Thursday, 25 July 2013

Dajjal (4)


Rupa Bentuk Dajjal

Di akhir zaman, akan berlakunya peperangan yang besar, yang berlaku pada zaman pemerintahan Imam Mahdi. Pertempuran ketika itu antara Beliau dan as Sufyani. Setelah itu, muncullah Dajjal Laknatullah. Perkara ini akan dijelaskan lagi dalam plot-plot akhir zaman, insya Allah.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ أَطُوفَ بِالْبَيْتِ ... )) فَذَكَرَ أَنَّهُ رَأَى عِيْسَى بنَ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ، ثُمَّ رَأَى الدَّجَّالَ فَوَصَفَهُ فَقَالَ : (( فَإِذَا رَجُلٌ جَسِيْمٌ أَحْمَرٌّ جُعْدُ الرَّأْسِ أَعْوَرُ العَيْنِ ، كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِئَةٌ ))

Daripada Ibnu Umar RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Ketika aku tertidur, aku bermimpi sedang tawaf di Kaabah …” Kemudian Baginda SAW mengatakan bahawa Baginda SAW bermimpi melihat Nabi Isa AS, kemudian bermimpi pula melihat Dajal Laknatullah, lalu Baginda SAW menyifatkannya : “Dia (Dajal) adalah seorang lelaki yang bertubuh besar, kemerah-merahan, rambut yang kerinting, cacat matanya, seolah-olah matanya seperti anggur yang timbul” (Shahih Bukhari : 6595)

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ الدَّجَّالَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ النَّاسِ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ أَلاَ وَإِنَّ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِئَةٌ
Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Nabi SAW menyebut tentang Dajal Laknatullah di khalayak ramai : “Sesungguhnya Allah SWT tidak cacat matanya, tetapi Dajal Laknatullah cacat mata kanannya seolah-olah biji matanya seperti anggur yang timbul (terapung)” (Shahih Bukhari : 5218)

عَنْ النُّوَّاسِ بنِ سَمْعَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي وَصْفِ الدَّجَّالِ : إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ عَيْنُهُ طَافِئَةٌ كَأَنِّي أُشَبِّهُهُ بِعَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قَطَنٍ

Daripada Nuwwas bin Sam’an RA, Nabi SAW bersabda ketika menyifatkan rupa bentuk Dajal Laknatullah : “Dia adalah seorang pemuda yang kerinting rambutnya (yang pendek), biji matanya timbul, seperti aku mengumpamakan seperti Abdul Izzi bin Qatni ” (Shahih Muslim : 5228)

عَنْ عُبَادَةَ بنِ صَامِتٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مَسِيحَ الدَّجَّالِ رَجُلٌ قَصِيرٌ أَفْحَجُ جَعْدٌ أَعْوَرُ مَطْمُوسُ الْعَيْنِ لَيْسَ بِنَاتِئَةٍ وَلاَ جَحْرَاءَ فَإِنْ أُلْبِسَ عَلَيْكُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ

Daripada Ubadah bin Shamit RA, Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Dajal Laknatullah adalah seorang lelaki yang (kelihatan) pendek yang menjengkelkan, berambut kerinting, cacat yang tertutup matanya, tidak terkeluar (biji matanya) dan tidak pula berada di dalam soketnya (soket mata). Sekiranya dia (Dajal) berada di zaman kamu, ketahuilah bahawa Tuhan kamu (Allah SWT) tidaklah cacat matanya” (Sunan Abi Daud : 4322)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
وَأَمَّا مَسِيحُ الضَّلاَلَةِ فَإِنَّهُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ أَجْلَى الْجَبْهَةِ عَرِيضُ النَّحْرِ فِيهِ دَفَأ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “…. Manakala al Masih (Dajal) yang sesat, sesungguhnya dia mengalami kecacatan mata, luas dahinya, besar lehernya dan terdapat bonjol (bongkok) (Musnad Imam Ahmad : 8124)

عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ

Daripada Huzaifah RA, Nabi SAW bersabda : “Dajal Laknatullah cacat mata kirinya, lebat rambutnya” (Shahih Muslim : 5222)

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ

Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda : “… Dan sesungguhnya di antara kedua matanya tertulis perkataan kafir” (Shahih Bukhari : 6598)

Rumusan beberapa hadis di atas dan beberapa hadis lain dan tafsiran ulama’, Dajal Laknatullah boleh disifatkan dengan sifat-sifat berikut :

1. Seorang Manusia Berbangsa Yahudi dan Mandul

Dajal Laknatullah adalah seorang manusia yang berketurunan Nabi Adam AS, bukanlah jin sepertimana yang dikatakan oleh beberapa pandangan. Dajal Laknatullah juga berbangsa Yahudi dan mandul, tidak boleh melahirkan anak.

2. Seorang Yang Pendek dan Gemuk

Dajjal adalah seorang yang pendek dan bertubuh besar (gemuk). Tubuh badannya agak pelik berbanding manusia yang lain.

3. Berkepala dan Berleher Besar
Kepalanya juga bersaiz besar tidak seperti saiz kepala manusia biasa. Dia juga memiliki leher yang besar, iaitu sehingga menutup bentuk dagunya. Seolah-olah kepalanya bersambung terus ke tubuhnya, kerana lehernya terlalu gemuk. Tidak kelihatan bentuk dagu, bawah kepalanya dan kawasan di atas dada.

4. Berwarna Putih Kemerah-merahan

Kulit tubuhnya berwarna putih, kelabu atau kemerah-merahan seperti warna pipinya. Warna coklatnya tidak terlalu kelihatan dan warna pada tubuhnya agak berbeza dengan warna kulit manusia biasa.

