Sunday, 22 January 2012

Holiday(1st week only)

Assalamua'laikum.


Hari kedua.

Cuti dh start smalam, aq habiskan masa hari ni dengan melawat membe2 yang ad kat kampung. Ad yang makin sihat dan add yang makin kering..koh3

Semalam dh sampai je ganu, aq singgah pantai batu buruk, ambik angin.. letih gile.
Teruk la tempat tuh, uish, xlame dh malapetaka akan timpa pantai tuh nanti.. betol lah kata2 sesetengah ulama, nak menilai sesuatu pandang la melalui sudut agama..

sampai je rumah, aq terus kutip paper2 bulan1.. Hampir sebulan xbaca paper... Berita paling best, kemalangan maut. 4mati 1terselamat dan 1terkejut beruk(aq la tuh). sbb mangsa yang kemalangan 2 aq kenal. Lecturer ILP(institusi latihan perindustrian, tempat mak aq kerja). Die berlumba ngan kereta ap aq xpasti, wira kot. agak ngeri la. nasib baik aq xde same kejadian, klu x....koh3 dah berkari ngeri le...hehe


Hari Ketiga.


Aq terlepas subuh kt surau bersama membe huhu... kne goda ngan setan pangkat Jeneral... InsyaAllah aq akan cuba esok.
Aq start keluar rumah pukul12 tghari, pergi teman arif binti razali, knp binti? sebab penakut cam pompuan. Sampai je kt kaunter, eh eh eh eh kak Linda.. dulu aq kecik lagi, time duduk kt flat polis, slalu la aq pergi sepahkan rumah die...malunyeeee
Aq pon jenis xsuke borak2 ngan orang berstatus dara ni, so aq straight to the point. Alhamdulillah,  dpt diskaun 50% kohh3... untung membe aq. tak sia2 die bawak aq.. Thanks a lot kak Linda..

Balik dari bayar saman, ttibe dapat call dari hadi(anak mak aq..hehe) ajak makan goreng pisang kt sebuah kedai baru  bukak kt tepi jalan dekat ngan rumah. Sampai je, ktorang order le.. eh eh eh eh kak Na... dlu time skolah, makan tengahari aq kt kedai die la, balik je skolah aq akan order "nasi goreng separuh n milo ais parut". Aq sorang je pelanggan die yang mintak order pelik2...wakakaka
*parut = mesin air batu jadi ais hancur. Mcam nk buat ABC.
tuh la air kegemaran aq tp kak Na sorang je yang bole buat..
lepas aq habis skolah dlu, die terus tutup kedai.. katanya xlarat jaga kedai ssorang.. Skrg dh ramai kuli plak..
Peh, memang nostalgia gile time tuh. Dah la jumpe member2 lame.. Ramai mintak tips nk stop smoke ngan aq. Aq suruh diorarng stop smoke selepas makan and semasa minum dlu, bru bole proceed cara sterusnya, sebab tuh part no.2 paling susah...koh3


petang tuh aq berfutsal, lawan geng hadi.. Agak hebat team diorang. tp 3last goals aq perform...koh3
menang geng menembak 2-0(aggregate) ... Puas hati!.
Dalam melalu hari2 yang seronok aq xpernah berhenti rasa risau. RISAU?zzzz
ad lak nk berbunga2 kat sini...hehee
Kita tengok esok plak ap citer.....XD


Hari Keempat

Hari ni aq start training.. Macam biasa, sesi pagi aq akan merayau2 mencari equipment aq, barang panas memang slalu hilang, alasan org yang ambik, "saje ambik berkat...huhu". ad aq kesah! yang penting jgan usik kalu aq balik.
nk guna bole, tp letak balik, aq diberi taggungjawab jaga barang2 tuh, nnti hilang, aq kne jawab(cehh...ayat macam marah je).... memang marah pn, SCOPE TRIPOD AQU MANE?!!! ni buat aq rse nk nangis ni.... ngadu mak aq kang!
sesi petang aq trainng tanpa scope, walaupon aq xtembak tp scope penting. Scope la referent aq kalu position aq berubah mase nembak sebab scope xbergerak(betol ke ap yang aq buat ni??). budakxde coach ni pelik2 ckit, ad je bnda pelik nk di reka...koh3

balik je trainng ad futsal ngan team mne entoh... kitorang kalah teruk.. aq pon letih nk main, yela bru balik trainng. Just nk kuarkan peluh je..
Malam tuh aq gi tgok bola, Manchester City(MC) VS Tottenham pkul9-11mlm. Then Manchester United(MU) VS Arsenal pukul12-2am.. Dua2 game best tp aq xpuas hati selagi MU xkalah...wakakakakaka....



