Friday, 17 May 2013

Poligami : Alhamdulillah. Tak Suruh Tapi Tak Halang ^^

Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: "Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak," katanya.
Pandangan Ustaz

Secara peribadi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Imam Al-Aqsa wanita berhak menolak poligami. Alasan beliau mengatakan perkara tersebut adalah atas sebab ramai suami-suami diluar sana yang tidak mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami? seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak mampun menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.

Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan mengatakan :
"Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk menghalang sunnah nabi, barang siapa yang menghalang sunnah nabi, maka dia bukan dari kalangan umat nabi". 

Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah untuk menghalalkan tindakan tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami, jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10 orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda. Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang sebaiknya kepada semua isterinya.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Baginda bermalam di rumah isterinya dan memberikan hadiah cincin kepada semua isterinya. Rasulullah menyuruh isterinya jangan menceritakan kepada isterinya yang lain dan berkata pemberian cincin ini tanda Baginda menyayangi isterinya.

Bagi suami-suami yang ingin berpoligami dan yang telah berpoligami, cuba tanya diri sendiri : 
“Mampukah aku berpoligami seperti sunnah Rasulullah saw atau selama aku berpoligami adakah aku mengikuti sunnah Rasulullah saw?Kalau jawapannya keluar dari benak fikiran anda semua seperti :“Aku tidak mampu dan selama ini aku telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami yang baik”. Maka lebih baik jangan berpoligami, sebab poligami anda nanti akan mendatangkan dosa dan ancaman dari Allah sahaja bukan mendapat pahala mengerjakan sunnah Rasulullah. Kepada yang sudah berpoligami, perbetullah segala kesilapan yang telah dilakukan, masih belum terlambat dan Allah sentiasa membukan pintu taubat seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Kepada semua para wanita atau isteri jangan sesekali membenci poligami dan menghina amalan tersebut, sebab amalan tersebut tidak salah dan ia menjadi sunnah Rasulullah saw, yang salahnya ialah lelaki yang tidak berkemampuan berpoligami dan mengabaikan segala tanggungjawabnya terhadap isteri tuanya dan anak-anaknya. Perbetulkan hujah anda semua wahai wanita, jangan disebabkan hujah anda semua Allah melaknati anda kerana menyalahkan sunnah Rasulullah saw yang menyebabkan rumahtangga anda rosak.

Dengan ini, ana doakan ana takde pangkat dan kekayaan dunia sebagai tiket ana mampu berpoligami. wahai bakal puteri ana yang satu, mari kita same-same zuhud, hidup sekadar mencukupi, kita gunakan dunia untuk akhirat. Jangan mintak lebih-lebih dengan ana, ana guna harta kita nanti untuk kenyangkan perut-perut jiran yang kelaparan. ana anggap ini pelaburan kita dengan Allah. Biar kita menangis dengan dugaan yang bakal kita tempuhi ini. InsyaAllah, dengan nikmat dan keberkatan Allah, kita akan bahagiakan. Wahai bakal puteri ana, lahirkan zuriat yang soleh dan solehah, ana akan pimpin mereka sebaik mungkin. Ana mencintai ilmu, dan dengan ilmu itu ana mencari syurga untuk kita.. 

No comments:

Post a Comment