Bismillahirahmanirrahim, Salam dan selawat kepada junjungan Nabi saw dan Ahlul bait dan keturunan yang suci dan dikasihi, Para Sahabat Radiyallahuanhum yang setia dalam perjuangan, serta rahmat Allah swt keatas seluruh umat muslimin muslimat, dan mukminin mukminat. Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang membicarakan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai Ilmu Tauhid, (ilmu mengesakan Allah ) Ilmu Usuluddin (Ilmu Dasar Agama) , ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ilmu Kalam, (Ilmu Permahasan) ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebnaran) ,Ilmu Tahkik (Ilmu Penetap), Ilmu Aqa'id (Ilmu Simpulan Iman)dan sebagainya.
Menuntut ilmu ketuhanan itu hukumnya wajib, termasuk di dalam ilmu fardhu ain Orang-orang awam sering kali terkeliru apabila menyebut Ilmu Makrifat sebagai ilmu yang sudah terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh mereka-mereka yang di tahap awam. Pendapat itu salah. Sebab hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah. Ilmu Makrifat ditahap fardhu ain membicarakan sifat-sifat yg wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala serta sifat-sifat yg wajib , yang mustahil dan yang harus bagi Rasul. Ilmu Makrifat di tahap fardhu kifayah termasuklah pembahasan ilmu kalam yang dapat menghujjah kaum-kaum ahli bid'ah dan golongan-golongan atheis dan penentang ilmu ketuhanan. Ilmu Makrifat di tahap para-para Sufi dan Aulia'-Aulia' Allah ianya mengesakan Allah Ta'ala dalam fana baqobillah. Maka perlu diketahui had-had ilmu itu dan dituntut secara berperingkat-peringkat menurut kadar kemampuan seseorang. Allah swt tidak membebankan hambaNYA dengan perkara-perkara yang kita tidak berkemampuan. Ilmu Makrifatullah adalah intipati dari kalimah Laailahailallah. Pengajian sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu usul , feqah dan tasawuf. Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia. Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia , berilmu tanpa amal juga sia-sia. "Awwaluddin Makrifatullah" , Ahli hadis tidak menyebutnya sbg hadis sohih akan tetapi Imam Ali as pernah menyebut kata-kata ini di dalam ucapannya yg terkumpul dalam "Nahjul Balaghah". Walau apa pun itu lah isyarat paling penting di mana permulaan daripada mempelajari agama adalah dengan mengenal Allah Ta'ala. Pengenalan kepada Allah Ta'ala adalah berbeza-beza mengikut tingkatan kefahaman masing-masing. Kita tidak boleh menyamakan kefahaman orang awam dengan kefahaman para nabi dan para wali. -->Mempelajari ilmu Tauhid ini termasuk di dalam ilmu fardhu ain di samping ilmu feqah dan tasawuf. Setelah selesai mempelajari ilmu ini baru disusuli dengan ilmu-ilmu yang lain. Inilah kaedah yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf maupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi semacam ini sudah ada dari masa Rasulullah, sebagaimana dikatakan sahabat Ibn 'Umar dan sahabat Jundub: “Kami -selagi remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah keimanan kami". (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri). Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama, apakah mungkin kita membawa kehidupan beragama tanpa mengenal Allah? Akan tetapi kita telah lupa akan pesanan Nabi dan Imam Ali as yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah orang-orang kebanyakan sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.