Hari kelima

Pagi aq trainng macam biasa tp tetap tanpa scope.... PLEASE, I NEED SCOPE!! klu xnk bg scope pn, tolong la tengok, gtaw kne kt mne...




Part paling best bile time rehat, aq ajak sume geng2 nembak gi ber-cendol, pmpuan just athirah je... seronok lepak sekali.. pakcik cendol 2 pn seronok tgok.. abis roti dalam van pakcik 2 budak2 ni blasah(bayar udah semestinya).

Sesi petang aq buat kerja gila, start trainngawal sejam dari orang lain(poyo rajin), aq angkat je senjata, terus tido... ngantuk bhai....
wake up 40mint pastu, aq tetibe datang ONG nk tkar posisi... 30mint pastu aq tukar lagi posisi...lepas 30mint dry aq tembak membabi buta tuli....haha(lepas gian..koh3)
xsangka aq leh buat 3posisi dalam masa 2jam.... lembik aq pastuh.. abis je trainng aq balik....bru je terlelap stengah jam, fon lak duk krekkkk.... krekkk...ad ke bunyi cam tuh, aq pn xpasti..wakakaka
layan je la...
pkul12 tgahmalam, futsal lagi.......... compius aq, nk main futsal ke nembak SUKMA nnti....lalalala
lawan geng hadi, kitorang kalah teruk jgak, nk buat camne, kitorang just maen suke suki je...
Dh, aq nk tido... letih kot....huhu



Hari keenam


Hari ni aq pergi kem...
aq xtaw ap yang akan terjadi kt kem tuh nanti.
nnti aq akan bertolak pkul12.... alang2 lepas zohor terus la kn...
pagi ni aq nk pergi cari kasut dlu.... aq n izzati jexde kasut lg.... JOM merayau semua cawanagn Arena n Al-ikhsan.


Hari ketujuh

xsempat nk update.... maaf....





Sunday, 15 January 2012

Panggung Wayang


Peye dok knal panggung wayang? orang asli pahang pon tahu.
aq tak pernah tengok wayang sebab aq hehehe... xnk bagitaw, malu.. :p
dulu pernah rasa nk tengok, tp lepas beli je tiket, ttibe rasa tak sedap hati... so, bagi kt orang laen.
2-3kali jgak jadi camtuh.
Lama kelamaan, aq rase macam HARAM je tengok wayang ni.. Banyak kali kawan ajak tengok, siap nk lanjew macam2 lagi, aq tolak satu persatu, alasan aq same je, HARAM.. bila ditanya, Kenapa Haram??, aq diam, aq tak mampu nk bagitau ap yang aq rasa.
Then kawan mula menjauhi aq sebab perkara ni... Sedey jugak tp nak buat camne, itu je yang aq mampu.


Ap yang aq rasa?
Berdasarkan pada pandangan aq, sesungguhnya di situlah tempat berhimpunannya segala maksiat..
maklumlah suasana yg gelap menginduce lg mereka utk berkelakuan tidak senonoh(Nauzubillah)

but, terdapat pelbagai pihak yg berkata,"ak tgk wayang sbb nk release tension dan bknnya nk wat benda tak bermoral tue"...ayat biasa kalu ditnya..

lagi buat aq speechless,
ade yg berkata"bagaimana kalau saya tengok wayang bersama family???" adakah hukumnya masih HARAM!!!

wallahu'alam~~

Hari ni kito ejah KONGSI pendapat oleh Syeikh Dr Yusuf al-QaradhawI (ulamak tersohor dunia) mengenai hukum tgk wayang~~
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.(tidak pasti maksudnya ape,mohon penjelasan drpd sahabat2 yg lbh mengerti,syukran..)