5. Rambutnya Lebat dan Kerinting

Rambut Dajal Laknatullah lebat dan kerinting, tetapi pendek. Kerinting tersebut agak berlainan dengan kekerintingan manusia biasa dan ia kelihatan agak kasar. (tidak lembut)

6. Botak Di Bahagian Atas Kepala

Di bahagian atas kepalanya adalah botak, iaitu kawasan satu perdua di bahagian atas. Seolah-olah mengalami keguguran rambut. Manakala sepertimana yang diceritakan sebelum ini, bahagian satu perdua di sebelah bawah agak lebat dan kerinting.

7. Sebelah Matanya Buta, dan Sebelah Lagi Cacat

Mata kanannya buta, bahkan bentuk matanya yang buta agak mencacatkan. Ia seolah-olah anggur yang timbul, mungkin biji matanya yang buta tersembul keluar atau sebagainya. Manakala mata kirinya yang dapat melihat berwarna kehijauan dan menjegil. Sangat buruk rupa bentuk matanya.

8. Tertulis “kafir” Di Antara Kedua Matanya

Selain itu, di antara kedua-dua belah matanya tertulis “kafir” dan tulisan tersebut tidak boleh dihilangkan. Tulisan tersebut juga dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang beriman dan turut difahami oleh mereka yang buta huruf. Ia tertulis dalam tulisan Arab iaitu Huruf Kaf, Fa dan Ra, yang bermaksud “kafir”.

9. Jarak Di Antara Kedua Betisnya Lebar

Jarak di antara dua betisnya agak lebar dan ada yang mengatakan kedua-dua kangkangnya agak lebar, jauh di antara satu sama lain. Seolah-olah kedua-dua kakinya sentiasa mengangkang dan tidak dirapatkan. Mungkin dengan sebab inilah, cara berjalannya kurang stabil.

10. Menunggang Seekor Keldai Yang Gagah dan Pantas

Dajal Laknatullah juga menunggang seekor keldai yang luar biasa. Di sana terdapat juga yang mengatakan bahawa ia adalah Kapal Terbang, atau Jet. Namun, apa yang disifatkan oleh Nabi SAW adalah sebuah kenderaan yang sangat ajaib yang boleh bergerak dalam kelajuan yang pantas ke seluruh dunia. Perkara ini telah dijelaskan di dalam bab kenderaan Dajjal.

11. Bersamanya Beberapa Ekor Syaitan Yang Bercakap Dalam Pelbagai Bahasa

Syaitan yang bersama-sama dengan Dajal Laknatullah berfungsi sebagai pengalih bahasa, atau membantu kefahaman bagi mereka yang mendengarnya. Setiap bangsa yang terdapat di dunia ini mampu memahami bahasa yang dituturkannya kerana kewujudan syaitan-syaitan ini. Walaupun bahasa isyarat sekalipun bagi mereka yang tidak mendengar.

12. Terdapat Dua Orang Malaikat Yang Memberi Peringatan Sebelum Ketibaannya

Sebelum ketibaan Dajal Laknatullah di sesebuah tempat, terdapat dua orang malaikat yang akan memberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut tentang kehadiran Dajal Laknatullah. Mereka adalah pemberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut supaya tidak terpedaya dengan tipu daya Dajal Laknatullah.

13. Mempunyai Ramai Pengikut Di Kalangan Yahudi Dan Pelbagai Kaum Lain

Kebanyakan pengikutnya adalah Yahudi, iaitu sekitar 70,000 orang, dan selebihnya adalah pelbagai kaum. Mereka memakai pakaian yang disangkut pada bahu, menutup tubuh dan tidak berjahit. Mereka juga dibekalkan dengan senjata dan kelengkapan-kelengkapan lain.

Kesimpulan

Demikianlah beberapa ciri-ciri Dajjal yang ditemui di dalam hadis-hadis Nabi SAW. Hakikatnya inilah rupa makhluk yang dapat dikenali. Ia jelas kelihatan apabila tertulis perkataan KAFIR di dahinya. Sekiranya dia mengaku sebagai tuhan, kenapakah dia tidak dapat menghilangkan tulisan KAFIR tersebut?

Selain itu, sepertimana hadis Nabi SAW, sekiranya terdapat seseorang mengaku sebagai tuhan, maka ketahuilah bahawa tuhan itu tidak dapat dilihat ketika kita masih hidup. Orang beriman akan diberi peluang melihat Allah SWT di dalam syurga.

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّهُ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَأَنَّكُمْ لَنْ تَرَوْنَ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَتَّى تَمُوتُوا قَالَ يَزِيدُ تَرَوْا رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوتُوا

Daripada Ubadah bin Samit, Rasulullah SAW bersabda : Ketahuilah bahawa Tuhan kamu bukanlah buta, dan kamu tidak akan melihat tuhan kamu sehinggalah kamu mati (Musnad Imam Ahmad : 21701)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar | http://ibnuirfadzil.blogspot.com 

Dajjal (3)


Kawasan Yang Diserang Oleh Dajjal

Sebelum ini telah disebut bahawa Dajjal akan melakukan operasi serangan terhadap umat Islam di Negara-negara Arab. Adakah Dajjal akan menyerang seluruh dunia? Adakah negara-negara lain tidak dihadiri oleh Dajjal? Perkara ini akan diperincikan di sini, insya Allah.

رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمُ ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda : Tiada satu negara pun tidak dikunjungi (atau diserang) oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah.. dan tiada laluan pun yang ditemui melainkan terdapat Malaikat yang berbaris sedang berkawal.


