Sunday, 21 October 2012

Kuliah subuh dan Dhuha


Kuliah Subuh dan Dhuha yg disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
KULIAH SUBUH
1) Dalam satu hadith Nabi Muhammad SAW. 'Siapa selawat ke atas ku skali, Allah akan selawat kat dia 10 kali'
2) Kata ulama', kalau kita selawat ke atas Nabi, selawat yg skali itu lebih baik dari ibadah sepanjang tahun.
3) dalam satu hadith riwayat Imam Muslim (hadith sahih). Nabi berkata 'Siapa-siapa saja, yg membaca La ilaha illaLLah wahdahu la syariKalah lahumulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli sya’in Qodir selepas solat subuh sebanyak 10 kali, nescaya Allah SWT akan tulis bagi dia 10 kebaikkan, Allah padam 10 dosa-dosa kecil, Allah bg dia 10 darjat'
4) nabi kata lagi 'siapa2 yg berpegang teguh (buat sungguh2) dengan Sunnah aku, bagi dia 100 pahala orang MATI SYAHID'
5) saudara bayangkan, 2 minit boleh dpat 100 pahala mati syahid. Kalau kerja berjam2 dpat RM3200 tp dgan kerja tu adakah kita dijamin masuk syurga?
6) kalau kita niat i'tikaf dlm masjid, setiap perbuatan itu adalah ibadah.
7) Kalau kita solat, bila sujud tu kaki lipatlah maksud nye jari kaki tu kita lipat supaya jari2 kaki kita menghadap qiblat. Cmne nak suruh Allah SWT terima solat kita kalau kita solat pun tidak bersungguh2?
8) Dalam keempat2 mazhab, tader jumpa bila sujud kaki duk 'kelepiak' lagu tu. kelepiak ni maknanya tak lipas jari lah.
9) Nabi SAW ckap 'ummirtu an asjuda 'ala sab'ata 'azolin' -Allah perintahkan aku sujud atas 7 tulang, dahi dikira 1 tulang, telapak tgan 2 tulang, lutut 2 tulang dan perut jari kaki dikira 2 tulang.
10) orang perempuan selamatlah, dia solat tutup ngan telekung, tak nampak jari kaki macam mane, tp Allah dan para malaikat tetap nmpak :)
11) kalau kita tgk kat masjid, ade ramai yg lepas bagi salam, terus check handphone. macam mana solat kita bak diterima ALLAH? padahal Nabi dah ckap, kalau kita sebut zikrullah lepas solat, byak pahala dpat.
12) Allah kata kat malaikat 'Hai Malaikat! Ambil buang sembahyang seorang ni, pegi turun dan campakkan ke muka dia macam mana kau campak kain buruk'hadis sahih riwayat Imam Muslim.
13) Nabi kata lagi, bila seorang solat, maka solat dia tu akan di angkat berjumpa dgan ALLAH, nak tgk ada tak riak atau perkara2 yg tak sepatutnya ada ketika solat, kalau ada, ALLAH perintahkan malaikat buat macam buang kain buruk kerana ALLAH SWT meluat dgan solat yg mcm itu.
14) Allah suruh malaikat cmpak bukan lepas abis solat, tp tgah solat.
15) Saya nak tanya, ada tak zaman Nabi dulu para sahabat berkawad bila nak menghadap Nabi? ada tak? ada tak para sahabat berlatih masa perang? jawapannya tiada.. tp, hari ni semua tentera berlatih macam2, tp negara Islam kena belasah teruk jugak, tak selamat jugak.
16) Kalau tuisyen utk ilmu dunia byak je. Kalau tuisyen utk kelas sembahyang? kurang.. sbb tu ramai yg solat sambil lewa.. Allah~ Kalau matematik tak pandai susahnya ibu ni, tp kalau solat anak? 'eh, makcik tatau pulak' macam mane boleh tatau? sedangkan itu SOLAT.
17) Nabi naik atas langit dengan malaikat Jibril as. smpai langit ke enam, malaikat Jibril as surrender, tak boleh naik. tp Nabi Muhammad naik kat langit ke 7.