Bolehkah wujud bayang tanpa empunya bayang-bayang ? Orang awam yang belum mencapai tahap wali seringkali membuat kesilapan besar mengambil kata-kata dan kalam-kalam sufi perihal Ketuhanan. Apabila bahasa-bahasa sufi ini difahami secara zahir dan cara kefahaman awam maka seringkali berlaku kesalahan fahaman yg bahaya dari segi aqidah. Ajaran Wahdatul ujud atau dikenali di Nusantara sebagai martabat 7 bukan mudah untuk difahami secara baca kitab atau mengaji ilmu hakikat. Martabat 7 adalah sebenarnya intipati rasa atau zauk para wali di tahap tertinggi dan hakikatnya adalah berbeza dan bukan sperti yang difahami dengan melalui tulisan dan kata-kata . Jadi tak perlu aku menerangkan apa itu Martabat 7 di sini sebab tak siapa dapat memahaminya kecuali sudah merasainya. Mereka yang tidak memahami wahdatul ujud akan menolak bulat-bulat kononnya tidak ada nas dari Al quran. sedangkan mereka lupa tentang ilmu laduni dan ilmu mukasyaffah yang diterangkan kewujudannya di dalam Al Quran. Tidakkan mereka mengambil iktibar dari kisah Musa as dan nabi allah Khidir as ??? Maka janganlah kita ikuti dakyah mereka-mereka yg jahil murakkab ini , yakni berhimpun dua jahil, jahil akan dirinya dan jahil akan tuhannya. Sedih sekali mereka-mereka yang belajar ilmu hakikat merasakan yang mereka sudah memahami sedangkan pepatah sufi mengatakan " Lam ya zuuk , wa lam ya'rif" Barangsiapa tidak merasai zauk tidak akan mengetahunya. Itu isyarat dari para sufi dan wali Allah kenapa tidak kita pegang. Banyak guru yang belum sampai ke maqam tersebut cuba mengajar anak muridnya , kalau seorang guru yang arifbillah dia tahu had pembelajaran yang sepatutnya diberi kepada anak muridnya. Tapi ini bukan alasan buat kamu untuk menolak mencari guru !!!!
Selain dari Allah adalah Alam Komen aku ini mungkin menyentuh hati sesiapa yang berkenaan tetapi ini lah realiti yang sedang berlaku kepada perguruan-perguruan yang ujud di zaman sekarang, tidak di zaman dahulu. Setiap kali matinya orang alim setiap kalilah ilmu itu diangkat sedikit-demi sedikit sehiggalah ada guru yang mengajar tak faham , murid-murid lagilah tak faham. Kita ketandusan para-para alim yang mahir di dalam bidang ilmu ketuhanan ini dan kita ibarat si buta kehilangan tongkat. Walau bagaimana pun masih terdapat guru-guru mursyid dalam bidang ini dalam bilangan yang sedikit dan mereka bukan golongan yang suka menonjolkan diri. Hanya jauhari yang dapat mengenak manikam. Carilah mereka dan kamu akan mendapatkannya dan jangan mempersia-siakan mereka.
Seandainya kamu dijemput oelh Si Raja ke Istananya adakah kamu akan menolak pelawaannya, kenapa Mesjid yakni Rumah Allah diabaikan manusia? Qalbu mukminin Baitullah. jangan dibiarkan Qalbu mu kosong tanpa di isi dengan zikrullah. Yang sebenar-benar tuhan itu adalah Zat Laisakamishlihi syaiun. Maka untuk mengenal zat Allah Ta'ala ialah dengan kita mengenal sifatNYA melaui jalan sifat, yakni sifat bagi Zat Allah Ta'ala. Sifat itu adalah Sifat bagi Zat Allah Ta'ala yang berdiri bagi Zat , tidak bercerai dengan ZatNya. Alam yang baharu ini sebagai tanda dan dalil wujudnya Zat Allah Ta'ala. Zat itu tidak boleh dikaji sebab aqal kita terbatas dan tidak mampu untuk mengkaji Zat , sebab itu hanya kajian Zat diharamkan dan dilarang keras oleh Nabi saw. Kajian Sifat tidak dilarang oleh Nabi saw maka mengapa kita pula yang melarang orang-orang yang mahu mengenal Allah. Buktinya terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan tentang sifat bagi Zat Allah swt. Peringkat-peringkat mengenal Allah itu berbeza-beza menurut tahap seseorang . Ada yang dapat mengenal Allah Ta'ala dengan aqal semata-mata bagi orang awam. Dan ada yang dapat mengenal Allah dengan hati, jiwa, perasaan , ruh, dan sirr. Peringkat tertinggi adalah bagi Nabi saw diikuti oleh para2 Aulia' Allah sepertimana kisah , Zunnun al Misri rth. pernah ditanya tentang bagaimana memperoleh makrifat itu, beliau berkata :” ariftu rabbi bi rabbi” yang artinya aku mengenal Tuhanku dengan Tuhan. Karena mengenal Allah tidak akan bisa dengan logik dan akal, melainkan dengan hati sanubari yang bersih dan selalu diisi dengan Ismul 'Adzham (Asma' Agung Allah Ta'ala) Beliau mengatakan bahwa akhlak seorang arif billah adalah Allah Ta'ala dan orang yang arif billah akan bersifat seperti Akhlak Allah Ta'ala dan selalu menjaga perilakunya agar tidak terjebak dalam kenistaan dunia yang menghanyutkan dan menghinakan orang yang dekat kepada Allah. Jangan salah faham kenyatan ini sebab Nabi saw apabila ditanya kepada Saydatina Ummul Mukminin tentang akhlak Nabi saw , Aisyah ra menjawab , " Akhlak Nabi saw adalah Al Quran" . Maksud nya di sini mempunyai makna yang sama dengan Akhlak Allah kerana Al Quran itu Kalamullah. Golongan anti tasawwuf yang tidak mengerti akan senang wenang menuduh kaum sufi sesat , sebenarnya mereka yang tidak faham. Kalau mereka mengkaji kitab-kitab tauhid dan tasawwuf pun mereka tidak akan faham kerana hati mereka telah dibutakan oleh Allah swt. nauzubillahiminzaalik. Makna "Ariftu Rabbi bi Rabbi" itu "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku" ialah mengenal Allah Ta'ala dengan pengenalan terus daripada Allah Ta'ala yakni dengan ilmu Allah. Ta'ala. Saat paling sempurna semasa hayat Nabi mengenal Allah Ta'ala adalah semata mikraj Nabi saw. Dan saat paling sempurna baginya adalah sejak azali awal kejadian Hakikat Muhammadiah dan juga selepas wafat Nabi saw. Ia adalah satu pusingan makrifat yang sempurna dari awal hingga ke akhir hayat Nabi saw. Nabi telah menyempurnakan pusingan makrifatnya dengan Allah Ta'ala secara mantap berdasarkan ayat "Innalillahi wainna ilahirojiunn". Makna ini aku sesuaikan dengan kefahaman orang awam. Makna hakikinya hanya mereka yang mengalaminya yang akan memahaminya. Apakah kita telah menyempurnakan pusingan makrifat kita dengan Allah Ta'ala ? Tanyalah diri masing-masing dan kamu tentu sudah tahu jawapan nya di mana kedudukan kamu. di sisi Allah Ta'ala. Adakah ilmu yang aku bicarakan ini sesat ??? Atau manusia kebanyakkan yang telah jauh tersesat dari landasan makrifatullah . Atau adalah manusia takut untuk mengenal Allah Ta'ala kerana tidak sanggup berjumpa dengan Allah membawa segunung dosa dan melupakan perjanjian dengan Allah di alam Nur dan alam Ruh?
Kita memandang kebesaran Allah swt. dari sudut pandangan yang berbeza-beza , apa yang kita nampak itulah yang kita faham. Kita keliru bila berbeza-beza pandangan sesama kita.
Apabila kita memandang kebesaran Allah swt dari sudut pandangan yang lain pula, apa yang kita nampak tetap kebesaranNYA tiada yang lain.
Memandang kebesaran Allah swt dari sudut pandangan yang lebih luas akan meluaskan akal dan pemikiran kita. Kalau kamu ingin tahu bagaimana ajaran tauhid yang tulen dan benar kembalilah kepada Allah Ta'ala dengan melalui jalan dan kaedah pengajian orang 2 yang terdahulu. Bacalah kisah Aulia' dan solefussolhin tentang keesaan Tauhid semuanya sangat jelas di dalam Ar Risalah Al Qusyairiah dan didalam Kitab-Kitab Usul dan Tassawuf Muntahi yang muktabar. Tidak ada yang terlepas dari ikatan Al Quran dan Sunnah rasul saw. Cuma manusia kebanyakan yang sengaja berlepas dari ikatan ini. dan tidak mencari sanad ilmu ketuhanan Maka barangsiapa yang tidak menurut jalan Allah dan Rasul serta orang2 soleh adalah mustahil dapat menemui jalan tauhid ini. Ini lah siratul mustaqim yakni jalan makrifatullah , jalan yang lurus meluruskan kita kepada makrifatulah. Awaluddin makrifatullah, akhir agama dengan kalimah Laailahaillallah . Apakah kita mampu untuk mengucapkannya???? Waktu kita hidup di dunia ini cuma di antara waktu azan serta iqamah dan menunggu waktu disembahyangkan.