Lalu, Dajjal singgah di sebuah ladang, lalu menggegarkan (menyeru penduduk) Madinah sebanyak 3 kali. Maka, keluarlah semua orang kafir dan munafiq dari situ (Shahih Bukhari : 1748)


Mekah dan Madinah adalah kawasan yang diharamkan bagi orang kafir. Maka, di dalam hadis ini bermaksud orang munafik yang menyembunyikan kekafiran mereka. WaLlahua’lam. Di dalam hadis yang akan disebut selepas ini, menceritakan tentang kunjungan Dajjal ke Mekah, dan Dajjal melakukan perkara yang sama untuk menarik penduduk Mekah dan Madinah dari luar.

Di dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa semua negara akan dikunjungi oleh Dajjal. Kunjungan Dajjal tersebut dengan membawa bantuan makanan dan sebagainya sepertimana yang akan diceritakan di dalam fitnah-fitnah Dajjal. Ketika itu, semua manusia sedang menghadapi krisis kebuluran yang teruk.

Kawasan Yang Tidak Diserang

Semua negara akan dikunjungi oleh Dajjal melainkan Mekah dan Madinah. Di dalam riwayat lain mengatakan bahawa tempat yang tidak dapat dimasuki oleh Dajjal sebanyak empat, iaitu:

عَنْ جُنَادَةَ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ أَنَّهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : وَإِنَّهُ يَلْبَثُ فِيكُمْ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا يَرِدُ فِيهَا كُلَّ مَنْهَلٍ إِلَّا أَرْبَعَ مَسَاجِدَ مَسْجِدَ الْحَرَامِ وَمَسْجِدَ الْمَدِينَةِ وَالطُّورِ وَمَسْجِدَ الْأَقْصَى

Daripada Junadah bin Abi Umayyah, Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Dajjal akan hidup di dunia selama 40 hari, dia akan menyerang semua tempat melainkan empat tempat, iaitu : Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Bukit Sinai, dan Masjidil Aqsa (Musnad Imam Ahmad : 22572)

Empat kawasan tersebut ialah:

1. Masjidil Haram yang dimaksudkan di sini ialah Mekah
2. Masjid Nabawi ialah Madinah
3. Masjidil Aqsa ialah Baitul Maqdis
4. Bukit Sinai

Maka, sudah jelas bahawa semua tempat dikunjungi olehnya melainkan beberapa tempat yang telah disebutkan. Dajjal akan mengunjungi seluruh dunia dengan membawa bekalan makanan yang tidak terdapat pada ketika itu. Sebarang pertanian dan sistem saliran tidak wujud, tetapi dengan kunjungan Dajjal, manusia tempat tersebut akan mendapat semua bantuan ini.

Tetapi dengan syarat menerima ketuhanan Dajjal ini. Dajjal akan mempublisiti dirinya dengan mengunjungi semua negara. Kenderaan yang digunakan ialah keldai bertelingan panjang. Apakah yang dimaksudnya dengan kenderaan seperti ini?

Kenderaan Dajjal


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ فِي خَفْقَةٍ مِنْ الدِّينِ وَإِدْبَارٍ مِنْ الْعِلْمِ فَلَهُ أَرْبَعُونَ لَيْلَةً يَسِيحُهَا فِي الْأَرْضِ الْيَوْمُ مِنْهَا كَالسَّنَةِ وَالْيَوْمُ مِنْهَا كَالشَّهْرِ وَالْيَوْمُ مِنْهَا كَالْجُمُعَةِ ثُمَّ سَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ هَذِهِ وَلَهُ حِمَارٌ يَرْكَبُهُ عَرْضُ مَا بَيْنَ أُذُنَيْهِ أَرْبَعُونَ ذِرَاعًا


Daripada Jabir RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan muncul dalam keadaan manusia jauh daripada agama dan ilmu, dia akan hidup di dunia selama 40 hari, satu hari bersamaan setahun, satu hari lagi bersamaan dengan sebulan, satu hari lagi bersamaan seminggu, dan hari-hari yang lain seperti hari-hari biasa. Dia mempunyai keldai yang ditungganginya, panjang dua telingga ialah sepanjang 40 hasta (Musnad Imam Ahmad : 14426)

Kelajuannya mengunjungi semua tempat di seluruh dunia dengan menggunakan keldai ini. Kedua-dua telinganya sepanjang 40 hasta. Kebanyakan kita mungkin mengatakan bahawa ia adalah kapal terbang, namun tanggapan ini ditolak oleh Syeikh Hammud bin Abdullah at Tuwaijiri (1413 H) di dalam kitabnya Ithaf al Jamaah, Bima Ja’ Fil Fitan Wal Malahim Wa Asyratis Sa’ah di dalam bab Ma Ja’ Fi Markub ad Dajjal.

Beliau mengatakan bahawa sekiranya Dajjal menggunakan kapal terbang, sudah pasti ia tidak dikatakan sebagai sihir (bercanggah dengan adat kebiasaan). Maka, beliau menolak sebarang takwilan yang mengatakan bahawa kenderaannya ialah kapal terbang. Beliau juga mengemukakan hadis riwayat Imam Ahmad dalam bab as Sunnah yang mengatakan bahawa kenderaan tersebut melalui jalan darat. WalLahua’lam.

Pada pandangan penulis, Dajjal akan menggunakan sebuah kenderaan yang pelik yang mempunyai saiz sepanjang 40 hasta. Samada menggunakan kapal terbang atau bukan, itu berdasarkan takwilan masing-masing.