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memanafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya dgn  menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

kesimpulannya,Beliau berpendapat umat islam diHARUSkan utk menonton wayang selagi tidak melanggari 3 syarat tersebut..namun,byk lg hujah2 yg dipertikaikan oleh ulamak2 mengenai hukum ini. Aq berharap dgn pendapat tersebut dpt memberi guideline kpd kita semua dlm pemilihan wayang2 yg hendak kite tonton...

Segala yg baik itu dtgnya drpd ALLAH,dan segala kelemahan dan kesilapan itu dtgnya drpd aq... wallahu'alam..


Sumber penterjemahan.

http://qaradawi.net/?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17

aq tak reti arab sangat tp google translate ler....hehe


So, download je movie 2, layan ssorang...wakakaka

Sunday, 8 January 2012

.::Nightmare::.

Assalamua'laikum...


Sejak akhir2 ni aq salalu tido awal..
just teringat kenangan time budak2 dlu. mak cakap pkul10 dh kne ad atas katil(tido)..
siap xsiap kerja skolah, kne tido jgak. So, aq ikot je gerak hati nak tiru zaman budak2.
Tido lah aq dalam kebisingan malam.

malam tadi aq mimpi ngeri lagi...
tapi yang peliknya aq tahu itu mimpi tapi kenapa aq tak boleh keluar dari dimensi tu.

Ceritanya bermula begini.

aq memerintah di sebuah empayar bernama "YHWH". Aq melihat perkataan 2 tergantung di dinding2 dan aq tahu aq pemerintah kerana org yang datang kepada aq mesti mintak di perintah. So, aq layan jela. bukan selalu nak jadi pemerintah.
Datanglah seorang lelaki selekeh yang menghadap aq lalu bertanya "Kau kenal aq x?". Aq pn jawab ah, "tak".
Then lelaki tuh blah(aq xtaw ap motif scene lelaki 2 dalam mimpi aq ni).
Agak boring terperap dalam rumah(nk cakap istana, takde la besar sangat rumah tuh), aq pun keluar jalan2 luar kawasan rumah dan duduk kt tebing tinggi yang mana bawahnya ada laut.
Masa ni lah aq sedar, aq sedang bermimpi sebab aq tengok ombak laut tak menghempas ke tepi tapi meluap2 macam mendidih. So, no wonder la aq rasa nak terjun sebab aq taw itu mimpi.
Tiba2, datang segolongan wanita ramai gile berlari ke arah aq dari belakang. muka tak leh blah, macam baru balik dari melombong. Bawak cangkul, mesin pembancuh simen, lori tangki, kereta labi(xtaw nk panggil pe natam 2), dan yang buat aq nk tergelak, ad juga yang naik belon udara panas buatan sendiri(bole naik ssorang je, bakul yang dia duduk 2 dah la kecik, terseret2 kt tanah...wakakaka).
Aq pon sebenarnya ad la rasa tak sedap hati cikit. Diorang berhenti 10meter dari aq(aq tak ukur tapi dapat agak la). Then sorang minah yang paling depan bersuara, "Woi, pesal kau benci kitorang hah? kau hingat kau perfect sangat ke nak benci2 orang, dulu mak kau pon segolongan dengan kami, tapi sekarang dah naik pangkat jadi seorang Ibu je la"(so, dpd kata2 diorang ni aq taw yang sume minah ni tak kawen lagi..). Sambung kata2 minah tadi "Cuba lah kau bertolak ansur sikit dengan kami, kami dicipta lemah". Aq pon jawab. "Sebab sorang diantara kamu telah mengkhianati aq!!". Golongan2 wanita ni pon bertambah marah dan makin mara.. Mase tuh cuak gile, "habis la aq kali ni". Diorang tolak aq dari tebing tuh. Time tuh la dengar azan subuh then terus bangun(mimpi tamat). Berpeluh gak, macam pergi jogging...

Aq bangun terus tulis atas kertas, YHWH... takot terlupa... Aq nk taw sangat ap maksud YHWH tuh.. yang lain aq cuba lupakan. sebab....hehe malu la aq.. ^_^












Saturday, 7 January 2012

Iman






Daripada Umar RA, beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh, dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya, sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah SAW dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya.

