Saturday, 8 June 2013

Yup, we not broken, just bend.. and we can learn again

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarokatuh.

Tajuk cite kali ni adalah lirik sebuah lagu, tapi ana memahami dari pandangan lain.
hakikat seorang mukmin yang sentiasa berdoa ingin terus berada di jalan yang lurus, kenapa kita sentiasa perlu meminta itu. Syaitan itu tak pernah putus asa dalam mernyesatkan umat manusia. Jangan lah kita Alpha dengan nikmat islam yang telah kita terima sejak lahir lagi ini, bila-bila masa sahaja kita boleh tergelincir dari landasan iman. dan bila mana kita tergelincir, beristigfarlah, berbalik kepada Allah kembali. Pengalaman dalam memperbaiki diri ini kita ulang lagi dan lagi dimana kita kentalkan iman kita semoga tidak mudah luntur.

pendek je kan...hehe tapi ana suka cakap kat diri ana.
ana mesti kuat. dunia hanya semantara, akhirat la yang kekal selama-lamanya.
Ya Allah, andai ana tergelincir, hadirkan sesuatu untuk ana cepat-cepat kembali ke jalanMu.
Supaya mati ana nanti bersama iman di hati, walawpun sebesar zarah. ana tidak sanggup menanggung azabMu yang kekal selama-lamanya.

zarah yang kecil hadir membawa cahaya setelah pembersihan dosa,
zarah yang kecil tanda hadirnya kalimah syahadah dihati,
zarah yang kecil sebaik-baik dunia dan seisinya,
zarah yang kecil tanda tidak leka berfikir tentang tuhan nya,
zarah yang kecil cukup mengekalknnya di syurga,
zarah yang kecil menyelamatkannya dari terus berpanjangan di neraka kelak.

No comments:

Post a Comment