Mungkin juga kapal UFO yang berbentuk bulat. Di dalam kajian yang bertajuk The Arrivals terbitan A Noreagaa And Achernahr Production, menjelaskan bahawa sebuah “anggota rahsia” sedang berusaha membangungkan kapal UFO. Beberapa siri penemuan kapal UFO sebelum ini dikatakan hasil daripada kajian “anggota rahsia” tersebut. Ia dikaitkan dengan Zionis dan bahagian Ketenteraan Rahsia Amerika. WaLlahua’lam.

Hakikatnya dengan menggunakan sihir, tidak memerlukan kenderaan untuk ke mana-mana. Cukup dengan sihir, kita sudah dapat berada di mana-mana tempat. Maka, kenderaan yang dimaksudkan oleh Nabi SAW mungkin juga boleh dikatakan sebagai sihir, atau makhluk halus yang dapat membawa Dajjal ke serata dunia. WaLlahua’lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar 

Dajjal (2)

Dari Manakah Kemunculannya?

Di dalam bab ini akan membincangkan tentang tempat kemunculan Dajjal. Dari manakah arah kemunculannya? Maka, mari kita meneliti berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tentang tempat kemunculannya.
عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: أَلاَ إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ ، لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ
Daripada Fatimah binti Qais, Rasulullah SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa ia (Dajjal) sedang berada di Laut Syam, atau Laut di Yaman. Ya, ia akan muncul dari arah timur, itulah arahnya. Dari arah timur, itulah tempat kemunculannya. Dari arah timur, itulah tempat kemunculannya. (sambil menundingkan jarinya ke arah timur) (Shahih Muslim : 5235)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ هَاهُنَا ( وَأَشَارَ نَحْوَ الْمَشْرِقَ )
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan muncul dari arah ini (sambil menundingkan jari ke arah timur) (Shahih Ibnu Hibban : 6792)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا القَاسِمِ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: يَخْرُجُ أَعْوَرُ الدَّجَّالِ مَسِيْحُ الضَّلاَلَةِ قِبَلَ الْمَشْرِقِ فِيْ زَمَنِ اخْتِلاَفِ مِنَ النَّاسِ وَفِرْقَةٍ،
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata : Aku mendengar Abu Qasim yang berkata benar, dan dipercayai (Nabi Muhammad )SAW bersabda : Dajjal yang bermata cacat dan menyesatkan akan keluar dari arah timur, ketika berlakunya perpecahan di kalangan manusia... (Majma’ Zawa’id : 12543)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيَنْزِلَنَّ الدَّجَّالُ خُوزَ وَكَرْمَانَ فِي سَبْعِينَ أَلْفًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ
Daripada Abu Hurairah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan tiba di Khuz dan Kirman bersama 70 000 orang tentera. Wajah mereka seperti berlapis-lapis (Musnad Imam Ahmad : 8099)
عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ ، قَالَ : قَالَ أَبُو بَكْرٍ : هَلْ بِالْعِرَاقِ أَرْضٌ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ ، قَالُوا : نَعَمْ ، قَالَ : فَإِنَّ الدَّجَّالَ يَخْرُجُ مِنْهَا
Daripada Sa’id bin Musayyib : Saidina Abu Bakar RA berkata : Adakah terdapat di Iraq satu tempat yang bernama Khurasan? Mereka berkata : Ya.. Beliau berkata : Sesungguhnya Dajjal akan keluar dari arah sana (Musnad Ibnu Abi Syaibah : 38654)
عَنْ أَبَي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنَّهُ قَالَ : يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ مَرْوَ مِنْ يَهُودِيَتِهَا
Daripada Abu Bakar RA, beliau berkata : Dajjal akan keluar dari Marwa, dari kalangan Yahudi yang terdapat di sana (Kanzul Ummal : 27948)
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ الْيَهُودِ عَلَيْهِمْ السيجان
Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan muncul dari kalangan Yahudi Asfahan, turut bersama dengannya sebanyak 70 000 orang Yahudi yang memakai selendang hitam (atau berpakaian serba hitam) (Musnad Imam Ahmad : 13344)
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ كُوثِى ، أَرْضٌ بِالْعِرَاقِ
Daripada Abdullah bin Amr RA, beliau berkata : Dajjal akan keluar dari Kuthi, di bumi Iraq. (Musannif Ibnu Abi Syaibah : 38693)
Kesimpulan

Apabila kita merujuk kepada hadis Nabi SAW, tempat-tempat kemunculan Dajjal antaranya ialah, timur, Kuthi, Iraq, Asbahan, Marwa, Khuz, Kirman dan sebagainya. Secara terperincinya tempat-tempat tersebut ialah :
  1. Asbahan, juga dipanggil Asfahan. Tempat ini terletak di Parsi, iaitu Negara Iran.
  2. Kuthi adalah sebuah tempat di Iraq.
  3. Khuz adalah sebuah bangsa yang hidup di Kirman. Iaitu tempat yang terletak di Iran.
  4. Marwa pula bukanlah Moro di Filipina. Tetapi ia adalah antara negeri yang terbesar di Iran.
Maka, apa yang dapat disimpulkan ialah perbezaan tempat-tempat tersebut menunjukkan arah perjalanannya. Di dalam hadis lain menyebut :