Dia segera berkata, “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam.” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah, kamu mendirikan Solat, mengeluarkan Zakat, dan menunaikan Haji jika kamu mampu mengerjakannya.” Lelaki itu berkata, “Benarlah kamu!” Kami merasa hairan terhadapnya, dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang Iman.” Lalu Baginda SAW bersabda, “Bahawa kamu beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari Kiamat dan kamu beriman dengan ketentuan Baik dan Buruk-Nya.” Lelaki itu berkata, “Benarlah kamu!” 

Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang Ihsan.” Lalu Baginda SAW menjawab, “Bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu.” Lelaki itu berkata, “Benarlah kamu!

Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang Hari Kiamat.” Lalu Baginda SAW menjawab, “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak tahu bila berlakunya Hari Kiamat).” 

Lelaki itu berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya.” Lalu Baginda menjawab, “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya. Dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan.”

Kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang ad-Din kamu.”

(HR Muslim)

Thursday, 5 January 2012

~Selisih Malaikat 44 atau Minta Simpang Malaikat 44~

‘Selisih malaikat 44’ atau ‘minta simpang mailakat 44’, biasanye disebutkan oleh orang2 tua dalam dalam novel dengan tujuan supaya dpt dielakkan dari bala, masalah atau musibah. Akhir2 ni dah macam trend plak alam skrip drama2 tv dan filem2 melayu, balik2 ‘Selisih malaikat 44’, tapi apa maknanya? Siapa malaikat 44? Malaikat ke 44 atau bilangannya sebanyak 44? Takkan plak nak minta simpang dari malaikat 44, kalau nak minta jauh atau simpang nie baik minta dijauhkan dari syaitan atau iblis. Kalau nak berlindung plak, sebagai umat Islam kita diperintahkan supaya minta berlindung dengan Allah dan bukannya dengan minta berlindung dengan malaikat, firman Allah:

dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-A`raaf:200]

Namun dalam merungkai makna dan erti ‘selisih malaikat 44’ ni tidaklah semudah yang disangka walaupun sudah dengan menggunakan menggunakan khidmat Pakcik Google sebagai browser tercanggih buat masa ini. Walau bagaimanapun kebanyakannya tak memberi jawapan sama ada yang munasabah atau sebaliknya.
Perkara sia2 sebegini sekiranya dibiarkan ini boleh membawa kepada satu kepercayaan atau amalan baru masyarakat Islam sedangkan amalan dan kepercayaan orang Islam adalah berlandaskan al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.

Yahya bin Bukair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Uqail daripada Ibnu Syihab, katanya: Anas bin Malik telah menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Umar pada hari keesokan daripada orang-orang Islam berbai`ah kepada Abu Bakar. Beliau berada di atas minbar Rasulullah s.a.w. di mana beliau bertasyahhud sebelum Abu Bakar lalu berkata:

Maka Allah telah memilih untuk Rasul-Nya s.a.w. apa yang ada padanya daripada apa yang ada pada kamu. Inilah kitab yang Allah telah pimpin dengannya Rasul kamu. Oleh itu kamu berpeganglah dengannya supaya kamu beroleh petunjuk yang Allah berikan kepada Rasul-Nya.” [Riwayat Bukhari]

Jelaslah daripada hadits ini bahawa agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sudahpun sempurna dan tidak memerlukan apa-apa penambahan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
 
Adam bin Abi Iyaas telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Amar bin Murrah telah menceritakan kepada kami, katanya: Saya mendengar Murrah al-Hamdani berkata: Abdullah berkata:
“Sesungguhnya cerita yang paling baik adalah cerita daripada kitab Allah dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang baharu/direka-reka dan {Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat mengelakkan diri daripadanya.” [Riwayat Bukhari]

Jadi.. dari mana pula datangnya kepercayaan ini. Sebenarnya banyak lagi kepercayaan yang dipercayai oleh masyarakat melayu zaman dulu-dulu antaranya:
  • golek kelapa atas perut orang mengandung untuk memudahkan proses bersalin
  • pantang larang seperti: tidak boleh menyapu diwaktu malam kerana boleh membawa kepapaan, tidak boleh potong kuku waktu malam kerana ini juga boleh membawa kepapaan dan macam2 lagi
Dan banyak lagi, selisih malaikat 44 ni kita bleh la masukkan sekali sbb setakat ni tiada jawapan bernas untuk merungkai maknanya.

