Assalamu'alaikum....
Dengan nama Allah ya maha pemurah lagi maha mengasihani. ana dengan ini ingin mengumumkan ana sudah 23tahun hidup dunia Allah ini. dilahirkan di sebuah rumah usang daerah karak, pahang pada tahun 1991. Alhamdulillah, baru tahun ini ana menghayati ulang tahun kelahiran ana dengan airmata tanda bersyukur dan insaf dengan pembaziran umur ana selama ini. Ana hampir terlupa ulang tahun ana sendiri, ana dikejutkan oleh seorang adik ana pada lewat malam tadi. Alhamdulillah sekali lagi, ana dapat rahsia kan ulang tahun ana dari pengetahuan sahabat-sahabat ana kerana ana mahu menyambutnya dengan penuh keinsafan..
bayangkan ana dah 23tahun hidup kat dunia, apakah sumbangan ana pada diri ana dan agama?
ana terdiam sebab memang ana xde sumbangan langsung.huhu
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi ilmu ana.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi ketaqwaan ana.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi ibadah ana.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi kesyukuran ana.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi iman ana.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi rase takut ana kepadaMu.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi darjat ana.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi rezeki ana.
ya Allah, dengan bertambahnya usia ana, Engkau tingkatkan lagi kebahagiaan ana.
usia bertambah, mati pula semakin hampir.
semoga ana terus mengingati kelahiran rasulullah lebih dari kelahiran ana sendiri..
Assalamu'alaikum ^^
3ven shadow would leave you in the dark. NO reason you can trust human. Allah is always waiting you.
Friday, 28 March 2014
Monday, 24 March 2014
ana baik-baik aja.
Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah bernafas lagi kte hari ni ye... syukur sangat2.
lame dh ana tak menaip ni... bukan malas tapi ana segan, takot ada orang baca.
tapi kalau ada mohon diam2 aja kalian yer, jangan bagi ana tahu.
sejak akhir2 ni ana ad rase tak sedap hati dengan seorang sahabat ana. Entah la kenapa bila ana kongsi sesuatu, dia balas sesuatu yang ana terguris... ana mintak maaf sangat2. xde niat nak kacau hati dia, just kirimkan satu ceramah agama sahaja. ana tak menangis sebab terguris, ana menangis sebab ana rase macam ad buat silap ngan dia.. Ya Allah, permudahkan ana dalam urusan ini.
ana dah last sem dah ni. beberapan bulan lagi ana dah nk grad. bukan dah taknak sambung, tapi ana nk cari pengalaman dulu. belajar tinggi mane pon, kalau ana xde pengalaman, its nothing.
ana ada banyak cerita sebenarnya nk kongsi kt sini, tp ana xde masa nak menaip. mungkin ana kne install balik blogger kt fon ana, so ana boleh taip kt mane je ana berada.
satu je ana nk kongsi kt sini, tentang menjaga pandangan. ana lelaki yang sangat2 penting dalam menjaga pandangan ana. tapi ana dh mula rase susah sangat bile ana pergi pasar. walaupon ana datang awal untuk elak berselisih dengan bukan mahram. tapi pandangan tetap ana susah nk jaga. ana xle nak tunduk je sebab ana nk melihat jualan. menjaga pandangan kt pasar ni macam ana sedang menatang minyak lalu dicelah2 orang ramai.. minyak yg tumpah itu lah pahala ana yang semakin berkurang..
itu je nk kongsi... wink2^^
panjang umur kta jumpa lagi yer..
assalamu'alaikum.
Sunday, 16 March 2014
GODAAN SYAITAN KETIKA BAYI LAHIR dan CARA MENGATASI
Ada sebuah hadits, dari Abu Hurairah ra yang meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak ada seorang bayi pun dari anak Adam yang terlahir, kecuali ia pasti mendapat tusukan dari syaitan sehingga bayi itu menangis dan menjerit karenanya, kecuali Maryam dan putranya (Nabi Isa as)." (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam hadits lain, Rasulullah SAW bersabda, "Jeritan bayi ketika lahir adalah karena mendapat tusukan syaitan." (HR. Muslim)
Dari hadits di atas dijelaskan bahwa semua manusia, entah itu orang tuanya muslim atau tidak, ketika bayi lahir maka akan didatangi syaitan dan diganggu pada saat dilahirkan. Datangnya syaitan pada saat itu adalah untuk menancapkan tusukan ujung jarinya pada kedua mata anak Adam.
Syaitan Mencari Pengikut
Tujuan syaitan menusukkan jarinya tersebut adalah syaitan berharap kelak di kemudian hari, anak Adam tersebut menjadi pengikut setianya. Matanya tidak bisa "MELIHAT" dengan benar antara yang baik dan yang jahat.
Kebaikan akan tampak menjadi bayang-bayang yang samar sehingga ia akan enggan menuju ke arah kebaikan tersebut. Kejahatan akan tampak seperti kilauan cahaya yang snagat meggiurkan sehingga ia akan berlari untuk menyongsongnya.
Oleh karena itu, Rasululah SAW memberi tuntunan kepada umatnya agar terhindar dari gangguan syaitan pada saat bayi dilahirkan.
Pertama
Dengan diazani pada telinga kanannya dan diiqamatkan pada telinga kirinya.
