Friday, 25 January 2013

misunderstanding.. =.=

Assalamua'laikum

Alhamdulillah, In this holiday, I meet some of my school friends, much of them are not further their study. They always meet together, sharing news, knowledge and something useful. When I'm start to join them, they treat me very well, they ask my study, my day, my life and my future. Normally I will receive that question with silent smile. first about my study, they really want to know, how well in being a University student. I not going to say they not well in study, but they are not wealth in being University student. Alhamdulillah. Allah give me change to discover Him further within this way. according to their attention when I'm telling about having 3years as a student, they are very excited. Although I tell them I need to stay out at night, finish my assignment, doing pastyear question, and getting worst result. They keep telling me, "do it if you really want it, enjoy". Gotcha, they got me, until now, I'm not doing as I want it. I'm not enjoy it.

skip about my day and life.

talking about future, all of them have 2-3job in the same time. I don't know how they manage it. but, they handle it very well, I can't saw tired face. They keep smiling. Yup, smiling can overcome hurt and fatigue, I used to. Allah, keep me on Your destiny. Alhamdulillah. They plan to open a big sport center at our town within 10years from now. Seems like I interested, they want me to start collecting capital and they hope I can manage it for them but, how can I work at the same time I'm study. Seriously, my parent will force me to stop and focus on study. Am I believe them?, of course, we know each other from primary school. maybe I'm the latest one because, I'm moving to this town when I'm 11. Now I'm reaching 22. We just can meet each other twice a year, that is semester break. One of my university classmate, invited me to join his future plan. Everyone know, I'm fail to talk about future, sometime when been forcing to telling about future, I'm lying. Just saying what is passing in mind. He comes to help me to put some target. Although I'm very well in planning for short term result but not at the long term result. We always talk about flight, and the big mistake we made is rejecting aeronautic course offered before, both of us are the only student who didn't attend the interview. Guys, our family can't afford the license fees. But after deeply thinking, we can made it real if we serious. How can I be serious? I finish my 4k scholarships only in one month. I can't see poor people, I can't see friends diet because of cash.
Will you let your neighbor hungry while you dine.
I not going to lend my things if I want the people giving back. Take it. All I have is borrowed by Allah.
so, I hate to hear when they lend something to the person, and mad when the person not giving it back. Hey! what kind of mindset is this?, do you doubt with Allah?
sorry ^^
maybe only me feel that way, I just can whispering in my mind, I not going to ruin any people life, they can stay how they thinking.. Humans are different with their own environment.
I come from lonely world, I learn what I watch, I experience what I fail.



are you asking for the tittle of this post..^^

I'm been proposed by a problem with my leg, something stuck there and need to have a small surgery. The married is meaning, I'm REALLY going to do the surgery. xde benda guna air liur, sume nk guna duit So, I need money to doing surgery. I'm planning to selling my stuff, I don't want any of my close relation know. I don't want they worry. It just small surgery, not cutting my leg. Alhamdulillah, Allah is the greatest. He help me out, I already selling my stuff but, I get it back, I take back from the buyer. The surgery covered by insurance. Thanks to KPT. The best I can do is be grateful. I'm not crying because the pain, I crying because how nice Allah with me.
feel so sorry to being like this. I'm shame on Allah.





Saturday, 12 January 2013

" BIARLAH DIA PAKAI KOPIAH "

Seorang pemuda yang baru keluar penjara setelah 10 tahun dipenjara sejak dari umurnya 18 tahun, singgah di sebuah kedai menjual kopiah berhampiran penjaranya.

Pemuda: "Abg, berapa harga satu kopiah ni?"

Bro: "RM30."

Pemuda: "Tak boleh kurang sikit?"

Bro: "Orang macam kau ni tak payahlah pakai kopiah." *tetiba*

Pemuda mendiamkan diri. Meletakkan kembali kopiah putih tersebut.

Bro: "Orang kalau dah tak baik, pakai kopiah macam mana pun tak akan dapat tudung kejahatan dia buat. Jangan rosakkan imej orang lain yang berkopiah pula. Tak payah pakailah, senang. Kalau pakai, tapi perangai macam syaitan bukan ke hipokrit, munafik namanya? Berpura-pura baik dengan imej berkopiah di hadapan orang. Yang di facebook pula sibuk letak imej berkopiah untuk melariskan diri sendiri dengan imej yang baik. Hak tuih!"