Kenapa malaikat?
Dalam banyak-banyak makhluk, makhluk yang bernama malaikat yang diminta selisih/simpang, tapi kenapa malikat? Adakah sebab malaikat adalah mahkluk Allah yang sangat taat kepada Allah?
Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada Nur, apa yang dituntut oleh Islam adalah supaya beriman dengan Malaikat, ini jelas berdasarkan sebuah hadits riwayat Imam Muslim menyebutkan:
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ceritakan kepadaku tentang iman”.
Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”.
(Petikan dari sebuah HADIS )
Kesimpulannya, kita wajib:
  1. Beriman dengan Allah
  2. Beriman dengan malaikat
  3. Beriman dengan kitab-kitab
  4. Beriman dengan rasul-rasul
  5. Beriman dengan hari akhirat
  6. Beriman dengan dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya
Jelaslah kita dituntut untuk beriman dengan malaikat dan bukannya minta simpang atau selisih dengan malaikat 44, 100 maupun 1000

sumber daripada buku berjudul :
Al-haqir al-faqir(terlah ditafsir al-Haqir ila ALLAH al-Ghaniy)



Ini pula komen dari orang alim:



Ni se lagi :




Wednesday, 4 January 2012

Exam(sem3)

Assalamu'laikum...

~4.1.2012~
tarikh keramat dimana aq xjawab sume soalan math tadi.. xtaw kenapa, over confdent sngt kot yg markah aq dh ckup...koh3
tuh la perkara bodoh yg paling bodoh pernah aq buat..Nyesal! T_T


azam exam kali ni, aq taknak keluar awal. Duk la dalam examination hall tuh sampai habis masa.
tido pn tido la. asalkan aq tak kacau orang.
Takdi pengawas exam tanya aq, kenapa awak sorang je pakai pensil kayu..
aq pn jawab la sebab pensil kayu murah.
KORANG taw tak, pensil kayu ni walaupun murah, tapi 10ganda lagi tahan lame berbanding pensil laen.
Seronok kot pkai pensil kayu. kalu rase nk marah, campak je, then kuarkan yg baru...koh3
bukan aq tak pernah pakai mechanical pencil tuh tapi xberminat la.
leceh, nk kne beli lead, kne ad maintaince lg.. senang citer leceh..
td aq rse macam takde guna pon calculator.
sume soklan kne intergrate berlipat kali ganda.
apa2 pn, tawakkal n doa je la.. Math je la harapan... yg laen xleh pkai dowww!


bersiap untuk paper seterusnya, THERMODYNAMIC... nama macam hebat je.
past year question takde, terpaksa la buat balik soalan test yang lepas-lepas....



~9.1.2012~
malam sebelum 9.1.12, dimana sume membe berkomunikasi diantara satu sama lain dengan bahasa asing.
aq bangun tido kul 11 malam, datang sorang mamat kt aq, ckap bahasa arab. Dia bagi salam, dia jugak yang jawab salam 2.
aq yg ngah mamai rse cam(arrrghh sengalnya mimpi aq kali ni). Pastu sambung tido, bgun kul 11.30. Kejadian yang sama berlaku, mamat 2 datang lagi. Kali ni aq tak bagi chance, belum sempat dia bg salam, aq giget telinga dia. Meraung la mamat 2. Rupa-rupanya mamat ni hafal dialog.koh3


Tak pasal2 dapat hate bite kt telinga. Kecian.. "nasib baik tak nangis anak orang".
aq pon join sekaki menghafal mane yang perlu.

keesokan harinya. 2jam sebelum exam aq dh give up sebab soalan past year susah sangat2.
Time tuh dh redha abis daa.. Dah la lecturer yang ala2 "maddi jane"(bukan nama sebenar) tuh bagi carry mark rendah. Memamg salah aq pon, jadi ketua class tp selalu datang lambat, lewat sejam 2 memang normal bagi aq. Masuk2 buat bodo je macam aq datang paling awal..hehe. Tambahan lagi aq tak mintak maaf pon.
Pasal roket air hari tuh pon die saje je tak nak bagi aq masuk final. Katanya "roket awak paling jauh tapi rupa roket awak tak cantik".zzzzzzzzzzzz
Aq sacrifice 2malam tak tido design roket tuh. Memang tak cantik pon, aq tak pandai nk tampal2 pic hello kitty macam roket budak pompuan. Aq benci ko "Maddi Jane"!!!!!