عَنْ النُّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الكِلاَبِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ؛ قَالَ : ذَكَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ ... فَذَكَرَ الْحَدِيثَ بِطَوْلِهِ ، وَفِيْهِ : إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ ، فَعَاثَ يَمِيْنًا وَعَاثَ شِمَالاً ، يَا عِبَادَ اللهِ فَاثْبُتُوا
Daripada Nuwwas bin Sam’an al Kilabi RA, beliau berkata : Satu hari, Rasulullah SAW bercerita tentang Dajjal, lalu menyebutnya dengan panjang lebar.. di antara yang disebut ialah : “Sesungguhnya ia (Dajjal) muncul di antara Syam dan Iraq, lalu dia merosakkan apa yang di sekitarnya.. Wahai hamba-hamba Allah, teguhkanlah peganganmu... (Kanzul Ummal : 38740)
Apabila dibandingkan dengan hadis-hadis yang lain, kita akan mendapati bahawa serangan Dajjal dilakukan disekitar kawasan Negara Arab. Iaitu di antara Syam dan Iraq, dan beberapa kawasan lain yang menjadi laluannya.

Kedudukan Syam ialah longitudnya dari Sungai Euphrates (Furat) sehingga Sungai Arisy. Manakala latitudnya ialah dari Banjaran Teh, hingga Laut Mediterranean. Manakala Iraq pula sepertimana yang diketahui, iaitu di tengah-tengah di antara Negara Jordan, Syria dan Iran.

Maka, kemunculan yang pertama ialah di Negara Iran, kemudian Dajjal akan berjalan ke Iraq dan masuk ke kawasan Syam. Seterusnya menuju ke Madinah, tetapi dihalang oleh para Malaikat, dan terus ke Mekah. Di sana juga Dajjal tidak dibenarkan masuk oleh para Malaikat yang berkawal. Ia akan diterangkan selepas ini, tentang beberapa tempat yang tidak diserang oleh Dajjal bersama 70 000 orang tentera Yahudi.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Sumber: http://waazin.blogspot.com

Dajjal (1)


Assalammu'alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah,

* Artikel ini dipetik daripada buku yang bertajuk "KIAMAT".

PENDAHULUAN

Dajal Laknatullah adalah seorang manusia (bukan jin) yang telah dibangkitkan oleh Allah SWT di akhir zaman. Kebangkitannya memainkan peranan besar di dalam menyesatkan manusia yang ada di dunia. Fitnah dan ujian yang dibawa olehnya membahayakan sesiapa sahaja, melainkan dengan keimanan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Dajal Laknatullah yang muncul di akhir zaman ini telah disebut di dalam al Quran dan Hadis sebagai persediaan kepada manusia hari ini untuk menghadapi sebarang fitnahnya.

Nabi SAW sendiri banyak menyebut tentang sifat-sifat Dajal Laknatullah supaya diambil pengajaran kepada manusia hari ini supaya tidak terpedaya dengan fitnah yang dibawa olehnya. Lihatlah beberapa sifatnya supaya kita mengenali siapakah Dajal yang dilaknat oleh Allah SWT.

Di dalam tajuk ini, dapat dibahagikan kepada beberapa perincian utama, antaranya ialah :

a. Tanda-tanda kemunculan Dajjal
b. Sifat-sifat Dajjal
c. Perjalanan Dajjal di seluruh dunia
d. Tempoh Serangan Dajjal
e. Dan sebagainya.

Nabi SAW sudah memperingatkan kepada kita bahawa Dajjal itu sendiri akan muncul apabila manusia sudah mulai lupa dengan kemunculan Dajjal. Selain itu, manusia juga semakin tidak mempercayai kemunculan makhluk ini, bahkan mengatakannya sebagai cerita dongeng.

عَنْ عُمَرَ بنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، وَهُوَ يَقُولُ: إِنَّهُ سَيَخْرُجُ بَعْدَكُمْ قَوْمٌ يُكَذِّبُونَ بِالرَّجْمِ، وَيُكَذِّبُونَ بِالدَّجَّالِ، وَيُكَذِّبُونَ بِالْحَوضِ، وَيُكَذِّبُونَ بِعَذَابِ القَبْرِ،
Saidina Umar al Khattab berkata: “Sesungguhnya akan muncul generasi selepas kamu, yang menafikan hukum rejam, menafikan kemunculan Dajjal, menafikan perkara ghaib dan menafikan kewujudan azab kubur..

(Abdul Razak, Musannif Abdul Razak, Bab “Sesiapa yang keluar muncul dari api” tajuk ke 11, ms 412)
Perkara ini akan dijelaskan lagi di dalam tanda-tanda kemunculan Dajjal Laknatullah. Maka, perlulah kita ambil perhatian tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan peristiwa kemunculan Dajjal Laknatullah, supaya kita dapat berjaga-jaga dan mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan kemunculannya.

TANDA-TANDA KEMUNCULAN DAJJAL

Di sana terdapat puluhan hadis Nabi SAW yang menceritakan beberapa tanda kemunculan makhluk perosak ini. Adakah dunia hari ini sudah boleh dikatakan bahawa Dajjal itu sudah muncul? Maka, perhatikan beberapa hadis yang berkaitan.

Pertama: Dajjal sudah wujud semenjak zaman Baginda SAW
عَنْ عَمْرَانَ بْنِ حَصِيْنٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ أَكَلَ الطَّعَامَ وَمَشَى فِي الأَسْوَاقِ (يَعْنِي: الدَّجَّالُ )
Daripada Amran bin Hasin, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya ia sedang menikmati makanan dan berada di pasar-pasar (iaitu Dajjal) (Musnah Imam Ahmad : 19142)
Selain itu, seorang hamba Allah yang bernama Tamim ad Dariy pernah menemui Dajjal ketika beliau berlayar di tengah lautan, dan terdampar di sebuah pulau. Kisah ini akan diceritakan di dalam bab akan datang, yang menceritakan tentang pertemuan tersebut, insya Allah.

