3ven shadow would leave you in the dark. NO reason you can trust human. Allah is always waiting you.
Monday, 14 April 2014
Thursday, 10 April 2014
Wasiat Rasulullah Kepada Wanita
Wasiat Rasulullah Kepada Wanita (Part 1)
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya.” Sayidatina Aisyah bertanya, “Mengapa, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW: Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan ujian seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.”

Rasulullah SAW bersabda:
“Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, menutup aurat, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)

“Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hari Akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).”

Imam Thabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajibannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.
Nabi SAW bersabda:
”Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf).” (Riwayat dan Hassan)

Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: ‘Bersabda Rasulullah SAW: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW:
Sabda Rasulullah SAW:
“Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.” (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.
Sabda Rasulullah SAW:
“Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya.” (Riwayat Tarmizi)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual-beli.
Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullah bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam.
Bertanya Ummu Salamah, ‘Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya?” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Bertanya Ummu Salamah, ‘Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya?” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda:
“Perempuan yang memakai pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada Hari Kiamat, tidak ada Nur baginya. ” (Riwayat Tarmizi)
Sabda Rasulullah SAW:
‘Dikahwini wanita kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu bertuah (beruntung).” (Riwayat Bukhari)

“Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwinnya).”

Nabi SAW pernah bersabda:
“Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.”
“Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.”

Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya.
Ibnu Umar berkata bahawa telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya,”Apakah hak suami atas isteri?” Jawab baginda,”Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di alas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan izin suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan dengan izinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan malaikat azab sehinggalah ia kembali ke rumahnya.”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tiada izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tidaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.”

Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: “Siapa saja wanita yang berdiri di atas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari api Neraka.”
Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
Friday, 4 April 2014
Cinta
Assalamu'alaikum w.b.t
Salam jumaat ^^
ana cintakan Allah.
Allah hadiahkan ana orang yang mencintai ana sebagai ujian supaya ana
tetap mencintai Dia.
ana cintakan Allah.
Allah terbitkan rasa rindu kepada ana
sebagai ujian ana mengadu kepadaNya.
ana cintakan Allah.
ana belajar menyukai seseorang dalam diam dan nasihat demi nasihat sebagai bukti cinta dalam diam ana.
ana cintakan Allah.
air mata ana mengalir menahan pedihnya rindu yang mane boleh memudaratkan fikiran ana dari mengingati Allah.
ana cintakan Allah.
ana jauhkan diri dari fitnah wanita yang dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang ikhlas mencintainya.
ana cintakan Allah.
ana titipkan doa buat orang-orang yang mencintai ana setiap kali bangun dan tidur ana.
ana cintakan Allah.
ana sibukkan diri ana dengan surat cintaMu. Allah kurniakan bacaan yang baik dan merdu supaya ana merasa kemanisan setiap kalimahnya.
ana cintakan Allah.
mudah-mudahan ana menerima seadanya siapakah orang yang mencintai ana.

Subscribe to:
Posts (Atom)