Pemuda: "Tak mengapalah macam tu bang. Jangan risau, saya tak beli kopiah ni. Saya pun tak mampu beli kopiah harga ni."

Bro: "Ha bagus. Dah, aku nak meniaga. Ko pergi mengemis tempat lain boleh? Aku dah kenal ramai la yang keluar penjara macam kau ni. Suka dapatkan simpati."

Pemuda menundukkan kepala, cuba berlalu dari situ. Tiba-tba muncul seorang pak cik tua menahannya


Pakcik: "Nanti, biar pakcik belikan."

Pakcik segera menghulurkan note RM30 kepada penjual kopiah.

Pakcik: "Biarlah dia nak pakai kopiah. Kopiah tu kan dari pakaian orang Islam juga. Kemas sikit, tak adalah nampak serabai sangat rambutnya."

Bro :"Pakcik tak payahlah kesian sangat dekat budak ni."

Pakcik: "Samada dia hipokrit atau tidak, baik atau tidak, itu urusan dia dengan Allah. Tugas kita adalah menegur dia jika dia salah, tunjuk dan bimbing dia jika dia hilang arah.

Biarlah dia pakai kopiah, sekurang-kurangnya bila dia nak buat maksiat, dia ingat kopiah di kepalanya. Mula-mula rasa malu pada kopiah. Dari malu kepada kopiah, timbul malu kepada Tuhan. Dengan memakai kopiah, mungkin dia akan malu memandang aurat gadis-gadis di sekelilingnya lalu menundukkan pandangan."

Bro: "Dah tu, yang dalam facebook tu apa cite plak?"

Pakcik: "Terpulang pada niat masing-masing:

1. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka dapatlah pahala.
2. Jika niatnya nak memancing wanita, maka mungkin dapatlah apa yang dihajati tapi tidak mungkin dapat Allah kerana tidak ikhlas.
3. Jika niatnya supaya orang lebih tertarik kepada Islam dengan imej sopan yang ditunjukkan, Alhamdulillah...bagus.
4. Kadang-kadang orang lebih mudah berikan kepercayaan pada yang berimej baik dan sopan dari yang berimej sebaliknya. Lebih dipercayai berbanding mereka yang membawa imej misalnya terlampau rock, yang akhirnya menyebabkan mereka kurang diberikan kepercayaan.
5. Orang yang berpura-pura dengan berimej Islamik dan bertopengkan agama di Facebook, ilmu bermanfaat yang disebarkan dapatlah pahala untuk part tu. Tapi dari segi keikhlasan, dia ada masalah dengan Allah. Dia kena muhasabah balik, betulkan niat. Tak guna disukai orang, tapi dibenci oleh Allah."

Bro mengangguk-angguk malas seraya beralih ke customer yang lain. Malas nak layan celoteh pakcik.

Tiba-tiba pemuda tersebut memeluk pakcik tersebut dengan deraian air mata.

Pemuda: "Selama 10 tahun saya berada di penjara, 5 tahun saya enggan solat. Namun apabila pertama kali saya cuba solat di dalam penjara dengan memakai kopiah penjara, saya rasa tenang sangat-sangat. Saya akhirnya bersolat. Bila melihat wajah saya dalam cermin dengan berkopiah, rasa macam tak percaya. Nampak tenang dan tak serabut seperti selalu. Sejak dari hari tu, saya berazam hari pertama saya keluar penjara saya nak beli kopiah saya sendiri..saya nak berhijrah.."

Pakcik: "Alhamdulillah..namun ingatlah, penghijrahan bukan sahaja bermula dengan imej Islamik, tetapi lebih penting lagi di sini." (sambil menunjuk ke arah dada pemuda tersebut)

Usai bersalaman, pakcik meminta diri dari pemuda tersebut dan berlalu pergi. Sekilas, pemuda teringat dia belum lagi mengucapkan terima kasih. Ditolehnya ke belakang, namun pakcik tersebut dah tiada. Hilang sekelip mata.

Pemuda tercari-cari, berlari-lari ke segenap arah. Namun tidak dijumpai kelibat pakcik. Hampa. Mengeluh seketika.

Namun dalam hatinya kini ada dua penghargaan:

"Terima kasih, pakcik."
"Terima kasih Allah."

Nasi Lemak & air suam.