Jangan biarkan pohon tauhid anda umpama pohon yang sudah kering dan tidak berbuah.
Mampukah anda menyelamatkan pohon tauhid anda diwaktu puting beliung sakratul maut melanda ??? Berusahalah mencari guru-guru ilmu tauhid dan mendalami selagi nyawa dikandung badan. Semoga anda semua mendapat menafaat dari perbincangan yang sedikit ini , insyaallah. Mohonlah petunjuk dari Allah Swt , diperlihatkan jalan untuk menghampirinya.
Myth
3ven shadow would leave you in the dark. NO reason you can trust human. Allah is always waiting you.
Friday, 19 June 2015
Saturday, 28 March 2015
Solat Jamak
Cara Solat Jamak
Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (R&R), kita biasa nampak tatacara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.
Apa itu solat jamak?
Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Apakah syarat solat jamak?
Untuk solat jamak taqdim:
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Untuk solat jamak taakhir:
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?
Untuk jamak taqdim:
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
Untuk jamak taakhir:
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
Wednesday, 18 March 2015
Menangani Suami Workaholic.....
TIPS MUNAKAHAT – MENANGANI SUAMI YANG WORKAHOLIC
Dalam dunia yang serba mencabar ini ramai para suami menjadi workaholic, iaitu terlajak komitmen mereka terhadap kerja sehingga dirasakan oleh isteri sebagai mengabaikan rumahtangga. Pada masa yang sama, ada pula suami yang pemalas dan asyik melekat di rumah macam ular sawa.
Ramai pasangan yang mengadu mengalami masalah keretakan rumahtangga yang
berpunca dari fenomena ‘suami workaholic’ ini. Kebanyakannya dari
kalangan pasangan muda yang rumah tangganya masih belum cukup stabil.
Lebih parah lagi jika pasangan itu belum dikurniakan anak sebagai
peneman isteri atau golongan suri rumah sepenuh masa.
Keretakan bermula dari sang isteri yang merasa terbiar kesunyian sehingga merasa tertekan. Segala urusan rumahtangga termasuk urusan anak-anak terpaksa diuruskan sendiri, namun gagal meluahkan perasaan dengan bijaksana. Tindakbalas yang diberikan terhadap suami agak keras dan berupa protes yang menimbulkan ketegangan. Ini ditambah pula dengan kerasnya sikap suami.
Berdasarkan pengalaman komuniti RPWP yang memang rata-rata para suaminya adalah dari jenis workalhlic kerana terbeban dengan berbagai tugasan, maka ingin kami kongsikan beberapa tips yang berguna.
KENALI APA YANG MENYEBABKAN SUAMI ANDA WORKAHOLIC.
Petua pertama yang ingin kami kongsikan ialah asas kesefahaman dan saling memahami. Para isteri harus cuba untuk memahami atas sebab apakah suami anda jadi workaholic?
Biasanya suami yang workaholic ialah jenis yang mempunyai cita-cita, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Ini banyak terjadi kepada lelaki yang menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi ketua atau eksekutif di tempat kerjanya. Suami jenis ini banyak memikirkan masa depan dan tanggungjawab berat untuk memastikan kemajuan dan kepentingan syarikat yang diterajuinya.
Ada juga lelaki yang dilihat workaholic kerana tekanan hidup. Mereka terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan keluarga.
Tidak kurang juga jenis yang agak lemah atau kurang cekap dalam melakukan kerja. Ini jenis yang mengamalkan ‘work hard’ tetapi tidak ‘work smart’. Akibatnya mereka terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menyiapkan kerja yang sama dengan orang lain.
BAGAIMANA MENGHADAPI SUAMI WORKAHOLIC?
1. BERLAPANG DADA - Kebanyakan isteri menjadi tertekan dan merasa tersisih dengan keadaan suami workaholic. Tekanan itu menyebabkan mereka menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap suami. Kerana itu amat penting untuk para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi situasi itu.