Ibnu Abbas ra menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Ajarkanlah kalimat 'Laa ilaaha Illallahu' kepada anak-anakmu sebagai kalimat pertama yang mereka dengar." (HR. Al-Hakim)
Rasulullah SAW juga bersabda, "Barang siapa yang mendapati seorang bayi yang dilahirkan, kemudian diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, maka ia tidak akan diganggu oleh Ummu Shibyan (syaitan yang selalu mengganggu anak kecil)." (HR. Ibn Sunny dari Hasan ibn Aki ra)
Menurut Rasululah SAW, syaitan akan ketakutan dan berlari sejauh-jauhnya apabila mendengar suara azan.
Kedua
Hal kedua yang bisa dilakukan pada bayi yang baru lahir adalah dengan dibacakan surat Al-Ikhlas pada kedua telinganya. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya dalam kitabnya Al-Adzkar Al-Nawawiyyah menjelaskan bahwa Rasullah SAW membacakan surat Al-Ikhlas pada telinga anak yang baru dilahirkan.
Ketiga
Dengan mendoakan bayi yang baru dilahirkan. Untuk meghindari bisikan syaitan pada bayi adalah dengan membacakan surat Ali-Imran ayat 36 dengan maksud untuk memohonkan perlindungan Allah SWT untuk anak yang baru dilahirkan agar terhindar dari godaan syaitan yang terkutuk.
فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَامِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Artinya:
Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai Dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."
Doa keselamatan dan perlindungan untuk anak.
"Ya Allah, kumohon perlindungan kepada-Mu untuk anak ini dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan dan kesusahan, dan dari pandangan mata yang menyakitkan." (HR. Bukhari)
"Ya Allah, kumohon perlindungan kepada-Mu untuk anak ini dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan dan kesusahan, dan dari pandangan mata yang menyakitkan." (HR. Bukhari)
Saturday, 15 March 2014
Diari seorang suami.
30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...
lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan
" ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? "
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri. Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu
" Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru."
Isteri spontan menyampuk
" mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji.."
sambil anak yg sulung pula mencelah ..
" ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni.."
Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong .. Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah.. setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...
si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 .. sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..
isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.
Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....
selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...
lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??"
Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik. ..
bukan senang untuk menjadi lelaki
# taknak bebankan suami nanti. kalau nak pape, insyallah nk cuba dptkan sendri :')
sian en husbeng nanti masih bnyk benda nk kene settle
Wednesday, 12 March 2014
Taubat seorang lelaki
JIBRIL MEMBERITAHU TENTANG DITERIMA TAUBAT LELAKI BERDOSA
DIRIWAYATKAN, pada suatu hari Umar ra dijumpai Rasulullah SAW sedang menangis. Maka bertanya Rasulullah: “Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?”
Jawab Umar: “ Ya Rasulullah, ada seorang pemuda di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.”
“Bawakan dia masuk,” kata Rasulullah. Lalau Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.
Bertanya Rasulullah, “Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis begini?”
Jawab pemuda: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang sangat besar! Aku sangat takut kepada Allah SWT yang sangat murka kepadaku.”
“Apakah kamu mempersekutukan Allah?”
“Tidak, ya Rasulullah.”
“Adakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?”
“Tidak, ya Rasulullah.”
Bersabda Rasulullah: “Allah SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.”
“Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya,” kata pemuda itu.
“Apakah dosa kamu itu lebih besar daripada Al-Kursyi?”
“Dosaku lebih besar lagi”
“Apakah dosamu lebih besar dari Arasy?”
“Dosaku lebih besar lagi.”
Rasulullah terus bertanya: “Apakah dosamu itu lebih besar daripada dimaaf oleh Allah SWT?”
“MaafNya lebih besar,” jawab pemuda itu.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya tidak dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunanNya.
“Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah kamu lakukan?”
“Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.”
Kemudian Rasulullah bertanya dengan nada suara yang agak tinggi: “Beritahu aku apakah dosamu itu?”
Jawab pemuda: “Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Telah tujuh tahun akau melakukan kerja ini. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia.”
“Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalau aku menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsuku, maka aku tinggalkan dia.
“Belum pun jauh aku meninggalkannya, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata: “Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu kepada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah SWT dalam keadaan junub.”
Mendengarkan penjelasan pemuda itu, Rasulullah SAW bangun dan bersabda: “Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini.” Maka keluarlah pemuda itu.
Selama 40 hari dia memohon ampun kepada Allah SWT dan pada malam ke 44, dia mendongak ke langit sambil berkata: “Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak kiramkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”
Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril menghadap Rasulullah. Selepas memberi salam, Jibril berkata: “Wahai Muhammad, Tuhammu memberi salam kepadamu.”
“Dialah Assalam dan daripadanya salam dan kepadanya segala keselamatan,” jawab Rasulullah.
Berkata Jibril: “Allah SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?”
Jawab Rasulullah: “ Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk.”
“Apakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?”
“Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain.”
“Apakah kamu yang memberi taubat kepada mereka?”
“Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.”
Akhirnya berkatalah Jibril: “Allah SWT berfirman, maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah memaafkannya.”
Maka segera Rasulullah memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah SWT telah menerima taubatnya dan memaafkannya.
Demikian kisah bagaimana kesungguhan memohon maaf kepada Allah SWT boleh menyelamatkan seseorang daripada dosa kerana perbuatannya sendiri.

Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2010/08/jibril-memberitahu-tentang-diterima.html#ixzz2vfvNLElI
Monday, 10 March 2014
Dan terus Bersabar
Bersabarlah wahai hati
Bila cinta dalam diam mu ditolak.
kerana cinta Allah itu sejati
Bila kasih mu tidak dihargai.
kerana kasih Allah itu abadi
Bila diri mu dilupakan.
kerana Allah tidak pernah lupakan orang yang terus mengingatiNya.
Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)