Ada seorang sahabat berniat nak berinai.. ^^
aq jawab, xleh berinai bg yang xbersuami. Tetibe aq rase xsedap hati. Aq istigfar dan diam terus..uhuk3
sini aq nak cite balik HUKUM BERINAI.. sumber dari hadis dan ijma' yang di catatkan kembali dari beberapa blog dan beberapa ceramah agama oleh ulama dalam dan luar negara.
Aq akan bahagikan kepada dua iaitu lelaki dan wanita, samaada yang masih anak dara mahupun yang dah kahwin.
Bismillahirrahmanirrahim...
WANITA :
Hukum memakai inai bagi wanita :
Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) DIJARIMU.” (hadith riwayat abu dawud)
Merujuk kepada hadis diatas, HARUS bagi kaum wanita berinai DIJARI adalah untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.
Agak-agak orang tahu x korang ni perempuan ke lelaki tanpa tengok tangan? ^^
Sunat (buat dapat pahala):
Berkata Imam Syafi’e: “Saya menggalakkan perempuan supaya berinai untuk IHRAM.”
“Dan para ulama kita sepakat mengatakan bahawa berinai itu memang sunat dengan sebab ingin melakukan
IHRAM.” Maka dalam hal ini tidak ada perbezaan di antara perempuan yang bersuami dengan yang tidak
bersuami.
Apabila perempuan bermaksud melakukan IHRAM dan jika dia mempunyai suami, maka adalah disunatkan
baginya berinai pada bila-bila masa saja, kerana berinai itu adalah satu perhiasan dan kecantikan dan
perempuan berkenaan disunatkan berhias dan bermolek-molek untuk suaminya pada setiap waktu.
Akan tetapi jika perempuan itu tidak mempunyai suami dan tidak pula dia bermaksud untuk melakukan
ihram, maka adalah dimakruhkan baginya berinai tanpa ada sesuatu sebab uzur, kerana ditakuti timbul fitnah
kepadanya atau kepada orang lain disebabkan dia memakai inai.
Kesemua perkara ini adalah disepakati ulama-ulama kita, termasuklah jua yang disepakati itu sunat berinai
ketika hendak ihram bagi perempuan tua dan wanita muda.
BAGI ANAK DARA :
Anak dara ni ditujukan kepada yang tidak bersuami. Mereka diharuskan berinai DIJARI sebagai perhiasan.
Perhiasan untuk siapa?
untuk diri sendiri lah.^^
Kalau keluar rumah?
Diharuslah pakai sarung tangan atau labuhkan lengan baju atau letak tangan dalam saku. Buatlah macam mana pon bagi orang xnampak.
Kenapa?
Boleh menimbulkan fitnah. nanti orang fikir yang bukan-bukan. "eh, dh kawin ke budak ni?". Lagipun INAI tersebut menarik perhatian.
BAGI YANG BERSUAMI :
xsemua yang bersuami bukan anak dara..
Mereka diharuskan berinai DIJARI sebagai perhiasan.
Perhiasan untuk siapa?
untuk dirinya dan suaminya. inai ni antara agen menaikkan syahwat. kalau slalu pakai, suami pun suka^^
Kalau keluar rumah?
Tidak diharuskan menyembunyikan tangan tersebut.
Kenapa?
Si isteri nak keluar dengan siapa lagi kalau bukan dengan suami.
kan bagus kalau kat rumah cantik, same macam kat luar ^^
Tapi kalau keluar tanpa suami?
adakah dipanggil fitnah bila orang fikir camni "eh, dh kawin budak ni?". TIDAK diharuskan.
lagi sweet bile orang fikir "die ni baru kawin".
INGAT, DIJARI, BUKAN DIBELAKANG TAPAK TANGAN atau KAKI!!
camne kalau lukis2? (bagi yang dah bersuami sahaja)
boleh je nak lukis corak organik di atas tapak tangan. tapi jangan bagi orang nampak lah. kalau menimbulkan fitnah, terus jadi HARAM.
korang jangan fikir dengan perbuatan yang menghampiri tatoo ni di senangi umat islam, tidak sama sekali.
setiap sesuatu yang menghampiri haram juga menghampiri fitnah. niat kte lain, orang fikir lain. fahamilah MENIMBULKAN FITNAH itu, kte yang buat orang fikir buruk tentang kita. klu kte buat sunnah tapi orang fikir lain xpe la jugak.
ramai yang bising-bising pasal tangan seorang isteri ustaz terkenal baru-baru ini di lukis corak tumbuhan (organik) di haruskan oleh ustaz tersebut, yup, untuk dirinya memang harus tapi untuk santapan juru gambar dan gambar-gambar yang tersebar di merata-rata tempat itu pula macam mana. Well, kte manusia biasa, kesilapan itu lumrah.
semoga di maafkan dan terhindar dari fitnah.. astagfirullah
"agak-agak, sebelum akad nikah tuh dah bersuami ke belum? mohon dimaafkan, lagi pun pengantin xkuar rumahkan?"
"Apa yang menjadi masalahnya, pemakaian inai itu dijadikan fesyen atau berniat menunjuk-nunjuk
kecantikannya kepada lelaki bukan muhrim"
LELAKI :
"Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."
Mazhab syafie:
berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.
aq just ambil petikan mazhab syafie sebab korang duk kt Malaysia.
Pernah tengok janggut dan rambut ulama-ulama berwarna, mereka pakai inai,
Kenapa boleh pakai kat janggut dan rambut?
Di antara dalil yang menunjukkan sunat berinai pada uban dan janggut, hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
"Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: "Nabi SAW bersabda: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut meraka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sementara itu dalil yang menunjukkan haram berinai dengan warna hitam ialah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
"Daripada Jabir bin Abdullah katanya: "Pada hari penaklukan Mekah di bawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah SAW dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka bersabda Rasulullah SAW: "Celuplah (rambut dan janggut) kamu selain dengan warna hitam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa yang dapat aq rumuskan disini,
kepada wanita-wanita yang belum bersuami, berhiaslah mengikut syarak. jangan mengikut nafsumu.
dan berhiasa lah untuk suamimu kerana ia akan meningkatkan kasih sayang antara kamu.
kepada lelaki-lelaki, dan janganlah kamu meniru-niru kaum wanita. korang xpayah pakai lah, biarpun time kawin, adat letak belakang, yang mane dapat pahala je buat. perempuan susah ckit, diorang ada 9nafsu, lagi xpuas hati, diorang nk jugak buat. bila dilarang, merajuk sebulan..koh3
biarlah bertanya sebab jahil jangan jahil sebab xbertanya.
sekiranya dengan melakukannya akan menimbulkan kecurigaan dan pertikaian, apalah salahnya ditinggalkan sahaja. Ia tidak lebih dari sekadar adat. Memadai dengan berinai pada hujung jari tangan mahupun kaki.
No comments:
Post a Comment