2. JANGAN MENCACI – Jangan sekali-kali mencaci atau merendah-rendahkan kerja suami. Harus diingat bahawa suami jenis ini hampir menjadikan tugasan atau kerja mereka sebagai prioriti dalam hidup. Dalam bahasa mudahnya, kerja itu menjadi ‘sembahan’ mereka. Jika isteri tersilap langkah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati maka keretakan rumah tangga boleh terjadi dengan mudah.
3. BERI DORONGAN - Cuba dampingi suami jenis ini dengan memberikan kata semangat dan penghargaan. Nampakkan yang anda berbangga mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding suami yang pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.
4. TAMBAH DAYA TARIKAN, JANGAN TAMBAH KEBOSANANNYA – Suami jenis ini biasanya agak kreatif dan akan pulang ke rumah dengan baki tenaga dan mood yang kurang. Ada kalanya akan jadi cepat marah dan mudah bosan dengan isteri yang pemalas dan pengotor. Justeru carilah jalan untuk mengimbangi sikapnya agar beliau merasa selesa di rumah. Siapkan diri dan indahkan suasana rumah agar nyaman dan selesa ibarat syurga. Penuhi segala keperluannya yang biasa seperti makan pakai dan peralatan kerjanya.
5. JANGAN SUKA MENDESAK - Walaupun kita merasa bosan dan tertekan, cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika permintaan kita tidak dipenuhi. Jangan sekali-kali bersikap mendesak ketika meminta sesuatu apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita. Contohnya untuk mengajak beliau ke mana-mana sedangkan dia kelihatan sibuk.
6. BANTU KERJANYA - Jika memang workaholic tidak dapat dielakkan, cuba fahami situasinya dan jadilah penolongnya secara fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh anda bantu seperti tolong mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya. Jika suami anda berkerja sendiri, cuba cari jalan agar boleh pindahkan tempat kerja supaya dekat dengan rumah atau bawa balik sedikit kerja agar sama-sama boleh dibantu jika perlu.
7. SILATURRAHIM - Lazimkan untuk sentiasa bersilaturrahim dengan suami dari mula beliau berangkat ke tempat kerja, sampai pulangnya. Kirim mesej yang lunak dan mesra seperti mendoakan keselamatannya dalam perjalanan, doakan beliau dimudahkan urusan kerja hari itu, nampakkan anda bersyukur yang beliau telah selamat sampai ke tempat kerja, tanyakan beliau sudah makan ke belum? Makan apa? Di mana? atau apa sahaja mesej yang mesra.
8. AMBIL PELUANG ‘QUALITY TIME’ - Minda lelaki jenis ini sentiasa berputar memikirkan kerjanya. Adakalanya ia kurang berbicara. Jangan cepat melatah dan berputus asa. Jika mulutnya berat, cuba pelbagaikan kaedah berinteraksi atau apa sahaja pendekatan yang boleh ‘menggoda nafsu kelelakiannya’ ketika beliau berada di rumah. Contohnya,
a. Hargai kepulangannya dengan mempersiapkan diri dengan apa sahaja yang dia suka menjelang waktu beliau tiba dari tempat kerja. Sebaiknya hubungi beliau melalui telefon atau apa sahaja untuk mengetahui saat ketibaannya dengan tepat.
b. Beri senyuman paling manis, bergegas membuka pintu dan keluar rumah untuk buka gate sebaik sahaja beliau tiba. Bukakan pintu kereta atau bukakan helmetnya jika perlu. Pastikan ada menyarung pakaian ‘luar’ seperti jubah dan tudung yang lengkap ketika keluar menyambutnya.
c. Salam dan cium tangannya dengan penuh keikhlasan. Tundukkan kepala penuh tertib, bukan dengan mengangkat tangannya ke mulut sedangkan kita kekal tegak berdiri tanpa tunduk.
d. Tolong ambil, bawa masuk dan simpankan dengan cermat apa sahaja barang yang dia bawa bersama seperti beg kerja, pakaian, buah tangan atau apa saja.