18) Nabi Musa as bercakap dgan Allah dalam dunia. tapi, Rasulullah SAW bercakap dan berhadapan dgan ALLAH SWT. Bila smpai je ke rumah ALLAH, Nabi terkedu, tatau nak ckap apa. Nabi kata 'Ya Allah, ajar aku utk kata apa, aku tatau nak puji macam mana lagi kau Ya ALLAH!'
19) Allah ajar Nabi seperti mana kita baca dalam tahiyyat akhir, tahiyyat akhir tu adalah KATA-KATA YANG ALLAH AJAR KEPADA NABI SAW!!!
20) tapi kita bila baca tahiyyat akhir? sambil lewa sahaja, Allah~~ knpe kita sanggup baca macam tu?
21) Dalam hadith sahih, sahabat tanya Rasulullah 'Ya Rasulullah, adakah kau nampak Allah?' Nabi balas 'Ya!! aku nampak Allah'
22) Allah introduce diri Dia dengan 'bismillahirRAHMANirRAHIM' sbb Allah sayangkan kita kerana itu bermaksd 'dengan nama Allah yg maha PEMURAH lagi maha MENGASIHANI'.
23) Utk kaum Lelaki, lepas solat jumaat lepas habis berdoa tu. baca surah AL-IKHLAS 3x, AL-FALAQ 3x dan An Nas 3x.
KULIAH DHUHA.
1) Nabi SAW solat dhuha ketika anak unta berteduh di tempat yang teduh iaitu dalam pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi.
2) Waktu dhuha tamat sebelum zohor, kalau nak solat pukul 12 pun boleh lagi.
3) Solat dhuha berjemaah bukannya bida'ah. tak semestinya perkara yg Nabi SAW tak buat kita takboleh buat.
4) Saidina Abu Bakar As-Siddiq mengumpul Al-Quran. tapi? Nabi SAW tak buat pun seperti yg Abu Bakar buat.
5) Siapa cakap org yg buat perkara bida'ah tu masuk neraka maka dia telah tomah Saidina Abu Bakar AS-Siddiq utk masuk neraka. Hati2 kalau nak ungkapkan sesuatu.
6) kalau semua perkara yg tak dibuat zaman Nabi adalah bida'ah, maknanya letak speaker di Masjid jugak bida'ah lah? masuk neraka lah sape letak tu ye? tidakk.. kalau tak buat macam tu, tidak ramai org dtg solat berjemaah.
7) Kalau kita tgah rakam org ceramah semata-mata nak dapat keredhaan ALLAH SWT maka perbuatan rakam itu dikira sebagai IBADAH. ^^
8) Bila Ubai bin Ka'ab jadi imam, seluruh jin akan turun solat bersama kerana suara Ubai bin Ka'ab sgt merduu...~~
9) Abu Musa juga mempunyai suara yg sedap sehingga Nabi suka dgar beliau mengaji/baca quran. Nabi kata 'Abu Musa, aku mahu kau mengaji sekarang' Abu Musa kata 'kenapa pula ya Rasulullah? Allah wahyukan kpd kamu maka kamu lah kena baca kpd kami semua' dan Rasulullah SAW balas balik 'aku suruh kau kerana kau mempunyai suara yg sgt merdu dan aku gemar mendengarnya'.
10) Ulama' telah mengasingkan yg manakah HADITH SAHIH, HADITH HASAN, HADITH DO'IF & sebagainya. Bukannya Pak Haji yg asingkan.
11) Nabi berkata lagi 'Siapa dalam hatinya tiada ayat Al-Quran, hatinya ibarat seperti rumah yang kosong lagi usang' cuba kita fikirkan, kalau rumah kosong, makhluk apa yg duduk? sendiri fikir ye :) tak tahu, tanya :)
12) Siapa yg pakai selipar dulu? jawapannya dalam Al-Quran surah Thoha 'Tanggalkan selipar kamu wahai Musa, kerana kamu berada di tempat yg suci'.
13) Pakai selipar juga adalah sunnah tp kene niat dlm hati utk hidupkan sunnah, kalau tak tahu, tidak dpat pahala.
14) hamba ALLAH SWT yg soleh bukan sahaja manusia, tetapi haiwan pun soleh. Sebab tu tak boleh bunuh haiwan sebarangan. 

