duduk 2 dah la kecik, terseret2 kt tanah...wakakaka).
Aq pon sebenarnya ad la rasa tak sedap hati cikit. Diorang berhenti 10meter dari aq(aq tak ukur tapi dapat agak la). Then sorang minah yang paling depan bersuara, "Woi, pesal kau benci kitorang hah? kau hingat kau perfect sangat ke nak benci2 orang, dulu mak kau pon segolongan dengan kami, tapi sekarang dah naik pangkat jadi seorang Ibu je la"(so, dpd kata2 diorang ni aq taw yang sume minah ni tak kawen lagi..). Sambung kata2 minah tadi "Cuba lah kau bertolak ansur sikit dengan kami, kami dicipta lemah". Aq pon jawab. "Sebab sorang diantara kamu telah mengkhianati aq!!". Golongan2 wanita ni pon bertambah marah dan makin mara.. Mase tuh cuak gile, "habis la aq kali ni". Diorang tolak aq dari tebing tuh. Time tuh la dengar azan subuh then terus bangun(mimpi tamat). Berpeluh gak, macam pergi jogging...

Aq bangun terus tulis atas kertas, YHWH... takot terlupa... Aq nk taw sangat ap maksud YHWH tuh.. yang lain aq cuba lupakan. sebab....hehe malu la aq.. ^_^












1 comment: