Assalamua'laikum.
Hinanya hamba Allah ini, orang bagi hati, aq rosakkan, orang bagi peluang, aq sia-siakan. Ya Allah, tunjukkan aq jalan dimana aq tidak memudaratkan sape2. Melainkan niat aq keranaMu Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini yang selalu tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Kau berikan. Aq merosakkan diri disaat aq sakit hati, aq melupakanMu saat diri dibebani. Semoga khilafku Engkau ampunkan, sesungguhnya Allah maha pengampun kepada mereka yang bertaubat.
Alhamdulillah hari ini perniagaan berjalan lancar, walaupun awal-awal huru-hara. sume dh macam blur je, xtaw nk mula camne niaga. Tapi Allah nk tunjukkan yang Dia maha pemurah, semua barang yang dijual habis pada hari pertama berniaga.
aq letih sangat hari ni smpai xde mood nk marah ke, nk senyum ke, nk makan ke, nk minum ke...huhu
walaupun penat camni aq dh biasa rasa dlu, tp YELA, dulu kan, time training, dh lame xrasa. nk taw x kenapa penat sangat? ttibe*
seharian kt gerai, aq hanya sempat duduk 2-3kali je(tak termasuk duduk antara dua sujud). pernah tengok ke orang mesin tebu sambil duduk.koh3
nk taw bile aq duduk? ttibe*
bile makan & minum, time aq MELABUR dan time calling mak aq.
aq cukup benci orang datang gedik2 nk mesin tebu jgak (khas kepada bdak2 pompuan).
nk gedik pon biar la ngan orang lain. aq akan terima gedik bini aq je nanti, korang punya gedik JIJIK!
banyak dugaan duk kt pasar ni. bising ngan bunyi mesin tebu xpe lagi, bising ngan bunyi2 sumbang lelaki nak tarik pelanggan pompuan...grrrr.. KORANG xsedar ke, pompuan ni telinga die xle tahan, diorang yang xjadi beli pon bole terbeli, lepas beli baru sedar "asal aq beli, padahal xperlu pon".
group aq ad sorang non-muslim, oleh kerana keropok and air tebu laku sangat, die nk aq naikkan harga pada hari kedua. xpasal2 kne ceramah. nk taw aq ceramah ap?
"bro, ktorang muslim bwat ap2 pon ikot undang2 agama, kalu esok harga tebu atau keropok tuh naik, baru aq naikkan harga, haram kurangkan timbangan atau naikkan harga sesuka hati, klu nk untung lebih, ko leh blah dari group ktorang, ktorang bkan nk collect untung je, ktorang cari pahala, nmpak atas kepala ktorang ni, ko jgan ingat pakai kopiah ni sebab nak tarik pelanggan, nk tunjukkan ktorang ni pembersih sangat, niat ktorang nk berdakwah".
die senyum. aq cakap berlembut, tgk ayat macam marahkn? aq bkan pemarah, kata-kata marah aq, orang dgar pon bole gelak.dush888
aq baru siap buat kira2 tadi, Alhamdulillah. rezeki membe2. tapi gaji aq xnk bagi lagi, lepas abis 3hari brniaga baru aq bagi. korang mesti trkejut. ini lah rezeki dari Allah.
Esok InsyaAllah, ktorang akan start berniaga lebih awal sebab sume dh nampak cmne nk handle. pembahagian kerja tuh yang penting. be PROFESSIONAL. jgan takot nk sedekah. xde rugi nya bersedekah.
so, tdo awal le malam ni. habiskan zikir, maafkan kawan-kawan. titiskan air mata penyesalan atas dosa kta hari ni dan tidor la dengan kalimah syahadah sebagai sebutan dan ingatan trakhir.
kepada sahabat, maafkan sahabat mu ini, bkan setiap masa sahabat mu ini dapat maintain mengembirakan mu, ada masa akan berlaku selisih faham atas kekurangan sahabat mu ini. andai sahabat xdapat menerima dan menasihati sahabat mu ini, jauhilah sahabat mu ini, doakan sesuatu yang dapat mengubah sahabat mu ini
wassalam
No comments:
Post a Comment