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah.. jmpe lagi kite dalam rancangan. jempalo.
setiap kali aq tulis entri, mesti pagi-pagi. aq ad masa 30minit je. lpas tuh ehem2, sperti tajuk entri ni, aq akan sarapan. best tido awal smalam, awal la sngt, aq mne leh tdo klu lampu xtutup. nak tunggu pok ju abis stdy mmg pkul3 bru leh tido. aq pon bukak cerita.

aq : pok ju.
pok ju : amende?
aq : malam ni aq rse lain macam la rumah mu ni.
pok ju : amende?
aq : baik mu tido awal, kang jadi nape2 jgan pnggl aq.
pok ju : amende?
aq : alaa, jgan la amende je. tnye la soalan len.
pok ju : bakpe kne tido awal?
aq : ad benda nk lalu betol2 atas rumah ni.
pok ju : kapal terbang?
aq : bukan, SETAN.
pok ju : wei2, nk kne budu mulut 2 ke, sdap pnggl aq SETAN.
aq : bukan, setan nk lalu.
pok ju : mcm mne mu taw.
aq : setan2 ni ad pngkatnye, yg low2 pngkat dh smpai, beratur spanjang perjalann setan high class.
pok ju : pastu kenapa kne tdo?
aq : klu xtutup lampu, nnti natang 2 lalu bawah cahaya.
pok ju : bdak2 kt atas dh tido?
aq : belum.
pok ju : mu gi bwat sign board, suruh natang tuh lalu kt atas. bawah ni jalan sedang dibaiki.
aq : POK JU! T.T
dh la stdy tuh. nk tido. (merajuk~~~)
pok ju : olololo jom3 tdo, tolong ttup lampu.
aq : yea^^  (takot lettew)
pok ju : btw, cite mu xseram siket pong.
aq : T.T





rase nk sambung lagi cite2 mengom kt sini.. InsyaAllah, ad mase aq update sini. mase utk kaco orang tido.
WEH! orang kampung! bgun, bedol nk blanjer nasi lemak bungkus ikat tepi! ^^










Thursday, 10 January 2013

Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim

Assalamua'laikum ^^


Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim

Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.

1. Subhanallah
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.

2. Alhamdulillah
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

3. Lailahaillah
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.

4. Allahu Akbar
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan. 

Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.

5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh Allah SWT.

Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:

Hadis 1
Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:
"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."

Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Hadis 3
Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) 
setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. 


Sumber : xingt.. hehe. main copy je bwat simpanan sendiri ^^
smoga penulis mendapat pahala :)

Wednesday, 9 January 2013

Bagaimana cara lupakan bekas kekasih?

Bagaimana cara lupakan bekas kekasih?
Soalan yang sangat klise kita dengar. Siapa saja yang putus cinta pasti susah untuk melupakan bekas kekasih. Bak kata pepatah untuk jatuh cinta dengan seseorang kita boleh ambik masa sesaat saja, tapi untuk melupakannya mengambil masa yang sangat lama.

Sebelum tu, Saya nak cakap,
“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun
kita cintai, sayangi dan sgt kasihi, mestilah lagi susah!”

Tapi kita boleh cubakan? Okay, First sekali kita kena bersedia,
BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN SEGALANYA DI BELAKANG KORANG! - are
you ready? Kalau tak ready,boleh berhenti membaca
sekarang hehe ..

Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE
SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FACEBOOK account dia sekarang!

3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!

4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je,
“ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara
berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for yours good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang boleh mengingatkan dia.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.

10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam
selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada banyak cara lagi untuk melupakan bekas kekasih korang , tapi Masalah yang korang hadapi sebenarnya :

Korang tak boleh melupakan cinta lama ni sebab korang masih sengaja mengingati kisah
dulu-dulu, masih duk berkhayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu… kalau macam tu sampai bila2 lah kita tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri korang, percaya kepada Allah yang korang akan bertemu
dengan jodoh korang yang sebenar-benarnya. Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat korang untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai dan sangat sayangkan korang dunia akhirat! :)




aq tatau benda ni berguna untuk aq ke tak, just want to make sure someone who going to leave me..

KHITBAH

KHITBAH merupakan istilah dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘peminangan’. Proses peminangan boleh dikira sebagai satu langkah awal sebelum bermulanya kehidupan berumah tangga yang dihalalkan melalui akad nikah.