e. Jika 'keadaan mengizinkan' dakaplah tubuhnya dengan erat, kucup pipi dan mulutnya penuh mesra dan manja. Beri juga peluang beliau untuk saling mencium pipi, kucup mulut, memeluk tubuh, dan ‘bermesra’ dengan tubuh anda semahunya kerana ia halal dan dituntut. Sebaiknya anda mengenakan pakaian paling ‘menjolok mata’ yang boleh beliau lihat dengan rasa ghairah sebaik sahaja anda masuk ke rumah dan melepaskan ‘pakaian luar’ anda.
f. Walaupun beliau kurang berbicara, cuba juga ajak berbual dengan soalan yang tidak merimaskan beliau. Jangan lontarkan soalan ‘bodoh’ yang membosankan fikirannya. Orang begini hanya melayan sesuatu yang berkualiti dan diminati sahaja. Jauhkan adu domba di saat beliau baru pulang dan tidak tenang.
g. Cuba dekati beliau di dalam rumah dengan layanan seperti membukakan stokin, kot, jaket, baju dan menyimpannya dengan baik.
h. Sebaik sahaja beliau duduk, pastikan anda sudah sediakan minuman dan makanan ringan kesukaannya.
i. Tawarkan beliau untuk diurut kaki atau tangan dengan penuh teliti dan kasih sayang sebaik sahaja beliau duduk. Jangan mengurut dengan gaya malas atau acuh tak acuh, sekejap urut sekejap berhenti, terutamanya jika anda mengurut sambil menonton tv. Ini akan membuatkan suami anda merasa bosan dan membenci. Ingat, suami jenis ini amat teliti dan sensitif. Beliau boleh rasa samada anda berlakun dengan fasik atau ikhlas dan bersungguh-sungguh.
j. Tawarkan juga jika beliau ingin mandi bersama bahkan jika beliau inginkan ‘sesuatu’ yang lebih dari itu. Hargai ‘permintaannya’ dengan penuh bangga kerana itu tanda anda sangat ‘berharga’ padanya. Itu juga tanda anda bijak kerana berjaya ‘menggoda’nya sebagai isteri yang berkualiti untuk seorang suami.
k. Jika beliau tidak menjamah makanan atau sedang melakukan kerja, ambil peluang ini untuk anda mendekatinya. Contohnya ambil makanan dan tawarkan untuk menyuapnya dengan manja dan penuh kasih sayang. Jangan pula anda ganggu anggota tubuhnya jika beliau sedang khusyuk melakukan kerja, juga jangan teruskan suapan makanan ketika ia kelihatan sedang khusyuk bekerja seperti menaip dan sebagainya.
l. Selain perhubungan maya, carilah juga jalan apa sahaja untuk mendekatkan diri secara fizikal dengan suami. Contohnya, jika suami bekerja sendiri atau anda bebas hadir ke tempat kerjanya, hantarkan bekalan makanan dan ajak suami makan sama di pejabat atau tempat kerja. Jika ‘keadaan mengizinkan’, anda juga boleh suap beliau ketika sedang berkerja seperti menaip atau sebagainya - seperti di gambar hiasan.
KESIMPULAN
Keretakan rumahtangga sering timbul kerana salah faham yang asyik menimbulkan selisih faham. Sebagai isteri, kitalah yang harus tunduk kepada suami. Cubalah memahami situasi suami anda agar anda mampu bertolak ansur dan bersabar dengan sikap workaholicnya. Jangan paksa suami anda untuk memahami anda sehingga ke tahap bertegang dan menghina peribadi dan kerjayanya.
Perkara yang paling sukar untuk kita ialah bersyukur dengan apa yang ada. Jika anda ada suami yang workaholic, cuba syukuri kerana di luar sana ada suami yang pemalas dan tidak suka kerja. Bahkan ada suami yang langsung tidak mahu kerja dan asyik meminta wang belanja dari isteri sahaja. Lebih malang lagi ada wanita di luar sana langsung tidak merasa hidup bersuami pun.
Jika kita tidak mampu menarik suami kita, dan memang itu agak sukar kerana ego suami begini memang tinggi dan sukar dilentur, biar kita pula yang mengalah untuk mendekati dia. Godalah ‘dia’ dengan apa sahaja kelebihan yang ada pada kita sepertimana yang disenaraikan di atas. Janganlah cepat merasa tertekan dan berputus asa.