Saturday, 20 October 2012

soalan yang aqu tak terjawab

Assalamua'laikum...

nk share satu soalan yang aq tak leh jawab smpai bila2.

siddiq : Bedol, mana kawan kau yang slalu kejutkan kau subuh dulu? dlu klu die kejutkan kau, mesti sume orang dalam rumah ni ko kejut. Banyak pahala budak tuh dapat...

~siddiq, aq mintak maaf sebab jarang kejutkan ko subuh sekarang. Allah nk aq bangun sediri tanpa pertolongan sape2. Allah nk tengok usaha aq tnpa bergantung atas usaha orang lain. sbb tuh die tak izinkan kawan aq tuh kejut aq.. maafkan die k. dan maafkan aq~

siddiq : ko nangis ea.

~eh2... mana ad. Jangan tanya lagi k.~

siddiq : ok, melasih dol

~sama-sama siddiq~

Thursday, 18 October 2012

uhuk3

assalamua'laikum...

Hanif1 : hanif2, are you ok?
Hanif2 : awesome~~
Hanif1 : so, why not you say something here?
Hanif2 : hew2.. nothing to say.
Hanif1 : ops... I sense something is not ok.
Hanif2 : you got me.
Hanif1: let me give you hand.
Hanif2 : ok, no reasonable story but just imagine you living alone in endless world. What you want to do?
Hanif1 : remember, as a muslim, we have limit of thinking. no need to imagine the world have no end. just say  something in circumference
Hanif2 : don't treat me.
Hanif1 : I'm exist for that, you need to treat every time.
Hanf2 : every time you see, you sense, you feel me, whay need to ask again and again.
Hanif1 : If I not asking, you going to hurt your self.

Monday, 15 October 2012

Cerita Sakaratul Maut

Dalam sebuah hadis ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus kali dipukul pedang." - Hadis riwayat Ibnu Abu Dunya.

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah, kuat mengerja
kan solah puluhan rakaat dalam sehari semalaman dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sebegitu banyak setiap malam naik ke langit. Hal sedemikian sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.

Maka bermohonlah ia kepada Allah SWT agar diperkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s di dunia. Lantas Allah SWT mengabulkan permintaan Malaikat Izrail, lalu turunlah ia ke dunia dengan menjelmakan wajah sebagai seorang lelaki tampan dan bertamu ke rumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum ya Nabi Allah." Malaikat Izrail memberi salam.

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah." jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama sekali tidak mengetahui lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s melayani Malaikat Izrail seperti biasa hinggalah tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s mengajaknya makan bersama namun ditolak oleh Malaikat Izrail.

Selesai berbuka puasa, seperti biasa Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya mengadap Allah hingga keesokan hari. Semua itu tidak lepas dari pandangan dan perhatian Malaikat Izrail. Juga pada ketika Nabi Idris a.s sibuk berzikir sewaktu melakukan kerja seharian dan hanya berbicara yang baik-baik sahaja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak ''tamunya'' berjalan-jalan ke sebuah kebun di mana pohon-pohonnya sedang berbuah lebat, ranum dan menggiurkan.

"Izinkan saya memetik buah-buahan ini untuk kita." pinta Malaikat Izrail sambil mahu menguji Nabi Idris a.s.

"Subhanalloh!" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita. Semalam kamu menolak makanan yang halal, kini kamu menginginkan makanan yang haram pula." tegas Nabi Idris a.s.

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak bersalah itu. Terdetik keraguan dalam hati Nabi Idris a.s terhadap tamu yang belum dikenalinya.

"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s.

"Aku Malaikat Izrail." jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s sungguh terkejut hampir tidak percaya. Seketika tubuhnya menggeletar tidak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" tanya Nabi Idris a.s bersungguh-sungguh.

"Tidak." senyum Malaikat Izrail penuh hormat. "Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu." jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s termenung seketika. Beliau hanya terdiam tidak terkata.

"Aku ada hajat untuk diberitahu kepadamu." tutur Nabi Idris a.s.

"Apakah hajat itu wahai Nabi Allah? Katakanlah." jawab Malaikat Izrail.

"Ku mohon agar engkau mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku." pinta Nabi Idris a.s.

"Tanpa keizinan Allah, sesungguhnya aku tidak dapat melakukannya." tolak Malaikat Izrail. Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail untuk mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s.

Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Sesudah itu, beliaupun wafat.

Lalu menangislah Malaikat Izrail dan bermohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Dengan kuasa Allah, Nabi Idris a.s hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu wahai Nabi Allah?" tanya Malaikat Izrail.

"Rasanya seribu kali lebih sakit dari binatang yang dilapah kulitnya hidup-hidup." jawab Nabi Idris a.s menggeletar.

"Wahai Nabi Allah, aku telah sehabis lembut cara ku lakukan terhadapmu." kata Malaikat Izrail.