Hukum meminang seseorang wanita untuk tujuan pernikahan adalah harus. Namun menurut pendapat Imam al-Syafie yang termuat dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, beliau menyatakan hukumnya adalah al-istihbab (sunat) iaitu sesuatu yang dianjurkan oleh Islam untuk mengadakannya.

Pendapat ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kebaikan besar yang boleh diperolehi daripada proses peminangan dengan syarat ia dilakukan menurut panduan syarak.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menjelaskan dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah bahawa proses peminangan membawa makna menzahirkan hajat seseorang lelaki untuk berkahwin dengan wanita pilihannya.

Peminangan juga menandakan berlakunya satu proses perkenalan antara bakal pasangan suami isteri tersebut. Keadaan ini dikira wajar kerana ibu bapa kedua-dua belah pihak telah mengetahui hubungan anak-anak mereka.

Inilah ketetapan Islam yang mengutamakan ibu bapa dan restu mereka dalam hubungan antara bakal suami isteri. Perkara ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada hari ini. Lelaki dan perempuan dilihat bebas ke mana-mana tanpa ada sebarang ikatan yang sah. Malah, tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Dalam adat masyarakat Melayu, selain peminangan, ada satu lagi tahap yang dinamakan pertunangan. Semasa peminangan dilakukan, biasanya ibu bapa wanita tersebut tidak akan memberi jawapan muktamad kepada pihak yang datang meminang.

Ini kerana mengikut adat, mereka diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil ‘bertangguh’. Ia bertujuan bagi mencari kesepakatan dengan ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka sudah bersedia untuk menerima pinangan tersebut.

Setelah peminangan diterima, penghantaran tanda daripada wakil lelaki kepada pihak wanita yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui majlis bertunang. Majlis ini membawa pengertian bahawa wanita tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang.

Dari sini jelas menunjukkan terdapat perbezaan antara peminangan dan pertunangan dalam adat Melayu. Namun, apa yang penting ialah adat ini tidak sampai membeban dan merumitkan kedua-kedua belah pihak.

Selagi tidak bercanggah dengan ketetapan syarak, maka harus untuk dipratikkan. Sebagai umat yang bijak, kita harus tahu menilai keutamaan sesuatu perkara yang merupakan gesaan atau saranan daripada agama Islam sendiri. Perkara yamg termasuk dalam ketepatan agama mesti menjadi keutamaan berbanding perkara-perkara yang tiada asas dalam agama walaupun ia menjadi asas sesuatu adat setempat.

Penting diingatkan bahawa ikatan pertunangan bukanlah lesen kepada pasangan lelaki dan wanita untuk berbuat apa sahaja yang dihalalkan seperti mana suami isteri yang sah. Malah, pertemuan kedua-duanya secara bebas boleh menyebabkan ikatan pertunangan tidak mendapat keberkatan daripada ALLAH. Lebih parah lagi apabila ikatan pertunangan itu membawa kepada berlakunya perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH, na‘uzubillah min zalik.

Dewasa ini, ramai di kalangan anak muda tidak mengambil berat tentang batasan hubungan antara bukan mahram (dibolehkan untuk berkahwin oleh syarak). Mereka menggunakan alasan ‘telah bertunang’ sebagai tiket untuk melayani tuntutan nafsu yang gagal dibendung oleh iman.

Berdua-duaan secara bebas serta berpegangan tangan tanpa rasa segan silu adalah antara perkara yang diharamkan oleh Islam secara total tanpa ada sebarang kompromi.

Dalam kitab Fiqh al-Sunnah karangan Sayyid al-Sabiq, beliau ada menukilkan sebuah hadis Rasulullah tentang batasan hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram:

Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (orang yang diharamkan nikah dengannya). Maka, sesungguhnya orang ketiga (yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah) syaitan. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Umat Islam dilarang sama sekali untuk menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya perzinaan. Telah jelas bahawa Islam mengharamkan perbuatan zina. Bahkan, menghampiri perkara yang hampir kepada zina juga hukumnya haram. Firman ALLAH di dalam al-Quran:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. - Surah al-Isra’ : 32

Perlu diingat bahawa syaitan akan sentiasa mencari peluang untuk menjadikan manusia sebagai temannya di neraka kelak. Oleh itu, sebarang kelompongan yang boleh dimanfaatkan oleh syaitan harus ditutup serapat-rapatnya. Kelompongan ini hanya mampu disedari oleh individu muslim yang benar-benar faham tentang perkara yang diperintah dan dilarang oleh ALLAH kepada sekalian hamba-NYA.