Kami telah mengamalkannya dan kami telah dapati ia sangat berjaya. Selamat mencuba. InsyaAllah kami doakan anda akan turut merasa bahagia.
WARGA PRIHATIN

Tuesday, 24 February 2015
karguzari jemaah dari israel.
1. Pada tahun 2003 satu jemaah MALAYSIA telah keluar ke india n telah berjumpa dengan jemaah arab dari israel yang . Satu soalan yg ditanya jemaah malaysia, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dlm israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang israel sementa di Palestin terdapat 5 markas. Kata mereka ”orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab asmawi termasuk Al-Quran dan Ahadis Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mandapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu oran-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibanteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu”
2. Suatu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka kearah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik tetapi apabila dihalakan ke atas, peluru boleh keluar tetapi apabila dihala kearah jemaah peluru tidak keluar, bila dihala ke arah lain peluru keluar. Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.
3. Karkuzari dari jemaah Palestin yg keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat saya di Ipoh, Taman Meru.Antara karkuzari mereka, mereka2 ni tinggal dlm kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok. Ada sorang tu, belakang rumah dia,memang pintu dapur ngadap tembok. Mengikut mereka, di sana, walaupun mereka duduk dlm kepongan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat2 yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat yg sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jgn kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak. Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat2 yg tutup aurat yg sempura dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w,even thou mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun. manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) ni sendiri akan halang tentera yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tak di sentuh lansung le. jadi, kesemua penyelesaian kesusahan, hanya ada dlm iman dan amal sahaja. Samapikanlah berita gembira ini pada masturat2 kawasan puan. bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk sama2 buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yg buat kerja.
4. Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentera israel di palestin. Amir jemaah telah dimasukkan ke dalm bilik pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mreka ke palestin adakah mahu melawan israel… dengan tenang amir jemaah cakap, tidak,kami tiada apa2, hanya bawa peralatan tidur dan memasak sahaja,cuma kami ke sini utk sampaikan kalimah lailahaillah muhamadarasullullah.. lalu pegawai israel itu pun menaip sesuatu dari komputernya lalu menunjukkan skrin komputer tersebut kepada amir jemaah, Pegawai itu bertanya lagi, adakah anda mengusahakan 6 point ini.. iaitu 6sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jemaah… iaitu ( kalimah toiyyibah, solat khusyuk n khuduk, ilmu n zikir, iklas niat, ikram muslimin , dakwah ) amir dengan penuh kehairanan,berkata ya,kami ushakan atas sifat2 ini tetapi bagaiaman kamu tahu. pegawai itu menjawap,kami telah lama mengkaji tentang golongan kamu, jika semua umat islam usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa……Ini hanyalah beberapa karkuzari atau laporan tentang usaha yg dibuat golongan ini adalah yg hak bukan sesat,bidaah oleh sesetngh masyarakat. Jika tuan2 masih dlm keraguan ,solatlah ishthikarah,jika ini jalan yg batil maka musnahkanlah jalan usaha ini, jika benar, semoga tuan2 juga diberi hidayah oleh ALLAH utk membuat usaha agama ini.
Sunday, 8 February 2015
Solat Jenazah
SOLAT JENAZAH
Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita.
Cara Ringkas Solat Jenazah :
Cara Ringkas Solat Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat, ada doa lain .

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..
Ingat!!.. solat jenazah xde rukuk dan sujud mcm solat biasa tau!!
Sunday, 17 August 2014
Harta untuk dunia.
Assalamu'alaikum...
ni ada sebuah kisah teladan buat kite2... semoga ana tidak tergolong di kalangan orang2 yang menyibukkan diri dengan harta dunia.
Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu".
![]() |
Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.
Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : "Apa maksudmu ?"
Tetamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu".
Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"
Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya".
Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.
Kemudian tetamu itu berkata lagi :"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"
Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.
Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"
Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah"
Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : "Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan ataupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....
Wednesday, 13 August 2014
Resepi Ayam KFC
Resepi Ayam KFC
Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya

Subscribe to:
Posts (Atom)