Time exam aq punya la berdoa panjang2, bukak je kertas soalan... wah!, next page wahT! next, next and next pages wah! wah! wah! kacang!
ape lagi, khusyuk ar buat...koh3
Siap kuar awal lagi...hoho
Alhamdulillah. Walaupun ada salah kt page last tp aq bersyukur sangat dapat jawab. ^^

Moral of the story : Jangan berhenti berdoa, sebab Allah sentiasa mendengar.



~12.1.2012~
Thermodynamics....zzzzzzzzzzzz InyaAllah.. Thanks to Dr Narissa Saad & Dr Aslam Abdullah.. BRAVO!



~13.1.2012~

Sehari sebelum exam start sampai lah start exam, aq lah student paling relax..koh3
Seriously aq tak tau ap2 pn pasal teori C++. Praktikal aq bole la skit2, tp teori failed...hehe

Inilah padahnya bila tanam sifat tak suka LECTURER...
memang aq tak minat langsung lecturer tuh, gaya macam dh mengajar 5tahun tp bile ditanya, jawabnya
"Saya just contract je, belum lecturer tetap lagi". Aq memang dah agak dari awal sem lagi. Sebab sifat benci yang sikit gile tuh la buat aq tak faham apa die mengajar satu sem...wakakaka
"Ya Allah, jauhkan aq dari sifat benci ini dan buka lah pintu hati miss alish untuk bertudung. Aminn"


Kenapa BI aq Teruk??(citer ni takde kaitan dengan C++)
Aq ingat lagi masa aq darjah 2. Time tuh cikgu india(Female) mengajar bhasa Inggris. Aq ketua kelas dari darjah 1 sampai darjah 4( amacam hebat x?). Sebelum sitamil tuh hadir kt sekolah tuh, 
BI aq ok je. Ada je dia terus merudum. mne tak nya, time dia masuk aq kne jerit "Gud morning Miss Kasturi(bukan nama sebenar)!!"(tangan dibahu, mata pandang atas dan kuarkan sdikit lidah). Aq ni jenis tak buat kerja rumah sebab aq fokus dalam kelas je. Ap yang masuk dalam otak aq tiap2 hari, itu la yang aq bawa sampai akhir tahun, tak taw kenapa aq dah tak boleh jadi cam tuh sekarang.. Balik kpd miss kasturi tadi, hari2 aq kne tampar & pukul sampai la satu tahap, telinga aq berdarah, kantoi ngan mak aq  
time mak aq melombong telinga aq. Pergi klinik check, aq tak tau doktor cakap ap kt mak aq sampai mak aq menangis then aq pulak kne marah ngan mak aq sebab tak bagitau dia yang aq kne pukul kt sekolah. Aqu dipaksa cerita ap yang terjadi. So, aq bercerita dalam tangisan..
Aq tak tau mak aq call & citer ap kt guru besar sampai nama aq dipanggil bbrape hari selepas tuh kt sekolah "Diminta Pelajar yang Bernama Bedol(bukan nama sebenar), sila hadir ke pejabat sekarang, terima kasih".. Aq yang ngah khusyuk blajar math kne halau oleh cikgu math, dia suruh aq pergi pejabat, then aq iringi akak kerani ke sebuah bilik kecik. Dalam tuh ad penolong kanan & guru besar, aq dipersilakan duduk. 
Mereka tak cakap pe2 pn, aq dh cuak. Guru besar bagi fon dia kt aq, aq dengar suara mak aq teresak2, aq pn ttiba rasa nk menangis tp aq cover.. mak aq cakap "Abang citer ap cikgu BI tuh buat kt abg, jawab jujur kt guru besar tuh kalu dia tanya ap2..sob2.. tuuuuttt"(tuuuuttt tuh bukan suara mak aq keyh..koh3).
aq pn ditanya oleh mereka berdua satu persatu soalan tadika, tak banyak pon soalan diorang tanya just "selalu ke tak buat kerja rumah?", "kenapa tak buat kerja rumah?", "ap denda yang selalu cikgu tuh bagi?", "nak tukar kelas tak?"... Sume soalan aq jawab jujur tapi soalan last aq tipu, aq cakap nk tukar kelas tp dalam hati aq "tak hingin aq turun kelas"..Ego!
Lepas kejadian tuh, aq jadi femes dikalangan cikgu...koh3
budak paling nakal...hehe

Cikgu BM aq bgtau, miss kasturi tuh kne pindah ke serawak. Dia ucap tahniah kt aq..wakakaka Bangga gila aq time tuh, tak tau kenapa aq nk bangga sangat....koh3

sejak peristiwa tuh, aq ad masalah dengan BI. Just subjek BI la. subjek len yang berbahasa inggeris aq ok jep.