Kembali kepada persoalan peminangan menurut Islam. Terdapat beberapa cara peminangan yang dikira menepati tuntutan Islam. Berikut dinyatakan cara peminangan yang diharuskan oleh syarak:



• Seorang lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang wanita secara langsung.

• Seorang lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali wanita tersebut.

• Menggunakan pihak ketiga untuk meminang seorang wanita.

• Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki yang soleh.

• Seorang wanita menawarkan dirinya sendiri kepada lelaki yang soleh.

Berdasarkan lima cara ini, ia tidak sesekali memberi maksud bahawa proses peminangan boleh dilakukan sesuka hati. Keizinan daripada kedua-dua orang tua tetap diperlukan kerana perkara inilah yang menjamin kelancaran proses perkahwinan, seterusnya mencurahkan keberkatan ALLAH dalam kehidupan berumah tangga kelak.

Nasihat daripada kedua ibu bapa selaku orang yang lebih tua harus dipandang berat dan penting. Ini kerana, sikap terburu-buru para remaja dalam membuat keputusan, ditambah dengan kekurangan pengalaman hidup serta pengetahuan agama yang cetek akan menyebabkan tujuan murni daripada peminangan dan pertunangan itu tidak tercapai seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.

Terdapat beberapa situasi yang menjadikan proses peminangan itu termasuk dalam perkara yang haram. Perkara ini harus diberi perhatian serius bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan rumah tangga nanti.

Keadaan pertama ialah apabila seseorang wanita itu sebenarnya masih sah sebagai isteri orang. Kita diharamkan untuk mengambil atau merampas hak orang lain kerana perkara ini menyuburkan bibit persengketaan sesama muslim. Apabila seseorang muslim bercakaran dengan saudara seagamanya sendiri, maka ia mampu untuk memecahbelahkan umat Islam secara keseluruhannya.

Hal ini juga berkaitan dengan nasab keturunan. Keturunan yang bercampur baur akan menyebabkan berlaku banyak masalah dalam institusi kekeluargaan.

Seperti mana yang sedia dimaklumi, Islam amat prihatin dan menjaga nasab keturunan umatnya. Oleh sebab itu, mengahwini perempuan yang masih sah menjadi hak milik orang lain adalah haram sama sekali.

Selain itu, diharamkan juga meminang wanita yang dalam talak raj‘i kerana bekas suami berhak untuk kembali rujuk kepada isterinya. Hak suami yang boleh rujuk semula dengan isterinya tidak boleh dinafikan. Oleh itu, tempoh idah talak perlu dihormati. Firman ALLAH di dalam surah al-Baqarah:

Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka, jika mereka (suami-suami) bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan dalam pada itu orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan ke atas orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. - Surah al-Baqarah : 228

Keadaan lain yang membawa hukum haram dalam proses peminangan ialah apabila seseorang wanita itu telah dipinang oleh lelaki lain dan pinangannya telah diterima. Sekiranya lelaki kedua bernikah dengan wanita tersebut, akad pernikahan tersebut sah. Namun, dia tetap menanggung dosa atas perbuatannya meminang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis:

Seseorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya (saudara sesama Islam), sehinggalah dia meninggalkannya (membatalkan pinangannya) atau dia mengizinkan peminangan itu. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Semasa majlis peminangan mahupun pertunangan dilangsungkan, maka disunatkan untuk berkhutbah atau memberi ucapan pada awal majlis. Khutbah tersebut dimulakan dengan puji-pujian kepada ALLAH kerana DIAlah yang layak menerima segala pujaan dan pujian daripada hamba-NYA. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah:

Semua perkara yang ada nilai tetapi tidak dimulakan dengan memuji ALLAH adalah cacat. - Hadis riwayat Ibn Majah

Jika dilihat dari sudut adat pertunangan yang diamalkan di tempat kita pada hari ini, terdapat semacam satu trend apabila masing-masing mempamerkan cara yang tersendiri bagi memeriahkan majlis tersebut.

Rombongan pihak lelaki akan membawa beberapa buah dulang yang berisi dengan pelbagai barangan cenderahati untuk dihadiahkan kepada pihak perempuan. Begitu juga sebaliknya.

