Assalamua'laikum...
Alhamdulillah, I'm back to my link..
5 spammer, 11 malware and 1 hacker...
jangan buat ana merajuk lagi... ^^
3ven shadow would leave you in the dark. NO reason you can trust human. Allah is always waiting you.
Friday, 9 August 2013
Qasidah
Ciptaan Abdul Muttalib (Datuk Nabi Muhammas SAW)
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
qad saa da fil mahdi alal zil mani
muiz zuhu bilbaiyti zil arkhani
hatta aro hubal lirul bunyani
antallazi sunni kahfi qurranni
ciptaan Abdul Muttalib (Datuk Nabi Muhammas SAW)
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
Ahmad dumathuhu alal jinani
salla’ alaikallah hufill ahyani
ahmad duhu fissil riwal burhani
haqqal alal islam riwal imani
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
Terjemahan Selawat Adnaniyyah
SELAWAT ADNANIYYAH
(BANI ADNAN)
صلى
عليك الله يا عدنان
Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20)
يا
مصطفى يا صفوة الرحمن
Wahai Yang Terpilih Wahai Yang Penuh keIkhlasan &
Pengasih
الحمد لله الذي أعطاني
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku
هذا
الغلام الطيب الأردان
Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya
قد
ساد فى المهد على الغلمان
Kebaikannya itu telah mengatasi dengan jelas anak-anak
lelaki lain
أعيذه بالبيت ذي الأركان
Ku melindunginya dengan rumah yang mempunyai
kerukunan/peraturan
(melindunginya dengan Allah “Tuhan Ka’bah”)
حتى
أراه بالغ البنيان
Sehingga aku melihatnya sudah baligh/matang dan bertubuh
kuat dan sihat
أنت
الذي سمية في القرآن
Engkaulah yang telah disebutkan (dinamakan) di dalam
Al-Quran
أحمد مكتوب على الجنان
Ahmad yang tertulis di langit
صلى
عليك الله في الأحيان
Allah memberkatimu dalam kehidupan yang berterusan
أحمده في السر والبرهان
Ku memujinya secara rahsia dan nyata (dalam hati dan lafaz
dengan lidah)
حقا
على الإسلام والإيمان
Yang benar-benar berhak ke atas Islam & Iman
يا
ربنا بالمصطفى العدنان
Wahai Tuhan Kami, kami bertawassul dengan berkat yang
terpilih dari Bani Adnan
اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني
Ampunkanlah kiranya dosa-dosaku,kemudian perbaikilah kiranya
diriku ini
Qasidah bermaksud rangkap-rangkap syair yang tersusun daripada bait-bait yang indah lagi mempersenonakan dan bait-bait itu memuji Allah dan RasulNya. Walau bagaimanapun Rasulullah salallahu alaihi wassalam tidak pernah bersyair melainkan hanya mengungkapkan 2 rangkap yang baitnya syair dinamakan secara khusus sebagai 'Riyz' iaitu bait yang yang diucapkan secara bersahaja ketika di medan perang.
Apabila Rasulullah tidak bersyair bukan bermaksud syarak mengatakannya haram kerana Rasulullah itu bukan penyair, bertepatan seperti yang dinyatakan dalam al Quran :
“Dan Kami tidak mnegajar syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidak layak baginya” (Surah Yasin ayat 69)
Ia adalah satu kemuliaan bagi Rasulullah untuk membuktikan bahawa al Quran itu wahyu, bukan ciptaan baginda, sama seperti halnya Rasulullah itu Ummi (tidak pandai membaca dan menulis).
Tetapi apa pandangan baginda sendiri mengenai syair? Akan dikemukakan beberapa potong hadith beserta dengan syarah ulama berkenaan dengannya.
Saidina Anas radiyallahu anhu menceritakan bahawa Rasulullah salallahu alaihi wassalam telah memasuki Kota Makkah untuk menunaikan Umrah Qada'. Abdullah bin Rawahah radiyallahu anhu (dengan menyandang pedangnya di belakang bahu sambil memegang tali kekang unta Baginda) berjalan di hadapan seraya bersyair,
“Wahai kaum kuffar, jauhi dan tinggalkan jalannya (jangan dihalang Baginda memasuki Makkah seperti kamu lakukan pada tahun lalu). Pada hari ini kami akan palu kamu. Kami akan tanggalkan kepala dari tubuh kamu dan kawan tidak akan lagi mengingati temannya.”
Lalu Saidina Umar radiyallahu anhu menegurnya; “Wahai Ibn Rawahah, kamu bersyair di hadapan Rasulullah dan di Tanah Haram?” Baginda bersabda; “Biarkanlah dia wahai Umar. Rangkapnya lebih sakit (berkesan) di hati mereka dari tujahan anak panah.” (HR Tirmidzi dan Nasai)
Memikirkan kemuliaan Rasulullah Salallahu alaihi wassalam serta kesucian Tanah Haram, Saidina Umar telah menegur Sayidina Abdullah ibn Rawahah dari bersyair. Baginda tidak menegahnya kerana ia merupakan salah satu jihad lisan.
