Tuesday, 24 February 2015

karguzari jemaah dari israel.



1. Pada tahun 2003 satu jemaah MALAYSIA telah keluar ke india n telah berjumpa dengan jemaah arab dari israel yang . Satu soalan yg ditanya jemaah malaysia, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dlm israel secara Madaniyyah (terbuka)  dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang israel sementa di Palestin terdapat 5 markas. Kata mereka ”orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab asmawi termasuk Al-Quran dan Ahadis Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mandapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu oran-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibanteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu”

 2. Suatu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka kearah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik tetapi apabila dihalakan ke atas, peluru boleh keluar tetapi apabila dihala kearah jemaah peluru tidak keluar, bila dihala ke arah lain peluru keluar. Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi. 

3. Karkuzari dari jemaah Palestin yg keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat saya di Ipoh, Taman Meru.Antara karkuzari mereka, mereka2 ni tinggal dlm kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok. Ada sorang tu, belakang rumah dia,memang pintu dapur ngadap tembok. Mengikut mereka, di sana, walaupun mereka duduk dlm kepongan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat2 yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat yg sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jgn kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak. Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat2 yg tutup aurat yg sempura dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w,even thou mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun. manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) ni sendiri akan halang tentera yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tak di sentuh lansung le. jadi, kesemua penyelesaian kesusahan, hanya ada dlm iman dan amal sahaja. Samapikanlah berita gembira ini pada masturat2 kawasan puan. bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk sama2 buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yg buat kerja.

4. Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentera israel di palestin. Amir jemaah telah dimasukkan ke dalm bilik pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mreka ke palestin adakah mahu melawan israel… dengan tenang amir jemaah cakap, tidak,kami tiada apa2, hanya bawa peralatan tidur dan memasak sahaja,cuma kami ke sini utk sampaikan kalimah lailahaillah muhamadarasullullah.. lalu pegawai israel itu pun menaip sesuatu dari komputernya lalu menunjukkan skrin komputer tersebut kepada amir jemaah, Pegawai itu bertanya lagi, adakah anda mengusahakan 6 point ini.. iaitu 6sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jemaah… iaitu ( kalimah toiyyibah, solat khusyuk n khuduk, ilmu n zikir, iklas niat, ikram muslimin , dakwah ) amir dengan penuh kehairanan,berkata ya,kami ushakan atas sifat2 ini tetapi bagaiaman kamu tahu. pegawai itu menjawap,kami telah lama mengkaji tentang golongan kamu, jika semua umat islam usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa……Ini hanyalah beberapa karkuzari atau laporan tentang usaha yg dibuat golongan ini adalah yg hak bukan sesat,bidaah oleh sesetngh masyarakat. Jika tuan2 masih dlm keraguan ,solatlah ishthikarah,jika ini jalan yg batil maka musnahkanlah jalan usaha ini, jika benar, semoga tuan2 juga diberi hidayah oleh ALLAH utk membuat usaha agama ini.

Sunday, 8 February 2015

Solat Jenazah

SOLAT JENAZAH
Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita.
Cara Ringkas Solat Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat, ada doa lain .
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..
Ingat!!.. solat jenazah xde rukuk dan sujud mcm solat biasa tau!!