Malah, suasana kini telah jauh berbeza dengan majlis pertunangan pada masa dahulu. Dengan peredaran zaman yang semakin canggih, ada pihak perempuan yang mengadakan pelamin serta pemasangan khemah khas untuk para tetamu dan jemputan.

Majlis pertunangan sudah seperti majlis walimah sebenar. Berbanding dengan keadaan dahulu, semuanya diadakan secara tertutup di rumah pihak perempuan yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat.

Apa pun, perlu menjadi ingatan bahawa bersederhana dalam melakukan ibadat itu dituntut oleh Islam. Bagi golongan berkemampuan, elakkanlah daripada sebarang bentuk pembaziran, terutamanya ketika majlis pertunangan. Walaupun kita termasuk dalam kategori orang yang berkemampuan, namun bersederhana adalah sangat dituntut.

Perkara ini boleh disandarkan kepada gesaan Rasulullah agar kita tidak membazir melalui perumpamaan mengambil wuduk, meskipun mempunyai bekalan air yang banyak. Mengambil wuduk secara berlebihan tetap dikira sebagai pembaziran. Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud:

Sesungguhnya akan ada di kalangan umat ini, satu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa. - Hadis riwayat Abu Dawud

Apatah lagi jika majlis yang diadakan secara bermewah-mewahan itu bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki. Keadaan ini amat dicela oleh Islam.

Sekiranya majlis tersebut dibuat secara ‘besar’ dengan tujuan untuk menjamu sanak saudara dan jiran tetangga, maka ia adalah satu perbuatan yang mulia.

Manakala bagi golongan yang tidak berada, adalah sesuatu yang malang jika mereka masih berhajat untuk mengadakan majlis pertunangan dengan kosnya melebihi kemampuan sendiri. Meskipun trend masyarakat sentiasa berubah, ini tidak menunjukkan bahawa kita juga wajib mengikut rentak semasa.

Dalam Islam, majlis yang diadakan mengikut kemampuan sendiri serta jauh daripada sebarang bentuk pembaziran dan pembebanan adalah lebih utama. Apa yang penting, hasrat murni untuk membina kehidupan berkeluarga menurut ketetapan Islam itu terlaksana.

Sebenarnya, perbincangan secara berhikmah dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat mengelakkan perkara-perkara tidak ‘cantik’ menurut Islam itu menghiasi majlis peminangan mahupun pertunangan.

Pihak lelaki dan perempuan yang bakal menjadi pasangan suami isteri harus bijak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan ikatan pertunangan mereka diberkati ALLAH, seterusnya sampai ke majlis pernikahan dengan selamat.

Tindakan bijak oleh individu yang faham tentang tuntutan dan larangan Islam akan menjamin keberkatan hidup menurut landasan syarak. Mengutamakan tuntutan syarak itu lebih utama berbanding adat setempat,

jika ia membebankan. Ingatlah, ketetapan yang dibuat oleh syarak bertujuan untuk menjamin kebahagiaan dan keberkatan hidup pasangan suami isteri, bukan sahaja untuk kehidupan di dunia ini, tetapi lebih utama di akhirat kelak.

Monday, 7 January 2013

Sheikh Ali As-Sobuni

Sheikh Ali As-Sobuni, berasal dari Syria, berumur 83 tahun. Katanya, doakan Allah panjangkan umur aku hingga 120 tahun, kerana aku takut aku mati dalam keadaan aku tidak bersedia.

.:: Kata-kata Prof. Dr.Ali As-Sobuni ::.

Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Qur'an,"Wahai orang-orang yang beriman takutlah kepada Allah" maka orang beriman, adalah orang yang menjaga agamanya, maka aku pinta kepada kamu untuk kamu memilih orang yang menjaga agama Allah S.W.T. Orang yang beriman kepada Allah S.W.T. ia menjaga bersungguh-sungguh agamanya. Kalau orang berniaga, dia berniaga dengan rasa takut kepada Allah S.W.T. Kalau dia seorang pemimpin, dia memimpin rakyat dengan penuh rasa takut kepada Allah S.W.T. Kalau apa sahaja kerjanya, dia mesti mengutamakan ketaqwaan dia kepada Allah kerana apa? Kerana dia akan dihisab oleh Allah S.W.T. di hari akhirat esok.