[Terlintas dalam fikiran]
Alhamdulillah, aq dikurniakan ibu yang penyayang.
.::Bestnya mandi hujan malam2 camni::.








.::Mak!, Nif nk balikkkkkkkkkkk. Rindu PC::.





~18.1.2012~

Hari ni aq exam DYNAMIC, nk ikot kan test pertama sebelum ni, agak rendah la...  tp test kedua aq confident(it's mean aq dh mula knl ap itu dynamic). Macam biasa, malam sbelum exam baru nk cari lecture note. Ngah syok mencari+mengemaskini file, aq terjmpe surat(surat cinta dari SSBJ). Surat 2 aq ad simpan dalam file mengarut, aq xisi pon borang kt belakang surat 2. Time tuh aq xminat langsung nak masuk sana, xtaw kenapa, sebab area KL kot, dh la sibuk, bising, pagi2 nk dengar ayam berkokok pn susah(yeke?hehehe). balik kepada topik. lepas dah jmpe sume lecture note, sorang mamat datang "Dol, ni nk wt gano?" aq dh erk, erk, erk.. "maap la tak leh tolong". pastu mamat tuh blah sambil berkata "xpe la bedol, ilmu taknak kongsi, aq taknak A, nak lulus je pon".. aq dh rse bersalah, terpaksa pujuk cam baby 9bulan(xkuar peyot lg ^^). Dh siap je satu example, die bg gula2 cadbury satu..koh3
xsampai 15 minit die datang lagi tanya, aq tolong r.. yg mne bole aq direct tolong jawab, yg mne xbole ktorang stdy ssame... banyak gak mamat 2 tanya smpai penoh kocek ngan gula, xcukup kocok baju melayu, aq selit bawah kain pelikat bawah kopiah pn bole...koh3
Alhamdulillah, mamat tuh punya example pn dh cover sume chapter..so, xyah stdy... Esok pagi cam luar biasa, aq bagun macam budak nak pergi sekolah, aq letak balik sume cadbury mamat tuh dalam beg die, tp aq save satu(jgan gtaw die).... aq xmakan gula2 sangat...hehe
Exam start kul9... Hampir sume member dh prepare toyol. aq pn nk jugak toyol, tp xreti buat... mintak member ajar, sume tak nak layan...emmmm redha je laa..
Aq dh tak ingat camne aq jawab td... yang penting aq xpuas hati sebab ad jugak soalan yang aq xconfident. Yang penting buat dan xtinggal kosong...  Tawakkal


>.< wahai membe2 yang baikhati, ajar la aq guna toyol. Cam syok je. Korang kuar je dewan exam mesti bunyi camni "pergh toyol aq menjadi", "nasib baik toyol aq ni berguna" dan yang tak leh blah "weh, toyol aq hilang, shial la!!".. aq bantai gelak guling dh..
















~19.1.2012~

Malam sebelum tarikh diatas aq agak tension mengenangkan markah programming aq dapat C je... asal tak bagi C-, bole la aq repeat.. Nak marah ad, nk gelak pn ad(tringat toyol hilang tghari td). So malam tuh aq habiskan masa ngan membaca buku yellowpages baru beli pakai voucher buku.. Takde orang taw pn ap "yellowpages" aq tuh...hehe
biarlah rahsia..

Hari ni aq bgun agak lewat, pkul10.. mengelabah aq.. dh la pkul3 ad paper SOLID.
lepas sarapan aq start study... aq xkesah mne pn subject ni sebab sem lepas aq sempat la blajar separuh syllabus.
Nak citer skit ap yang terjadi sampai aq drop subjek ni sem lepas..