Diriwayatkan dalam sebuah hadith, Saidina Kaab radiyallahu anhu telah bertanya kepada Baginda Salallahu alaihi wassalam bahawa Allah Talla mencemuh syair di dalam al Quran.
Maka dijawab Baginda; “Seorang mukmin berjihad dengan pedang dan juga dengan lidahnya. Berjihad dengan lidah juga seperti menujah anak panah.” Maka sedia maklumlah kita bahawa syair juga adalah satu bentuk jihad. Sebagaimana jihad terdapat syarat dan peraturan maka begitu juga syair ada syarat dan peraturannya.
Sayidina Jabir radiyallahu anhu berkata, "Daku telah menghadiri majlis Rasulullah salallahu alaihi wassalam lebih dari seratus kali di mana para sahabat mengucap syair dan bercerita hal hal zaman jahiliyah. Rasulullah mendengar (tidak menegah) dan kadang-kadang tersenyum bersama mereka." (Sunan Tirmidzi)
Jika satu hal lucu diceritakan maka Rasulullah juga tersenyum, yang kita maklum bahawa diamnya bukan kerana tidak suka tetapi kerana Tawajjuh Batini.
Amr ibn Syarid melaporkan bahawa bapanya berkata, “Daku pernah menumpang di atas tunggangan di belakang Rasulullah. Daku membaca 100 qafiah (syair) Umayyah bin Sault kepada Baginda. Setelah membaca satu bait, Baginda bersabda, “Sambung lagi” sehingga daku bacakan 100 bait. Kemudian Baginda bersabda, “Dia (Umayyah) hampir-hampir masuk Islam” (HR Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam syair Umayyah, dia sering menyebut hal tauhid, akhirat, nasihat dan kebenaran. Kerana itu baginda mendengar syairnya dan berkata dia hampir-hampir masuk Islam. Ada ulama mengatakan bahawa kerana syair ini Rasulullah salallahu alahi wassalam telah bersabda. “Ya Allah, segala pujian dan keagungan hanya bagi-Mu. Tidak ada yang layak dipuji mahupun memiliki kehebatan selain Mu”
Saidatina Aisyah radiyallahu anha berkata “Rasulullah salallahu alaihi wassalam pernah meletakkan mimbar di dalam masjid untuk Hasan bin Tasbit radiyallahu anhu agar beliau berdiri membaca syair bagi pihak Baginda atau membela Baginda (dari tuduhan kuffar). Baginda bersabda, “Semoga Allah membantu Hasan dengan Ruhul Qudus tatkala dia membela atau memji bagi pihak RasulNya.” (HR Tirmidzi dan Abu Daud)
Jihad dan dakwah diamalkan sepanjang waktu dengan berbagai cara mengikut masa dan keadaan. Di zaman Rasulullah salallahu alaihi wassalam. Satu cara jihad ialah dengan lisan iaitu membaca syair/qasidah dan seumpamanya. Jawapan dan perbahasan diadakan. Acara memuji dipertandingkan. Ia seperti debat pada zaman kini. Pernah wakil dari Banu Tamim datang dengan penyair mereka, Aqra'. Mereka meminta pertandingan mengubah syair dan pemujian.
Rasulullah bersabda Baginda bukan diutuskan untuk mengubah syair dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pertandingan terus diadakan. Penyair mereka bangun memulakan acara. Rasulullah salallahu alaihi wassalam meminta Saidina Thabit bin Qais radiyallahu anhu membalas ucapan mereka. Kemudian penyair mereka bangun. Baginda meminta Sayidina Hasan bin Tsabit radiyallahu anhu menjawabnya. Kaum muslimin menang dalam 2 pertandingan itu. Penyair mereka yang pertama memeluk Islam.
Dalil yang menunjukkan bahawa dibolehkan menggunakan kompang/rebana.
Dalam hadith disebutkan, mafhumnya :
“Sesungguhnya ada seorang perempuan yang berkata kepada Rasulullah Salallahu alahi Wassallam : Sesungguhnya aku telah bernazar, jika Allah mengembalikanmu dalam keadaan selamat, aku akan memukul 'duf' di hadapanmu. Baginda bersabda : Jika engkau telah bernazar, maka penuhilah (laksanakanlah) nazarmu.” (HR Abu Dawud)
Duf adalah merujuk kepada kompang. Dikatakan oleh para ulama, ketika peristiwa ini, perempuan tersebut dan Rasulullah berada di dalam masjid. Jika ia haram, sudah pasti Rasulullah memberi cadangan untuk membayar kafarah atau mengajak menunaikannya nazarnya itu di luar masjid. Dalil ini menunjukkan bahawa hukum bermain alat seperti gendang, kompang rebana atau alat yang diketuk yang lain ialah harus. Walaupun bagaimanapun, ia tetap menjadi khilah antara ulama dalam mazhab yang lain.