Allah berfirman : "Hendaklah kamu bersama golongan-golongan yang benar." Golongan-golongan yang benar adalah golongan yang mengEsakan Allah S.W.T. Golongan-golongan yang benar, dia menjadikan hukum hakam Allah sebagai cara hidup mereka. Maka hari ini aku bersama golongan-golongan yang benar. Antara golongan yang benar, Ustaz Azhar Idrus (Sheikh Azhar). Dan aku pun Azhariyyun (Sebab Syeikh pernah belajar di Universiti al-Azhar). 

Aku Syeikh Sobuni, keturunanku dulu memang pakar membuat sabun. Tapi itu cerita dulu. Aku bukan sabun buat basuh badan, buat basuh tangan. Tetapi aku sabun untuk mencuci hati manusia. 
Kalau korang makan, tangan korang kotor, jangan pulak pergi kat aku, sapu kat badan aku. Aku bukan sabun, untuk basuh tangan atau basuh pinggan. Aku sabun untuk membasuh hati manusia. 

Jangan kita guna sabun sebagai alat sahaja, tapi sabun juga boleh membersihkan kita dari segala kekotoran. Semoga Allah Ta'ala membersihkan hati-hati kita dari segala kekotoran.

Kita wajib memilih pemimpin yang takutkan Allah S.W.T. Maka wajib kita pada hari ini, memilih pemimpin yang takut Allah S.W.T. Memilih pemimpin yang jaga agama Allah S.W.T. 

Pada orang-orang muda, jadilah golongan yang berjuang berjihad di jalan Allah. Berjalan di atas muka bumi, dengan meninggikan kalimah Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.

Rasulullah S.A.W. ketika di Mekah dahulu. Ketika Nabi mula-mula berdakwah di Mekah, ada empat lima orang sahaja. Sehinggalah Nabi berhijrah ke Madinah Munawwarah. Umat Islam semakin hari semakin ramai, dengan kerja empat orang yang penuh amanah kepada Allah S.W.T. Apabila Nabi S.A.W. pindah ke Madinah, Nabi membuat perjanjian dengan golongan Yahudi, merupakan penduduk di Madinah. Tetapi Yahudi, kaum pengkhianat, kaum yang membohong, lalu berlakulah peperangan di antara Rasulullah S.A.W. dengan golongan Yahudi. Disebuah tempat bernama Khaibar.

Rasulullah S.A.W. ketika mengepung Yahudi, beliau melaungkan "Allahuakbar, khoibat Khoibar" 3x. Maknanya, Allah Maha Besar, Hancur Khoibar !Apabila Rasulullah melaungkan takbir dan doa kehancuran, maka Yahudi yang mendengar laungan itu mereka menggeletar dan mencampakkan senjata mereka, lalu mereka menyerah kepada Rasulullah S.A.W. Dan dengan sebab perjuangan inilah, dan diteruskan oleh para sahabat r.anhum Ta'ala ajma'in, kita pada hari ini mendapat nikmat Iman dan Islam.

Akhir sekali, InsyaAllah orang muda berjuang berjihad di jalan Allah S.W.T. untuk meluaskan dan menyebarkan kalimah "Allahuakbar" sejauh yang mungkin. Kita umat Islam pada hari ini wajib sedar, kita wajib bersama-sama dengan umat Islam, yang bangkit dengan kalimah ini. Wajib kita peka, faham, mengerti apa yang berlaku di Syria, di mana umat Islam di Syria sedang dizalimi, dibunuh, ditindas. Sebab kegagalan kita pada hari ini, sebab kita banyak tidur. Dengan sebab kita banyak tidur, berjayalah golongan yang kuffar, mereka mendapat kejayaan kerana mereka bekerja keras. Kita mengalami kerugian kerana sebab kita tidur, setidur tidurnya...

Sunday, 6 January 2013

Balang Mayonis dan 2 cawan kopi

Assalamua'laikum...
citer pada hari ni ^^


Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini..."

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."

Tuesday, 1 January 2013

Sahabat ^^

‎"Kita amat bertuah jika masih ada kawan yang mahu menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus.

Cuba bayangkan, kita dikerumuni kawan-kawan yang langsung tidak pernah membawa kita mengingati Allah, yang hanya tahu berhibur, bergelak ketawa dan mengajak kita kepada perkara-perkara yang membawa kemungkaran Allah..

"nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh." 
- Saidina Umar al - Khattab-