Al-kesah ad seorang lecturer lelaki asal K.Terengganu. Mengajar subjek solid, muka bengis, macam askar xmakan sebulan. setiap kali die masuk class, die conteng  whiteboard(WB). Aq paling pantang kalu lecturer kedekut marker, dh nk abis dakwat masih nk conteng lagi WB tuh, klu lukis lawo xpe gak. ni lukis meja, tp nampak macam kerusi.. yang aq bantai gelak time die lukis muka org, aq mati2 die nak lukis beruk.. Aq rase nk je aq kuar gi beli marker WB utk die satu. Lepas kejadiantuh, aq slalu ad simpan marker WB satu... prepare takot die lukis muka orang lagi..wakakaka
Tentang masalah aq ngan lecturer ni, dulu, die hilangkan aq pnye quiz. walaupon quiz ni just 2% dari markah final, ianya tetap markah.. Awalnya Aq dan member datang  jumpa die atas sebab lain, tapi tetiba je nk taw pasal quiz sebab aq xdapat balik kertas  quiz aq. bile die check, die cakap markah aq takde lepas tuh die check attendent lak, die pelik sebab aq hadir(dh aq buat quiz tuh, memang la aq hadir..bengap!). Ttiba, die fitnah ad orang yang sign kan attendent untuk aq....WTF!
Muka die garang, aq xberani lawan. So, cakap la elok2 yang aq betol2 datang hari 2 yg die nak lukis gunting tp xjadi(pelukis handalan sepanjang zaman). Die cakap, bukan die xreti lukis, die saje je bwat2 xreti..POYO la org GANU ni sorang. Member aq yang sorang  lagi ni nk bagi tahu yang die xdatang class sebab xsihat. die pn check attendent. "Ah,ha  memang awak tak datang, ada MC? or surat sokongan?". Member aq ni pn bg la salinan MC die.. Aq ngan panas time tuh, aq kuar dari bilik die. xsampai 2minit membe aq ni pnggil masuk.  Die ckap die ad markah quiz sedangkan die xdatang. Aq dh rase lega sebab aq rse lecturer ni tertukar kot. Aqpn suruh la die tengok balik. Mane lah tahu, kitakan manusia. "Awak jangan nak pertikaikan kerja saya, aku tau la sebab aku yang tanda kertas tuh, lagi pon nama korang jauh beza".. aq dh rse nk nangis, mungkin aq xbiasa kena tengking sampai macam tuh skali walaupon ngan ayah aq sendiri. so, kitorang pn ucap trima kasih then cuba utk blah... die pn ckap "korang kalu ad kes ngan aku, aq tolak 2gred result final. klu dapat A terus jadi C." ngan sengih kambing... aq cepat2 blah.. dengan keadanyang masuh trauma, aq mengadu kt akak pejabat(cute) yang jaga kaunter fakulti pasal ni.  die ckap aq kne buat appoiment dlu then f2f ngan dekan or timb. dekan.
Aq xde mse utk sume tuh.. aq mintak borang drop subjek ngan akak tuh. Then trus mintak sign lecturer tuh... dengan mudah die lepaskan kitorang.. Alhamdulillah. terlepas aq ddari mulut singa...koh3

ramai membe2 len mula nk drop subjek jgak bile taw pasal aq nih tp aq gtaw diorang slagi korang leh carry, baik teruskan, aq bukan xleh carry tp aq memang xleh tgk dh muka lecturer tuh. So, diorang teruskan sampai final. Result diorg sngt teruk, separuh studdent class aq tuh lecturer 2 bagi failed. A- sorang je..hehe
kecian..... Diorang terpaksa repeat papeer...

Abis dh citer.... final pn  dh abis... aq jawab gitu2 je... sem ni aq memang terlalu goyang kaki. stdy pn xde..huhu
mungkin baru tahu betapa xselesa hidup berumah sewa....huhu






Nanti result aq rendah akan post kt sini... kalu tnggi xde la kot...koh3



Monday, 2 January 2012

Bangun Awal

6:37am

Assalamua'laikum......
6.37am? lewatnya subuh, Alhamdulillah ad org kejutkan....
biasa nya aq tdo balik, tp cam bosan je tido balik, aq pn mengadap laptop member..
main crimecity&pluto attack.
dapat idea nk jadualkan balik ap aq buat hari2 kt rumah ni..

Jadual harian study last minute

Copyright Bedol

Bil air bulan ni dijangka meningkat 3kali ganda... harap maklum ^^