Kedua: Dajjal mula muncul ketika manusia melupai tentang kisah kemunculannya
عَنْ الصَعْبِ بْنِ جَثَّامَةٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يُذْهِلُ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ، وَحَتَّى تَتْرُكِ الأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ
Daripada Sa’bi bin Jassamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Dajjal tidak akan muncul sehinggalah manusia terlupa tentang kemunculannya, dan para khatib terlupa menyebutnya di dalam khutbah (Kanzul Ummal : 38817)
Ketiga : Dajjal muncul ketika manusia jauh daripada Islam
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: أَنَّهُ قَالَ فِي الدَّجَّالِ : تَكُونُ آيَةُ خُرُوجِهِ تَرَكَهُمْ الأَمْرَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيَ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَتَهَاوَنَ بِالدِّمَاءِ، وَضَيَّعُوا الْحُكْمَ، وَأَكَلُوا الرِّبَا، وَشَيَّدُوا البِنَاءَ، وَشَرَبُوا الْخُمُورَ، وَاتَّخَذُوا القَيَانَ، وَلَبِسُوا الْحَرِيْرَ، وَأَظْهَرُوا بَزَّةَ آلِ فِرْعَونَ، وَنَقَضُوا العَهْدَ، وَتَفَقَّهُوا لِغَيْرِ الدِّيْنَ، وَزَيِّنُوا الْمَسَاجِدَ، وَخَرَبُوا القُلُوبَ، وَقَطَعُوا الأَرْحَامَ، وَكَثُرَتْ القُرَّاءُ، وَقَلَّتْ الفُقَهَاءُ، وَعَطَلَتْ الْحُدُودُ، وَتَشَبَّهَ الرِّجَالُ بِالنِّسَاءِ وَالنِّسَاءُ بِالرِّجَالِ، وَتَكَافَأَتْ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ، وَالنِّسَاءُ بِالنِّسَاءِ، بَعَثَ اللهُ عَلَيْهِمُ الدَّجَّالَ، ...
Ibnu Abbas RA berkata tentang Dajjal : Akan terjadi tanda-tanda kemunculannya, iaitu manusia tidak lagi menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berlakunya pembunuhan, manusia tidak lagi menghormati undang-undang, mereka memakan harta riba, berlumba-lumba membuat binaan, mereka meminum arak, mereka leka berhibur dengan muzik-muzik, orang-orang lelaki memakai sutera, mereka memperagakan penampilan firaun, manusia semakin suka melanggar perjanjian, mereka mendalami sesuatu ilmu bukan untuk agama, mereka menghiasi masjid (masjid tidak berfungsi), mereka merosakkan hati-hati, memutuskan hubungan kekeluargaan, bertambahnya orang yang hanya membaca semata-mata, berkurangnya orang-orang yang faqih, terabainya hukum hudud, terdapat penyerupaan di antara lelaki dan perempuan, berlakunya hubungan sejenis,... ketika inilah munculnya Dajjal.
Keempat: Dajjal muncul ketika berlakunya kebuluran
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: أَنَّهُ قَالَ فِي الدَّجَّالِ : عَنْ أَبِي أُمَامَةَ البَاهِلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ؛ قَالَ: خَطَبْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثْنَاهُ عَنْ الدَّجَّالِ وَحَذَّرْنَاهُ.... فَذَكَرَ الْحَدِيْثَ بِطَوْلِهِ، وَفِي آخِرِهِ : وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثُ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ، يُصِيْبُ النَّاسَ فِيْهَا جَوْعٌ شَدِيْدٌ، يَأْمُرُ اللهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُوْلَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسَ مَطْرِهَا كُلَّهُ ، فَلاَ تُقْطَرُ قَطْرَةً، وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسَ نَبَاتِهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءً، فَلاَ تَبْقَى ذَاتَ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ، إِلاَّ مَا شَاءَ اللهُ
Daripada Abi Umamah al Bahili RA, beliau berkata :Rasulullah SAW berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga... Lalu Baginda SAW menyebut dengan panjang lebar.. di akhir ucapannya : Sesungguhnya sebelum kemunculan Dajjal, berlakunya keperitan selama 3 tahun. Manusia mengalami krisis kebuluran yang teruk. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama, supaya mengurangkan kadar hujan sebanyak satu pertiga, dan menyuruh bumi supaya mengurangkan hasilnya sebanyak satu pertiga. Kemudian, Allah memerintahkan langit pada tahun kedua pula untuk mengurangkan kadar hujan sebanyak dua pertiga pula, dan bumi diperintahkan supaya mengurangkan hasilnya sebanyak dua pertiga. Kemudian, Allah memerintahkan langit pada tahun ketiga supaya tidak menurunkan hujan langsung, maka tiadalah hujan walaupun setitik, dan bumi diperintahkan supaya tidak mengeluarkan hasilnya langsung, maka tidak tumbuhlah sebarang tumbuhan. Setelah itu, tiada lagi haiwan yang hidup, melainkan beberapa ekor yang dikehendakiNya (an Nihayah Kathir : 1/44)
Kelima: Dajjal muncul apabila umat Islam saling mengkafirkan umat Islam yang lain
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ؛ قَالَ: « كُنَّا قُعُودًا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَذَكَرَ الفِتَنَ، ... وَفِيْهِ .. ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ ، لاَ تَدَعَ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ ؛ إِلاَّ لَطَمَتْهُ لُطْمَةً، فَإِذَا قِيْلَ : انْقَضَّتْ ؛ تَمَادَتْ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيْهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، حَتَّى يُصِيْرُ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطِيْنَ : فُسْطَاطٌ إِيْمَانٌ لاَ نِفَاقَ فِيْهِ ، وَفُسْطَاطٌ نِفَاقٌ لاَ إِيْمَانَ فِيْهِ ، فَإِذَا كَانَ ذَلِكُمْ ؛ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أَوْ غَدِهِ
Daripada Abdullah bin Umar RA, beliau berkata : Satu hari, kami duduk bersama-sama Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW menceritakan tentang fitnah akhir zaman ... antara yang disebutkan ialah.. Kemudian akan terjadinya fitnah bawah tanah yang tidak melepaskan seorang pun, melainkan mereka yang bernasib baik. Apabila fitnah tersebut cuba disekat, ia tetap berterusan, sehingga seorang yang beriman pada waktu pagi hari, menjadi kafir pada waktu petangnya. Ia berlanjutan sehinggalah manusia bertemu dengan dua golongan, lalu menghukum bahawa golongan ini semuanya beriman, dan golongan satu lagi dihukumkan dengan kafir kesemuanya. Maka, apabila berlaku peristiwa seperti ini, tunggulah ketibaan Dajjal, samada pada hari tersebut, atau pada keesokannya. (Sunan Abi Daud : 3704)
Keenam: Kemunculannya Selepas Pembebasan Istanbul
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْمَلْحَمَةُ الكُبْرَى، وَفَتْحُ القَسْطَنْطِينِيَّةِ، وَخُرُوجُ الدَّجَّالِ فِي سَبْعَةِ أَشْهُرٍ
Nabi SAW bersabda: Berlakunya peperangan yang besar, pembebasan Istanbul dan kemunculan Dajjal, kesemuanya berlaku dalam tempoh 7 bulan berturut-turut (Musnad Imam Ahmad : 21304)
Di dalam Hadis yang lain, mengatakan bahawa perbezaan di antara Peperangan Besar dan Pembebasan Istanbul selama 6 tahun, dan kemunculan Dajjal pada tahun ke 7 (Kanzul Ummal, nombor 38754, Hadis Riwayat Abu Umamah al Bahili ). Tetapi di dalam hadis ini menyebut “bulan”, bukannya tahun. WaLlahua’lam.

