Tuesday, 15 October 2013

Eid al-Adha 2013

Assalamua'laikum...

Alhamdulillah.. Segala pujian bg Allah dan nabi junjungan kita iaitu rasulullah s.a.w.
dengan segala nikmatNya kita bertemu lagi 10zulhijjah.

ni nk cite pasal nabi ibrahim sket... ala sket je. dengar la kejap. kejap je.

agama yang kita pegang ni "ISLAM" adalah agama ibrahim. agama yang sebenar-benarnya.
nabi ibrahim masa kecik2 dlu, ayah die suruh jual patung berhala di sekeliling kota.
tapi baginda xberminat ngan kerja tuh, malah kutuk patung tuh..
kepercayaan pada zaman tuh, sembah dewa bulan.. tapi bnyak kepercayaan lain sbb tuh bnyak berhala.
nabi ibrahim dikurniakan akal yang panjang untuk mencari tuhan yang sebetulnya yang maha satu.
Allah tunjukkan nabi ibrahim bagaimana Dia menghidupkan burung, mmbuatkan nabi ibrahim kuat pgangan tauhidnya.
yg paling sedih kn, time nabi ibrahim berdakwah kepada ayahnya... ayahnya maki hamun baginda dan halau dari rumah.
setelah berjaya mencipta konflik untuk meragui kepercayaan kaumnya. Allah menunjukkan ke kuasaaNya mendinginkan api pada nabi ibrahim...

nk tau x? nabi ibrahim ad 2org ank lelaki yg jadi nabi, sorang nama nabi ishak, sorang lagi nabi ismail... nabi luth tuh anak saudara nabi ibrahim. nabi yakub pula adalah ank kepada nabi ishak.. nabi ibrahim turunkan agamanya kepada yakub dan ismail... nabi2 slepas nabi yakub smuanya dari ketutunan nabi yakub sendiri. tetapi nabi kita, nabi muhammad s.a.w shaja yg lahir dari keturunan nabi ismail.. istimewa betul nabi junjungan kite ni... nabi ibrahim ad 3bini, sorg lahirkan nabi ismail, sorang lahirkan nabi ishak dan sorang lagi ni bernama siti qeturah(insyaAllah jadi nama ank ana nnti) yang keturunannya membiak di bahgian timur yang melahirkan empayar yang kuat dan gagah. keturunan siti qeturah ni menganuti agama hanif(eh2 name kte la).

org melayu ni dari keturunan siti qeturah.. ^^

ini wasiat nabi ibrahim dan nabi yakub.


"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian juga kepada Yakub. (Ibrahim berkata): ""Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam"". surah al baqarah ayat 132

kte dh ckap pendek je cite kite.. mekasih baca.. wassalam.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU

Assalamua'laikum... 




ana ad jumpa ini kt internet...
ini untuk simpanan ana, supaya ana sedar, seksanya tinggalkan solat 5waktu.
kepada yang terbaca ni, ambil iktibar ye.. maafkan ana ^^


BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU SEKSA MENINGGALKAN SOLAT "Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang2 yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43) Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:- 
Subuh: Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. 
Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam. 
Asar: Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. 
Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. 
Isyak: Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah. 

SEKSA NERAKA HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG 
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya) Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah2kan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) Wallahua'lam 

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG 
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:- 
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada. 
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. 

CUAI SOLAT LIMA WAKTU 
Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular2 bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya. Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-. 

Enam seksa semasa hidup di dunia: 
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya. 
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya. 
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya. 
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah. 
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia. 
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih. 

Tiga seksa tatkala hendak mati: 
1. Dia mati dalam kehinaan. 
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar. 
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas 

Tiga seksa ketika di alam kubur: 
1. Disempitkan kuburnya. 
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu. 
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat. 

Tiga seksa di hari kiamat: 
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka. 
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka. 
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka? Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."