Kesimpulannya, membaca dan menulis syair adalah lumrah pada masa itu. Ia juga memberi kesan kepada masyarakat.
Sahih Muslim juga meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah radiyallahu anha bahawa Rasulullah salallahu alaihi wassalam bersabda “Sindirin (kiasan) adalah lebih berkesan pada kaum Quraisy dari tujahan anak panah.”
Disebut dalam kitab Mishkat bahawa Sayidina Kaab radiyallahu anhu bertanya kpd Rasulullah salallahu alaihi wassalam berkenaan dengan syair? Baginda bersabda, "Orang mukmin berjihad dengan pedang dan juga lidahnya" Dalam riwayat lain berkenaan hal ini bahawa Baginda bersabda, "Demi Allah, daku bersumpah, syair ini menujah mereka seperti anak panah."
Bersyair atau berqasidah mula menjadi relevan umat Islam pada hari ini. Lihat saja fenomena qasidah ini telah mengubah selera anak muda daripada mendengar lagu-lagu barat kepada mendengar alunan qasidah/syair yang memuji Allah dan RasulNya.
Layaklah ia dinoabatkan sebagai seni Islam yang paling lama pernah wujud yakni bermula dari Zaman Jahilyyah lagi kemudian ia dimurnikan dengan pujian ke atas Rasulullah ketika datangnya Islam dan masih memberi kesan yang besar kepada setiap hati yang merindui Baginda pada hari ini. Wallahua'lam.
Rujukan :
Syarah Syamail Tirmidzi : Syeikhul Hadith Maulana Zakarakiya al Kandahlawi rahimahullah.
Thursday, 8 August 2013
Syawal biasa dan luar biasa
Assalamua'laikum warahmatullahi ta'ala wabarokatuh.
Alhamdulillah sekali lagi seluruh umat islam di kurniakan Allah bulan ramadhan yg sempurna. Maka pulanglah ramadhan dan datang lah syawal pula.
Syawal biasa?
Kenapa ana labelkan biasa? Yup. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ana beli pape pon pakaian baru untuk ana. Hehe
Bising parent ana, sebab ana tak beli pape. Maafkan ana, ana tak suka shopping time ramai orang. Serabut.
InsyaAllah lepas raya ana beli.
Lagi biasa, air mata peninggalan ramadhan akan jatuh tanpa di minta, malu je kn, orang llaki nangis, tak macho. Maaf la, ana touching ckit. Setiap ramadhan, mesti ada peristiwa yang buat ana bersyukur sangat. Ramadhan ni macam keluarga angkat ana, datang jenguk ana. Mohon ana istiqamah.
Syawal luar biasa?
Alhamdulillah, ana makin mengenali ramadhan, pentingnya Alquran sebagai teman siang dan malam, solat malam. Ana tak mampu lagi nk habiskan kesemua 114surah dalam 30hari. InsyaAllah ana cuba lagi, ana nak praktik sampai boleh, tak sabar nak tunggu ramadhan tahun depan. Doakan ana keyh. Ana tahu umur ana tak panjang, kesempatan yang ada ana cuba guna sebaik mungkin.
Alhamdulillah.
AllahuakhbarX3
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maafkan ana dari segala sudut.
Alhamdulillah sekali lagi seluruh umat islam di kurniakan Allah bulan ramadhan yg sempurna. Maka pulanglah ramadhan dan datang lah syawal pula.
Syawal biasa?
Kenapa ana labelkan biasa? Yup. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ana beli pape pon pakaian baru untuk ana. Hehe
Bising parent ana, sebab ana tak beli pape. Maafkan ana, ana tak suka shopping time ramai orang. Serabut.
InsyaAllah lepas raya ana beli.
Lagi biasa, air mata peninggalan ramadhan akan jatuh tanpa di minta, malu je kn, orang llaki nangis, tak macho. Maaf la, ana touching ckit. Setiap ramadhan, mesti ada peristiwa yang buat ana bersyukur sangat. Ramadhan ni macam keluarga angkat ana, datang jenguk ana. Mohon ana istiqamah.
Syawal luar biasa?
Alhamdulillah, ana makin mengenali ramadhan, pentingnya Alquran sebagai teman siang dan malam, solat malam. Ana tak mampu lagi nk habiskan kesemua 114surah dalam 30hari. InsyaAllah ana cuba lagi, ana nak praktik sampai boleh, tak sabar nak tunggu ramadhan tahun depan. Doakan ana keyh. Ana tahu umur ana tak panjang, kesempatan yang ada ana cuba guna sebaik mungkin.
Alhamdulillah.
AllahuakhbarX3
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maafkan ana dari segala sudut.
Subscribe to:
Posts (Atom)