Ikuti sambungan akan datang...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Sumber: http://waazin.blogspot.com

Saturday, 20 July 2013

OJT

Assalamua'laikum warahmatullahi ta'ala wabarokatuh.
Berakhirnya sem6. Sem depan ana da senior year, last year. Berbaki 2sem lagi.
Cuti sem ni ana kena praktikal,
Ana praktikal kt sebuah company servis untuk hospital. Sume hospital kerajaan ad company ni. Tapi nama je berlainan, tugas mereka tetap sama, segala kerosakan, maintainance dan baikpulih alatan dan sistem di hospital di kendali oleh kami.
Sejujurnya ana xminat company servis. Ana mekanikal dan pembuatan, ana pnye course specialize manufacturing. Most to production. Manage kilang, maintainance production machine, designing new product, quality test and control, quality improvement dan sewaktu dengannya. Tp supervisor yg jaga ana kat company ni pon degree same cam ana, die ckap, blajar je, jgan xdapat pape langsung.
Lagi pon, ap yang ana bwat kt company tuh nnti ada manfaatnya katanya. Ana bg pendapat ana, dan die setuju. Ap yang ana buat ini mmg krja kuli tapi kalau boss xtaw kerja2 kuli, "nanti ap kuli cakap, boss akan setuju je walaupun benda tuh salah, nampak xpermainannya disitu, boss dah di perbodohkan kuli".
Apa2 pn, ana seronok, supervisor bg ana task untuk design balik wheel break sebuah katil pesakit.
Ana xputus asa walaupun pekerja kt situ dah bisik kt ana awal2 lagi, "xyah bwat la, ssah, condemn je katil tuh", dalam hati nak je condemn tapi, abis sume nk condemn, bankrup r company nk ganti yang baru. Ana habiskan masa 5hari mengadap tayar katil tuh. Akhirnya, Alhamdulillah, berfungsi dengan baiknya. Supervisor ana teruja, mohon ana bwat recommendation letter, tp ana xtaw ap kandungan dan fungsi surat tuh. Nnti ana nk bincang balik dengannya.


recommendation letter yang die cakap tuh ialah surat pujian dri boss kepada pekerja. mane la boss ad masa nak puji2 pekerja die atas kertas. tapi, surat tuh penting untuk mintak kerja kt tempat len nanti sebab di ikhtiraf oleh boss tempat kerja sebelum tuh.
ana xtaw nk buat ke dak, segan la nk puji diri sendiri, pastu kene antar kat supervisor, die baca, klu ada ayat over sangat die akan padam. pastuh die akan sign n cop tanda surat tuh memang dari die.

lupa lak nak gitaw, ap maksud OJT, maksudnya Orang Jahat Terengganu...muahahaha
ala, ana gurau je... versi gurau len kali ye. imagenasi ana tinggi nak gurau2 ni.
OJT maksudnya On Job Training....ngeeeee

nurse2 kat ward slalu tanya tp ana akan gurau dulu mcm yg kt atas ni....

Ramai budak praktikal len kt sini, uitm 5orang, utem 2orang, politeknik dungun 1orng. kata pekerja kt situ, tahun ni rekod, paling ramai budak praktikal dalam satu masa.
sorang dari pada bdak uitm tuh, kawan ana time ana darjah 1,2,3,4 n 5 dlu... walaupon darjah 5 die turun kelas, tetap kawan ngan ana...

tapi darjah 6 ana pindah sekolah, abah beli rumah kt area luar bandar. abah dah xnak duduk kt rumah flat polis kt bandar.
kenangan kt skolah rendah dlu ana banyak ingat, 70%. tapi syg, time tuh xramai bdak2 bole ingt bnyak. ana cite macam2 gelagat membe ana tuh time kt skolah dlu, die sendiri pn xcaya ana bole ingat. nak bwat camne, kenangan manis ana bermula pada awal persekolahan..
ingatan ana bermula ana berumur 2tahun, mase tuh tinggal kt beserah, kuantan... hari2 ana bermain kt depan rmah bersama kuda beroda ana, rutin harian ana, hantar kakak pergi tadika, hujung minggu pergi taman teruntum dan teluk campedak dan macam2 lagi.

berbalik kepada kawan ana tadi, die pon ad la memory yg die sempat ingt, time skolah dlu die mmg xdapat nafikan, ana lah budak paling pelik, ana bawa beg yg lg beso dari ana pergi sekolah, dengan jadual kelasnya xpernah salin, sume buku ana bawak hari2 pergi sekolah. ana antara pelajar paling buas, kerja sekolah slalu xbuat, walaupun boleh kekal kelas depan dari darjah 1 smpai darjah 6 tapi, ulang kaji xpernah ana siap kan, berbekalkan fokus dalam kelas je ana bawak sampai exam hujung tahun, ana pon xtaw camne ana bwat. kuasa Allah.
kt kelas, ana xbising, tapi bile cikgu xde je, ana akan berexperiment, time tuh budak2 main belon lg, ana dah main ngan litar. time tuh kawan ana ni ingt, besar nanti ana akan jadi scientist. mak ana pon fikir macam tuh, ana suke selongkar tong sampah. cari barang2 terpakai, bawak balik, kunci bilik then baiki benda tuh sampai berfungsi. itu je la kerja ana, slalu kene marah sebab lupa nak makan.

tapi itu semua dulu, bermula nya ana mengenali komputer, ana tinggal minat ana tuh. ana ikot kawan pergi cyber cafe. sebenarnya ana memberontak sebab mak dan abah dah janji nak beli komputer kalau ana dapat 5A upsr tp mereka xbelikan, so ana follow kawan ana tiap2 hari selama satu tahun time form 1. masuk form 2, baru lah diorang beli sebuah komputer. punye la seronok, hari2 main paint, microsoft office, main game2 kad.haha

kalau dulu ana banyak habiskan masa dengan experiment ana, kini komputer jadi teman ana, ana mula menulis diari harian tentang ana pergi main sukan. kejohanan kebangsaan pertama ana masa ana form2. huhu
time tuh noob sangat.. sejak dari main sukan tuh, lagi la ssah ana nk luangkan masa bersama experiment ana.

ana habiskan zaman remaja ana dengan sukan. balik sekolah pukul 2.10 kayuh basikal laju2, balik mandi solat, pukul3 kayuh basikal laju2 pergi training, pukul6 petang kayuh basikal laju2 lagi, sampai rumah. itu time hari2 biasa. hujung minggu lak kul 8 pg da kene siap2, kayuh basikal laju2 pergi training sampai pukul 5 petang. balik plak same je, kayuh basikal laju2. ana training 7 hari seminggu. cuti raya 3hari je. skolah jgak best, 5hari cuti raya... itu je lah kerja ana dari form2 hingga form5. orang lain bole pergi memancing, blajar baiki motor, melancong, tapi ana, training-training-training.

tapi walaupun ana terikat ngan sukan, ana xde masalah ekonomi, yuran sekolah ana, ana bayar sendiri, keperluan sekolah ana settle sendiri, ana main sukan, kelebihan banyak, ponteng sekolah, datang sekolah lewat, sume dapat perlepasan istimewa.  yang menjadi masalahnya ana, ana terlalu sayangkan sekolah, ana trauma masa ana pindah sekolah time darjah5 dulu. bile dapat tawaran ke SSBJ, ana tolak dalam mahu.
kali pertama masa akhir tahun form3(2006), mase kem kecemerlangan, under pelapis projek sukan SEA 2010 anjuran majlis sukan negara. tawaran kedua masa ana form4(2007), selepas ana sertai SEASA, time tuh thailand nk melamar ana bile diorg tahu ana xde contract dengan MSN sebab tue MSN cuba melamar ana cepat2. tawaran ketiga semasa form5(2008), selepas sukma terengganu. tawaran ke empat time ana lepas graduate dari kojel matrikulasi, lepas sukma melaka 2010. Tawaran last yang mane bagi impak besar kepada ana, pada tahun 2011, dimana ana di basuh kaw2 oleh coach pelapis dan elit negara. time lepas kene basuh tuh, terus ana xde mood nak join national team.. cakap la ap korang nk cakap. manusia bukan bole beli ngan wang ringgit.
Ana boleh cakap, ana main sukan suka2 je. xde niat pon nk serius bagai.
kalu ana pergi SSBJ, diorang janji nak campak ana kt UPM, tp course pilihan mereka.. oh tidak, ana sanggup menyindiri di UTHM, walaupun dengan course yang ana kurang minat, its better than HR or SC at UPM.

oleh sebab kite da lari topik, mak ai, jauhnya..... ngeee

ana stop sini dlu lah ye... insyaAllah jumpe lagi. wassalam